August 30, 2015

Jalan-jalan Cari Dinosaur dan Testing Car Seat Baru

Rabu lepas Encik Gajah ajak ke IOI City Mall. Ada dinosaur katanya.

Oklah follow je. Sambil tu boleh testing dan train Zahin dan Ziyad duk dalam car seat.

Dan inilah hasilnya..

Masa berhenti di traffic light

Mula-mula Ziyad meronta dipakaikan strap tu. Tapi bila kereta jalan dia ok. Tu tak keruan sebab kereta berhenti jap kat traffic light. Haha. Lepas-lepas tu pun masih meronta masa mula-mula dipakaikan strap. Tapi lepas kereta jalan dia ralit tengok luar. Kalau nangis pun kami biarkan je. Kata nak train kan? :D

Abang Zahin pulak dia memang sukakan car seat baru tu. Sebelum ni dah guna masa hantar dia pergi school. So tak ada masalah.

Dah sampai. Kita bergambar dulu :D Intan payung Ummi semuanya :)

Jalan-jalan then terjumpa pameran sofa. Ziyad dengan selesanya duduk atas sofa, then baring atas karpet ni. Buat macam rumah sendiri ya Ziyad?

Ikut suka hati dia je
Then jalan lagi nak pergi tempat dinosaur. Alih-alih Zahin takut pulak nak masuk. Hihi. So tak masuk.

On the way balik, Abang Zahin pulak meragam, nak apa ntah. Abi memujuk dengan masuk kedai CD ni. Sambil tu Ziyad window shopping. Hihi. Dah besar anak Ummi. Tu DVD Pororo. Ziyad suka benda-benda comel ;) Jiwa lembut anak bujang nombor 2 nih :)


Then balik rumah pulak Ummi nak settle kan closing. Hihi.

4 comments:

  1. Seronoknya cari dinasour.. Ingatkan bawak balik dinasour seketul.. Hehe

    ReplyDelete
  2. aeisya suka dinasour gak..sokmo suruh buat dari lego

    ReplyDelete
  3. Yana tau kenapa ziyad baring kat karpet tu. Dia suka benda2 gebu agaknya. Sebab Arif pun macam tu. Alas kaki kat rumah dia buat baring2 sebab alas kaki tu gebu, hehe!

    ReplyDelete
  4. Mcm2 gelagat anak2 kecil ni..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...