August 19, 2015

Kedai Bayi di Besut (Butik Aqil)

Kalau sebut kedai baby di Besut, mesti ingat kat kedai Anakku di Jerteh je kan? Selain tu bahagian baby di Pantai Timur atau Econjaya. Tak banyak pilihan.

Rupa-rupanya kawan sekolah Nad ni dah buka kedai baby di Kuala Besut!

Teruja sangat pergi kedai ni! Rambang mata Ummi tengok dress for girls yang cantik-cantik. Tapi Ummi kena bawak bersabar dulu sebab dress paling kecik size 1 tahun :D Baju Ziyani banyak lagi yang dah beli tapi belum pakai lagi sebab besar. Simpan dulu :D

Dress Ziyani yang ditaja oleh tokey Butik Aqil. Terima kasih Uncle Wan dan Aunty Gee :)

Anak-anak bujang pulak seronok sebab dapat baju Spiderman, Superman, Cars. Sorang dapatlah 2-3 helai. Nasib baik Uncle Iwan Pokmat kasi harga kasih sayang. Hahaha. Tu belum kira lagi jeans RM28 je sehelai! Dan lain-lain lagiiiiii :D

So ibu-ibu di area Besut bolehlah singgah ke kedai Dr. Ruziana Baharudin dan Pokmat ni ya. Di Kuala Besut. Harga memang murah tapi kualiti masih maintain :)

Kedainya agak luas, tidak terlalu sempit yang penuh dengan barang. Branded kids wear boleh tahan especially dresses. Keperluan baby yang lain pun ada macam botol susu, towels, etc. Berkarpet dan ada air-cond. Jadi memang selesa nak bawak anak-anak shopping.

Suasana dalam Butik Aqil

Peta lokasi ke Butik Aqil

Butik Aqil ni dekat dengan Klinik Kesihatan Kuala Besut. Sederet dengan 7 Eleven.

Boleh visit dan like page diorang Butik Pakaian Bayi Dan Kanak Kanak AQIL.

1 comment:

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...