August 21, 2015

Kenali Bahasa Rahsia Bayi Anda (Dunstan Baby Language)

Anda ibu bapa baru. Bayi asyik menangis. Anda tidak tentu arah!

Anda stress! Penat, dan tidak dapat tidur malam! Tidak tahu apa yang bayi anda mahukan. Terasa seperti ibu bapa yang paling teruk di dunia!

Jangan begitu!

Sebenarnya, dengan menangis, bayi anda sedang berkomunikasi dengan anda.


Ada bunyi berlainan untuk keperluan yang berlainan. Jom pelajari!


Dunstan Baby Language

"Neh" 
Lapar

"Owh"
Mahukan rehat / tidur

"Heh"
Tidak selesa - terlalu sejuk / panas atau mahu ditukarkan lampin

"Eairh"
Kembung

"Eh"
Mahu disendawakan


Keliru untuk membezakannya?

Jom tonton video ini untuk melihat contoh-contoh tangisan bayi.


Dah mula boleh bezakan kan?

Jom recap!



Pengalaman Nad Sendiri

Nad baru tahu tentang Dunstan Baby Language beberapa hari lepas. Bila belajar tentang Dunstan Baby Language ni, memang confuse juga. Sebab bunyinya macam lebih kurang je kan?

Nad cuba perhatikan pada Ziyani (2.5 months now).

Paling senang detect is "Neh" sebab ada bunyi huruf n kat depan. Sometimes bunyinya "Ngeh" or "Ney". Kalau dah bunyi N kat depan tu memang confirm nak susu lah :) Tapi kalau lambat skit respond dia dah jadi "Heh" pulak hihi ;) So kena alert bila baby mula berbunyi.

Then second yang tersenang nak detect is "Eairh" sebab bunyinya ada macam meneran. Normal lah kan kalau dah sakit perut tu :)

The third yang Nad boleh distinguish ialah "Owh". Dia nangis macam panjang-panjang sikit berbanding dengan yang dua di atas ni. Pada Nad actually bunyinya "Aaaaa" je. Hehe. Macam menguap kan panjang ;) Yang ni best, semalam Nad dengar je, Nad peluk Ziyani and within seconds Ziyani dah lelap. Hihi.

Yang confuse sikit is "Eh" dan "Heh". "Heh" tu kalau Ziyani dia jadi "Hek hek hek", macam merengek. So Nad main teka-teka jelah. Sama ada nak burp atau nak tukar lampin or nak dipeluk.




Ilmu ni sangat-sangat membantu! Rasa lebih mengenali baby sendiri. Walaupun dah anak ketiga! Hehe.

So, Nad harap ilmu ini dapat membantu anda untuk lebih memahami bayi anda. Jangan lupa share dengan rakan-rakan!

Video penuh tentang Dunstan Baby Language - klik sini.

4 comments:

  1. Okes..ilmu baru dan sesuai utk para bapa2 ni. Kadg2 blur la plak bila baby nangis jer. :)

    ReplyDelete
  2. tak sempat la..anak yang besar dah

    ReplyDelete
  3. Ilmu Dustan language ni memang best. Belajar dulu masa mengandungkan Bella. Dan guna sehingga dia berusia beberapa bulan. Memang senang nak faham permintaan dia.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...