September 15, 2015

Cari Duit vs Urus Duit

Sejak 1 tahun 8 bulan yang lalu, mata pencarian kami hanyalah dari bisnes Shaklee semata-mata setelah Encik Gajah resign. Memang ada cabarannya, kerana bisnes apa pun, ada naik dan turunnya.

Namun waktu turun pun Alhamdulillah masih ok lagi sebenarnya berbanding masa Encik Gajah sahaja yang bekerja.

Makin tinggi pendapatan, ada yang makin tinggi expenses. Ada juga yang makin tinggi simpanan / aset.

Kalau ikutkan hati surirumah jahil ini, memang suka berbelanja lah. Hehe. Tapi syukur sangat turning point kami apabila Encik Gajah terbuka hati untuk menuntut ilmu dengan Pakar Kewangan Azizi Ali. Balik dari acara itu, Encik Gajah bercerita apa yang dia belajar. Dan Azizi Ali berpesan berkali-kali untuk baca buku, baca buku, baca buku.

Sejak dari itu, Encik Gajah yang asalnya rajin baca komik, jadi rajin baca buku. Ajaib sungguh rasanya buat si isteri ni. Hehe.

Tapi dari situ barulah kami lebih clear bagaimana menguruskan kewangan. Termasuklah menukarkan liabiliti kepada aset.

Banyak lagi yang perlu dipelajari. Cari duit satu hal, uruskan duit juga satu keperluan.

Jadi terima kasih banyak-banyak kat Encik Gajah saya ni. Bab-bab management memang lelaki lebih hebat. Sebab tu dia jadi IMAM :*

Hasil pembacaannya, Encik Gajah kongsikan di blognya iaitu amirmarzhuki.blogspot.my.

Encik Gajah my Imam :)

2 comments:

  1. Buat semua benda nak kena ada ilmu. Membaca salah satu cara cari ilmu. Thanks Kak Nad for this reminder. =)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...