October 23, 2015

Cara Shopping Lampu dan Loceng Rumah di House of Lighting Puchong

Assalamualaikum semua :)

Kelmarin Nad & Encik Gajah ke House of Lighting di Puchong untuk memborong lampu. Yay! :D

Perjalanan dari Bandar Baru Bangi ke House of Lighting di Puchong cuma 15 minit. Kami guna app Waze je. Senang nak jumpa sebab tepi highway je :)

Dah sampai depan Houses of Lighting di Puchong :) Jom masuk!

Kedai ni mempunyai 3 lot kedai. Dengarnya memang selalu ramai orang sangat especially weekend! So kami pilih hari weekdays untuk shopping lampu :)

Anak-anak bujang, Ummi dan Abi tinggalkan bersama dengan Che Teng diorang di rumah Mak Wan kejap. Supaya tiada lampu yang pecah nanti. Hihi :D

Steps untuk shopping di House of Lighting:

STEP 1:
Masuk je dalam kedai, cari staff mereka yang berbaju KUNING. Ada ramai. Pilih je sorang. Beritahu anda nak cari apa kat situ. Nanti dia lead kat mana nak tengok. Sebab terlalu banyak barang!

Lampu pagar jenis antik & lampu gantung

Lampu pagar jenis moden

Kat kedai ni, bukan sahaja jual lampu tau. Ada juga jual kipas siling, kipas dinding, bell, dan water heater juga.

Contractor rumah kami dah belikan down light dan kipas siling. So kami just tinggal nak beli lampu gantung, lampu dinding, kipas dinding, dan bell je :)

Harga sangat-sangat murah berbanding kedai biasa. Kebanyakannya puluh-puluh ringgit je! Harga tak termasuk mentol ya.

STEP 2:
Staff berbaju kuning tadi akan follow kita dan take note order kita. Kita tunjuk-tunjuk saja nak yang mana dan inform nak mentol warna putih / kuning.

STEP 3:
Lepas dah siap pilih semuanya, staff tersebut akan bawa anda kepada staff yang lain (pakai baju biasa) yang akan check satu persatu items yang telah kita order tadi depan kita if pecah atau rosak, dan tengok test mentol lampu menyala atau tidak. Take note cukup tak items yang kita dah beritahu kepada staff berbaju KUNING tadi. If tak cukup, inform semula kepada staff berbaju KUNING tersebut.

STEP 4:
Jika semuanya ok, staff tu akan berikan nombor giliran untuk bayar. Tunggu giliran kita dipanggil dan buat bayaran di kaunter.

STEP 5:
Selepas membayar, staff di kaunter akan beri resit. Bawa resit tersebut kepada staff berbaju HITAM di pintu. Beliau akan check dan susun items kita di pintu untuk dibawa ke kereta kita.

STEP 6:
Staff berbaju biasa akan tolong angkat barang ke kereta kita.

DONE :)

Anda ingin ke House of Lighting Puchong? Selamat shopping ya! :)

Visit Facebook Page Houses of Lightings.

SALES HOTLINE 012-2663790 or WHATSAPP 017-2820616 for further enquiries.

Business Hours:
Tue - Sat : 10:30am - 8:00pm
Sun : 12pm - 5pm
Mon : Off

Address :
No.33 & 35, Jalan BPU 6,
Bandar Puchong Utama,
47100 Puchong,Selangor.

-Nad-

1 comment:

  1. Pernah shoping kat sana..hari biasa pun penuh apatah lagi weekend kan..
    Harga memng murah sangat2..kalau peniaga melayu boleh wak macam nie lagi best kan..

    AM nak ajak..

    Follow blog AlongMisuari

    Artikel TERBARU AM

    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1K Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

    Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
    Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lambat Pancut)

    HOT ITEM..
    Nak muka putih dan licin?? Sabun PamoArgan adalah jawapanya..
    Nak memikat suami?? LeoRa For Women jawapan yang PASTI..

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...