Tips Membeli Running Shoes Untuk Lelaki

Assalamualaikum semua :)

Sekarang ni kesihatan dah menjadi trend kan. Orang ramai lebih conscious tentang kesihatan. Sebab tu lah keluar macam-macam produk kesihatan dan kecantikan sekarang ni, kan?

Selain consume makanan sihat, trend bersukan jugak makin 'in'. Kat TV pun selalu iklankan fit.my yang kerajaan buat tu. Then program kurus dengan Kevin Zahri pun tengah naik sekarang ni. Kalau search di internet pun, kita boleh jumpa banyak cara nak exercise dengan betul :)

Dan Nad rasa ianya satu perkara yang bagus! :)

Rasanya yang paling famous nak kurus ialah jogging lah. Kurus dan jogging ni macam sangat sinonim. Kalau di universiti dulu, nak kurus je jogging. Asal nak kurus je, jawabnya jogging. Asal nak jogging je kurus. Hihih.

Sekarang siap kasut sukan ni dipakai untuk bergaya tau. Dah jadi fesyen dah :) Jom kita lihat macamana lelaki menggayakan koleksi kasut sukan popular ni.




Stylo gitu :)

Kat luar sana terdapat banyak pilihan kasut sukan, beli online pun boleh! Tapi agak susah nak beli kasut yang berikan kita prestasi yang baik semasa bersukan.

Jom kita tengok apakah tips mendapatkan running shoes lelaki yang terbaik:

1. Pilih kasut sukan yang sesuai dengan permukaan padang yang anda lakukan aktiviti sukan anda. Ini adalah sangat penting dan disebabkan itulah ramai lelaki di luar sana yang mendapatkan paling tidak 2 pasang kasut yang berbeza untuk memastikan mereka mempunyai kasut yang tepat untuk cuaca dan jenis permukaan yang berbeza.

2. Beli kasut yang diperbuat daripada bahan yang berkualiti. Ini adalah sangat penting kerana kasut yang bermutu dapat menjamin keselesaan dan keselamatan anda ketika bersukan.

3. Dapatkan saiz yang tepat. Ini paling penting! Pastikan saiz kasut larian anda adalah yang tepat sahaja bagi mengelakkan kecederaan ketika bersukan dan sudah tentu untuk memberi keselesaan yang terbaik juga.

Moga bermanfaat :)

-Nad-

Post a Comment

0 Comments