Teknik Meredakan Marah Anak


Bismillah,

Dengan nama Allah yang Maha Baik. Allahu Akbar, Allahumasoliala Muhammad.

Pada 30 Nov yang lepas, saya berkesempatan untuk menghadiri workshop “Teknik Mendorong Anak” yang dikaji daripada hadith-hadith sahih oleh Tim Hadith dan disampaikan dengan sangat cemerlang oleh Puan Muna Izzah yang disayangi Allah dan RasulNya buat kali yang kedua. Kali yang pertama saya hadiri pada tahun lepas 2012 dengan Mentor yang saya kasihi Puan Khairulaniza. Hampir setahun masa berlalu and it is timely for me to recharge my knowledge again.

Subhanallah, dapatan saya pada workshop kali ini sangat-sangat menarik. Banyak ilmu-ilmu baru yang diperolehi dan ilmu lama direcharge kembali.

Saya kongsikan sedikit perkongsian buat sahabat-sahabat wangi saya yang baru dan juga sahabat-sahabat wangi a.k.a my beautiful dear friends yang always there for me all these years ;)

Ketika anak-anak saya sedang beremosi, marah, nangis, mengamuk dan sebagainya, sebagai ibubapa yang baik dan bijaksana, saya perlu meREDAkan EMOSI mereka dahulu.

Cara untuk meredakan emosi mereka, salah satu cara dengan sentuhan kepada anak kecil ahli syurga tersebut.

Jika anak-anak tidak mendengar kata, jangan risau hadith dibawah akan membuatkan kita tersenyum :)

Hadith Sahih Rasulullah SAW. Kata Anas Bin Malik:

“Rasulullah S.A.W. merupakan manusia yang paling berakhlak mulia, amat berlapang dada dan terlalu penyayang. Satu hari baginda meminta saya pergi menyelesaikan satu urusan.

Lalu saya pun keluar. Sedangkan ketika itu saya pergi bermain dengan rakan sebaya saya di pasar.

Maka saya tidak pergi ke tempat yang Rasulullah maksudkan. Sesampai saya ke tempat rakan-rakan saya, saya rasa ada orang berdiri di belakang saya dan dia memegang bahu saya.

Saya pun berpaling , saya lihat Rasulullah tersenyum seraya berkata: “Wahai Unais (panggilan manja beliau), adakah kamu telah pergi ke tempat saya suruh tadi?”

Saya rasa bersalah dan saya berkata: “Baiklah. Saya akan pergi sekarang juga wahai Rasulullah.”

Demi Allah! Saya telah berkhidmat dengan Nabi S.A.W. selama 10 tahun.Tidak pernah sekalipun Rasulullah berkata: “Mengapa kamu buat begitu...” jika saya melakukan sesuatu. Apabila saya tidak melakukan sesuatu perkara, baginda juga tidak pernah berkata: “Mengapa kamu tidak lakukannya..”

Daripada dari Hadith di atas, kita lihat Rasulullah memegang bahu Anas dan memanggil beliau dengan panggilan manja, “Wahai Unais”. Baginda tidak sedikit pun marah-marah apabila Anas tidak melakukan apa yang diperintahkan kepadanya pertama kali.

Adaptasi saya pada anak saya ketika anakanda saya “tantrum”, “marah-marah”, “menangis” dan sewaktu dengannya, saya akan gosokkan tangan di belakang anakanda-anakanda soleh/solehah saya sambil membaca “Astagfirullahal azim” - 3 kali.

Kemudian, saya akan membacakan “Auzubillah Minashaitan Nirajeem” dan hembuskan di bahu anakanda-anakanda saya dengan niat Allah lindungi kami daripada Syaitan yang jahat. Dan saya terangkan kepada anakanda saya bahawa perasaan marah-marah pada ibubapa itu adalah dari Syaitan dan Syaitan itu no good. Alhamdulillah, setakat ini kebanyakkan masa teknik ini berjaya tenteramkan emosi mereka dan juga emosi saya :)
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Kadang-kadang selepas membaca “Auzubillah Minashaitan Nirajeem” tiba-tiba datang udara yang sejuk, Subhanallah, benarlah ini betul-betul kekuasaan Allah dan kita sebagai hamba berlindung denganNya yang Maha HEBAT!

Daripada Hadith di atas apa yang saya boleh pelajari:
1) Sentuh anakanda saya dengan sentuhan kasih sayang – mereka semuanya ahli syurga
2) Panggil dengan panggilan yang baik-baik
3) Bertanya dengan tidak menyalahkan anakanda dan bersangka baik. Contoh Rasulullah berkata pada Anas: “adakah kamu telah pergi ke tempat saya suruh tadi?” Dalam kes anakanda menangis saya akan bertanya “apakah yang menyebabkan kakak/hazieq menangis?”
4) Daripada hadith sahih yang lain Rasulullah SAW selalu memberi solusi tidak mengungkit-ungkit kesalahan orang lain. Jadi untuk saya boleh terus beri solusi pada anak dan tidak mengungki t atau membebel-bebel kesalahan anak.

Subhanallah, indahnya Akhlak Baginda Rasulullah SAW. Memang sesuai benar beliau dikasihi sahabat dan dihormati lawan.

Banyak lagi teknik yang dipelajari dalam workshop tersebut. Reallh worth it. Sangat direcommend pada sahabat-sahabat jika ada lagi workshop sebegini pada tahun hadapan, ada masa hadirkanlah diri supaya kita jadi Parent yang penyayang dengan Akhlak Islam, Insyallah.

Teringin pula nak hadiri workshop Komunikasi Husband-Wife mengikut Hadith Nabi Muhammad SAW supaya Rumahtangga menjadi sangat BAHAGIA dan sejuk. Ada sesiapa yang mahu turut serta tak? Bagaimana menjadi Isteri kesayangan Suami dan menjadi Suami kesayangan Isteri. Kalau suami isteri berilmu kerana Allah, Insyallah kita dapat membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang juga. Rasanya dating dengan Hubby DARLING dalam majlis ilmu begini lagi best dari pergi menonton movie. Hehe, kalau ada yang mahu turut serta komen mahu nanti mungkin tahun depan saya boleh usulkan pada pihak PTS COE ;)

Allahu Akbar, Allahumasoliala Muhammad

Nota saya: Syukur segala puji bagi Allah dapat bertemu dengan Puan Muna 'Izzah Fadzil yang sangat baik dan anggun.
(nak panggil kanda Muna selepas ini boleh tak kanda? Hehe) Didoakan ada pertemuan yang bahagia lagi selepas ini. Dan sangat-sangat bahagia berjumpa adinda-adinda dan sahabat wangi pada workshop ini walaupun tidak lama tapi dapat melepaskan rindu. Subhanallah, memang rindu kerana ALLAH itu sangat Manis.

Link berkaitan - page ini untuk perkongsian teknik mendorong anak https://www.facebook.com/teknikmendoronganak

Page ini perkongsian sahabat untuk teknik berakhlak mulia dengan sesiapa sahaja - https://www.facebook.com/KomunitiMencontohiAkhlakRasulullah

Page ini kalau mahu menjadi sebahagian dari bidadari atau pemuda taman Syurga kami.
https://www.facebook.com/BFFirdausi - saling ingat mengingati antara satu sama lain untuk menjadi sahabat wangi.

Sumber: FB Puan Cahaya

Post a Comment

0 Comments