7 Tanda Gejala Kekurangan Kalsium


Kalsium adalah salah satu nutrisi yang paling penting dalam tubuh kita. Sekitar 99% kalsium disimpan dalam tulang dan gigi, sedangkan sebahagian daripadanya hadir dalam darah, otot dan jaringan lain. Tubuh badan kita menggunakan mineral untuk melaksanakan banyak fungsi penting, termasuk menghantar signal melalui sistem saraf.

Kekurangan kalsium adalah masalah kesihatan umum di seluruh dunia, terutama di kalangan wanita tua dan wanita menopause. Selain itu, kekurangan kalsium pada anak-anak juga dapat mempengaruhi pertumbuhan mereka.

7 Tanda Gejala Kekurangan Kalsium

Banyak faktor yang meyebabkan tubuh badan kita kekurangan kalsium. Paling banyak berlaku ialah kekurangan kalsium yang mencukupi dalam pengambilan makanan seharian, akibat faktor umur, kadar vitamin D yang rendah dan perubahan hormon dalam tubuh badan.

Ramai diantara kita yang mengabaikan simptom2 kekurangan kalsium, sehingga ia menjadi masalah besar. Walhal tanda-tanda awal ini lah yang dapat meyelamatkan kita dari komplikasi yang lebih besar pada masa akan datang

Bagi mengurangkan risiko kekurangan kalsium, kita seharusnya tahu berapa jumlah saranan pengambilan kalsium dalam diet seharian. Jika perlu, kita boleh dapatkan dari suplemen kalsium seperti Ostematrix Shaklee atau berjumpa dengan doctor bagi mendapatkan nasihat selanjutnya,

Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang menunjukan bahawa anda kekurangan kalsium.

1. Kekejangan Otot

Salah satu gejala yang paling umum ialah kekejangan otot. Ia berlaku apabila sel-sel saraf menjadi lebih sensitif, menyebabkan otot kejang secara mendadak.

2. Tulang yang lemah (Osteoporosis)

Kalsium yang mencukupi dalam tubuh badan dapat meningkatkan kesihatan tulang anda. Ini disebabkan kalsium merupakan mineral yang penting untuk membina tulang yang kuat.
Apabila kandungan kalsium yang rendah, tulang cenderung untuk menjadi lemah, yang meningkatkan risiko osteoporosis dan tulang mudah patah.

Dalam jangka masa panjang, tulang yang lemah ini juga boleh memberi kesan kepada kekuatan tubuh badan secara keseluruhan. Ini antara punca kenapa ibu bapa seharusnya mengalakkan anak-anak mereka makan makanan yang kaya dengan kalsium, terutama semasa anak hendak membersar. Jika kita tidak mengambil kalsium secukupnya, tubuh kita akan mula mengambil kalsium dari tulang bagi memastikan sel berfungsi secara normal.

3. Gigi kurang sihat



Kalsium juga adalah salah satu unsur penting kepada gigi, maka kekurangannya boleh menyebabkan pembentukan gigi terbantuk dan juga gigi anak-anak rapuh atau patah.

Satu kajian pada tahun 2001 yang diterbitkan dalam American Journal of Medicine menyatakan bahawa kalsium dan vitamin D adalah baik bagi membantu mengurangkan kehilangan gigi pada orang tua juga.

4. Sistem imun badan lemah

Selain vitamin dan mineral yang lain, kalsium juga penting bagi menjaga sistem imun tubuh badan dengan membantu sistem imun dari terkena jangkitan kuman.

5. Sukar menurunkan berat badan

Pengambilan kalsium yang mencukupi juga penting untuk memiliki berat badan yang ideal. Kajian mendapati bahawa kebanyakan orang obesiti tidak mengambil pengambilan harian kalsium yang disyorkan. 

6. Peningkatan gejala PMS

Premenstrual syndrome (PMS) adalah masalah umum yang dihadapi oleh wanita. Kalsium membantu mengurangkan tahap kronik PMS. Bahkan ia juga membantu mengurangkan kekejangan dan gejala lain yang berkaitan kerana peranannya dalam detoksifikasi estrogen.

7. Masalah kurang tidur

Ada sesetengah daripada kita yang mengalami masalah tidur sepanjang malam, gejala ini mempunyai kesan langsung pada produktiviti kerja. Kekurangan tidur secara tidak teratur bukanlah petanda baik. Ada dapat beberapa kemungkinan seperti kekurangan kalsium.


MSE Legacy Sdn Bhd
012 229 5680 (Nadiah)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Post a Comment

0 Comments