August 17, 2017

Video di Dalam Muzium Kapal Selam, Pantai Klebang, Melaka

Assalamualaikum semua.

13 Ogos 2017 yang lalu, kami sekeluarga berkesempatan untuk melawat Muzium Kapal Selam / Submarine Museum di Pantai Klebang, Melaka.

Kebetulan kami ada kelas sehari sebelumnya di Bukit Beruang.

Lokasi Muzium Kapal Selam ni tak jauh dari Dataran 1 Malaysia Klebang.

Harga Tiket


Dewasa (13 tahun dan ke atas): RM 5
Kanak-kanak (7 - 12 tahun): RM 3

Jom tonton video kami masuk dalam Kapal Selam ni :)


Kat sana ada juga Jet Pejuang. Seronok lah jugak nak bergambar dengan kos yang sangat rendah ni kan :)


August 15, 2017

Kenapa Kita Perlukan Omega 3? (Short Video)

Assalamualaikum semua,

Nad nak kongsikan dengan pembaca blog Nad "Kenapa Kita Perlukan Omega 3?
Short video ini dishare oleh Dr Josh Axe, salah seorang doctor yang mengamalkan pemakanan semulajadi. Beliau ingin berkongsi manfaat asid lemak Omega-3 dalam bentuk video agar mudah untuk difahami.



Asid lemak Omega-3 adalah sangat penting untuk diet kita. Kajian menunjukkan kira-kira 95% rakyat Amerika tidak mendapat cukup Omega-3 dalam diet mereka. Terdapat dua jenis lemak yang kita ingin jaga dalam tubuh anda, Omega-3 dan Omega-6.

Kebaikan Omega-3 ialah :-
1) Mengurangkan keradangan
2) Mengurangkan risiko penyakit jantung
3) Mengurangkan risiko kanser
4) Membantu prestasi untuk ahli sukan
5) Membantu menurunkan berat badan
6) Memperbaiki fungsi otak, dan banyak lagi!

Biasanya, orang ramai mengambil lebih banyak asid lemak Omega-6 di dalam badan mereka, ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan keradangan.

Antara sumber yang kaya dengan Omega-3 seperti daging lembu dan bison, telur,  daging ikan liar yang ditangkap, benih chia dan flaks, dan suplemen omega-3 yang berkualiti atau minyak ikan kod.

* Kandungan video diatas adalah pendapat Dr Josh Axe, dan hanya untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Ia tidak bertujuan untuk memberikan nasihat perubatan atau mengambil tempat nasihat perubatan atau rawatan dari seorang doktor peribadi. Semua penonton kandungan ini dinasihatkan untuk berunding dengan doktor mereka atau profesional kesihatan yang berkelayakan mengenai soalan kesihatan tertentu.

Hubungi kami jika anda berminat dengan product Omega Guard Shaklee

MSE Legacy Sdn Bhd
012 229 5680 (Nadiah)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

August 11, 2017

Percutian Percuma Shaklee 2017 ke Jepun: Hari 1

Layak 2 Tiket ke Percutian Percuma Shaklee 2017 ke Jepun


Pada 13 - 20 Mei 2017 haritu, Nad dan Ummi dihadiahkan Percutian Percuma ke Jepun yang ditaja oleh Shaklee. Alhamdulillah. Dapat belanja Ummi sempena Hari Ibu :)

Suka dan excited sangat nak pergi Jepun sebab Nad memang minat tengok anime sejak dari di UTP lagi. Terpengaruh dengan Encik Gajah yang kini dah jadi suami Nad hehe. So Nad tahu la jugak sikit-sikit Bahasa Jepun asbab tengok anime. Cara cakap diorang memang lembut dan comel je :)

 

Persediaan


Sebelum ke Jepun, Shaklee bekalkan kami dengan Winter Jacket dan Baju Lengan Panjang Shaklee ni :) Semestinya warna hijau!

Winter Jacket dan Baju Lengan Panjang yang dihadiahkan oleh Shaklee kepada kami

Mula-mula susah juga nak pujuk Ummi ikut pergi luar negara. Especially sebab tak bawak Abah sekali. Hihi. Ummi tak pernah travel jauh tanpa Abah. Anaknya ini yang bawa akhirnya. Haha.

Abah ok je, cuma Ummi suka fikir macam-macam. Akhirnya dengan cara pujukan halusss anaknya yang bijak (haha) dan tanpa kenal putus asa ni, akhirnya Ummi setuju untuk ikut :D

Tak lah, Allah yang bukakan pintu hati Ummi sebenarnya :)

Kali ni Nad memang nak bawak Ummi pula rasa FREE Trip Shaklee sebab sebelum ni 2 trip oversea, dah bawa Mak Mentua (US - 2014), dan Ayah Mentua (US - 2016).

Alhamdulillah ada rezeki kita bawa family kita merasa sekali. Bukan keluar duit punnn. Hihi.

 

Hari Pertama: 13 Mei 2017


Sehari sebelumnya, Ummi dan Abah sampai dari Besut. Kak Chik (adik ke-4) datang dari Kuantan. Hatim (adik ke-3) datang dari KL. Pakat nak ngantor kami. Hehe.

Abah, Ummi, Nad, Kak Chik, Hatim, dan Mak Mentua. Ramai bebenor mengantor nye. Hehe

'Kembar' Nad ni pun sending us off. One of my downlines yang sangat dedicated dengan bisnes ni :)

Incentive Trip ni sebagai rewards kepada Leaders yang score certain points dalam masa setahun. Dalam Incentive Trip ni semua ditanggung!


Yang bestnya, Shaklee kasi duit poket lagi. Hihi.

Sambil menunggu nak boarding

Kami naik Thai Airways kali ni. Ni makanan dalam flight.

Ada juga yang naik Singapore Airlines, yang mana dari utara kalau tak silap. Kami dari KLIA naik Thai Airways.

Kami transit di Suvarnabhumi Airport, Bangkok. Tapi tak ambik gambar sebab terkejar-kejar nak solat.

Akhirnya sampai di Chubu International Airport, Nagoya. Alhamdulillah.

Lepas dah lalui Imigresen semua, akhirnya boleh berehat jap lurus-lurus kaki. Hehe.

Suruh Ummi posing :P

Selepas sedikit taklimat, kami diberi Box Breakfast untuk makan di airport. Sebab lepasni nak jalan terus.

Box breakfast :)

Makanan pertama kami di Jepun :) Onigiri (rice ball), Green Tea, dan Pisang

Pisang je yang Nad habis. Paling tak boleh telan, Green Tea tu. Hihi. Memang tak biasa :D

Takde air nak minum, baru perasan mesin air canggih kat situ. Jepun kan terkenal dengan kecanggihannya kan. Tapi tak terambil gambar pula hihi.


Toki Premium Outlet


Naik baik bas, tukar simkad yang dah dibeli siap-siap di Malaysia. Nad guna Simkad Hello1001. Memang relieable! Boleh update gambar kat family dan kawan-kawan di Malaysia setiap masa hihi.

Destinasi pertama kami di Jepun ialah Toki Premium Outlet. Haa, Shaklee memang nak suruh perabih duit dulu la ni ek. Haha.

Dah tiba ke Toki Premium Outlet :)

Tapi sebelum tu kami dibawa solat dulu :) Di sana takde tempat solat khas, tapi Shaklee request dengan pihak Toki Premium Outlet untuk sediakan tempat solat, yang mana ialah tempat private. Mereka bawa sampai ke toilet, tunggu kami ambik air sembahyang, dah siap, usher pulak sampai ke sebuah hall yang tak berapa kecil untuk kami solat jemaah. Orang Jepun memang terkenal dengan kesopanannya kan :)

Kat sini niat takdelah nak shopping sangat pun. Banyaknya cuci mata. Nak beli kat orang jauh, tak berkenan pulak. Haha.

So kita jalan-jalan ja.





Dalam banyak-banyak benda, ini yang Ummi berkenan! Hehe

Dalam tak nak shopping tu, akhirnya terbeli jugak kasut Sketchers 2 pasang hihi. Murah, selepas dikira-kira, sepasang kasut jadi harga RM 170. Ok lah kan, dari beli kat Malaysia RM 300 lebih :D Teruih pakai esoknya! Hehe.

Dah penat membeli belah (lah sangat haha), naik bas Shaklee bawa kami ke hotel untuk berehat.Untuk 2 malam pertama, Shaklee belanja hotel 5 bintang yang pernah orang-orang kenamaan menginap termasuk Tun Dr. Mahathir dan isterinya Tun Siti Hasmah.

Hotel apakah itu? Namanya Hotel Suimeikan di Gero. Gero ni di kawasan luar bandar, di kawasan bukit-bukit gitu. Sepanjang perjalanan, kami dapat saksikan pemandangan yang sangat cantik. Sungai bersih! Masa tu baru Nad terbuka mata yang Jepun ni sebuah negara yang hijau, yang jaga alam sekitar. Selama ni duk fikir Jepun ni canggih-canggih je hehe.

Suimekan Hotel, Gero


Akhirnya setelah dalam 2 jam perjalanan,sampailah kami ke hotel pertama kami di Jepun.

Fuh sampai juga akhirnya ke hotel!

Sebelum dapat masuk bilik, pi ambik kunci bilik dan Yukata (pun Shaklee belanja. Hehe).

Hotel ni ada onsen iaitu kolam air panas semulajadi. Tu yang buat dia mahal dan eksklusif.



Mula-mula masuk, tiada katil kelihatan, yang ada macam ni saja

Tepi tingkap besar :)

Kalau pergi trip Shaklee ni, tak sah kalau takde surprise!

Masuk je bilik ternampak 2 bungkusan comel ni. Apa agaknya kat dalam tu?

Surprise pertama dari Shaklee
Surat cinta dari Presiden Shaklee Malaysia :D

Dapat Instant Protein Assortment Pack! Ada 6 perisa berlainan. Kat Jepun je ada ni. Produk ni lebih kurang macam ESP di Malaysia. One of my favourite!

Rehat-rehat kejap, lepastu kena bersiap untuk dinner pula!

Kaiseki Dinner (Fine Dining)

 

Untuk Kaiseki Dinner ni, kami kena pakai Yukata yang telah disediakan oleh pihak hotel di bilik kami. Cara nak pakai, Google ja. Hehe.

Antara yang terawal sampai hihi

Ummi dah ready nak makan dah :) Bersimpuh lah kita sopan-sopan ye

Shaklee :)



Bersambung di entry seterusnya :)

August 09, 2017

Set Haji Umrah Shaklee

Menyebut tentang persediaan Haji / Umrah, tentu banyak persediaan yang perlu dilakukan, betul?

Dari sudut kesihatan, ramai yang membawa bekalan ubat-ubatan untuk bersedia ketika kesihatan kurang memberangsangkan di sana.

Almaklumlah, di sana kita akan mengalami perubahan cuaca. Dan biasanya cuaca di sana pula panas, jadi badan mudah dehydrate.

Ketika Haji / Umrah juga, kita akan berjumpa dengan ramai orang yang kita tak tahu sejauh mana kesihatan mereka.

Dan kita juga akan banyak bergerak. Banyak perlu tenaga. Kena kekal cergas untuk menggunakan sebaiknya masa berharga di sana.

Di sini kami kongsikan supplement untuk kekal sihat (elak sakit dan sentiasa bertenaga) ketika ibadah Haji / Umrah.

Set Haji Umrah Shaklee


Apa yang terkandung di dalam Set Haji Umrah Shaklee?

Set Haji Umrah Shaklee BASIC
Harga Runcit: RM 245. Klik di sini untuk dapatkan harga ahli (JIMAT 15%)


1. Performance Drink

Cuaca panas menyebabkan badan mudah kehilangan air, seterusnya melemahkan badan, dan menganggu ibadah.

Performance Drink merupakan Minuman Isotonik tanpa gula dan gas yang dapat mengekalkan elektrolit dalam badan untuk mengekalkan tenaga.

2. Vita C

Perubahan cuaca mendadak ketika Haji / Umrah menyebabkan badan kita mudah diserang sakit. Vitamin C bantu meningkatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.

3. Ostematrix

Haji / Umrah memerlukan banyak pergerakan terutamanya berjalan. Kalsium sangat penting untuk melancarkan pergerakan dan mengelakkan kekejangan. Ia juga membantu tidur yang lena supaya badan kekal bertenaga keesokan hari.

Ostematrix ialah supplement Kalsium + Vitamin D + Magnesium + mineral lain untuk membantu penyerapan Kalsium ke dalam tubuh.


Set Haji Umrah Shaklee PREMIUM
Harga Runcit: RM 656. Klik di sini untuk dapatkan harga ahli (JIMAT 15% + LAYAK CASHBACK)

4. Vitalea

Multivitamin dan multimineral yang mengandungi nutrisi bersamaan 40 jenis lauk pauk. Memberikan tambahan tenaga untuk mengerjakan ibadah Haji dan Umrah.

5. B Complex

Mengandungi 8 jenis Vitamin B yang PERLU untuk tubuh. Menukarkan makanan kepada tenaga. Baik untuk kesihatan saraf, serta terkenal sebagai supplement anti-stress.

6. Nutriferon

Dihasilkan oleh Pakar Imun iaitu Dr. Yasuhiko Kojima, Nutriferon ialah supplement immune-booster terutamanya untuk mereka yang mudah jatuh sakit sebelum pergi menunaikan Haji atau Umrah lagi.

7. Carotomax

Tinggi dengan antioksida, Carotomax ialah supplement Pro-Vitamin A yang amat baik untuk mata. Sangat membantu untuk mereka yang mengalami masalah rabun, mata cepat letih. Ketika Haji dan Umrah, biasanya kita akan banyak membaca Al-Quran. Jadi mata perlu dalam keadaan tip-top.


MENGAPA ANDA PERLU PILIH SET HAJI UMRAH SHAKLEE?

1. Shaklee ialah sebuah syarikat yang OBSES tentang kualiti produknya. Shaklee memastikan mereka:

Melakukan sebanyak 350 ujian terhadap 1 jenis bahan sahaja!
Melakukan sebanyak 100,000 ujian kualiti produk setiap 1 tahun!
Melakukakan sebanyak 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap 1 tahun!
Tidak memasukkan bahan-bahan bahaya. Senarainya di sini.

2. Shaklee memastikan produk mereka BERKESAN. Buktinya?

Secara SAINTIFIK dan KLINIKAL. Shaklee menerbitkan 100 Laporan Saintifik dan mempunyai Landmark Study pada tahun 2007 yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suplemen Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung.

Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Baca selanjutnya di sini.

3. Shaklee bukan sahaja selamat untuk manusia, tetapi juga untuk alam sekitar. Bukankah itu sangat wow? Boleh baca selanjutnya di sini.

Boleh juga baca di sini.


KESIMPULANNYA?

Jika anda mencari supplement untuk anda dan keluarga, Shaklee ialah satu jenama yang sangat boleh dipercayai!

Untuk dapatkan lebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli dan dapatkan CASHBACK juga! Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.

Hubungi kami jika anda sudah membuat keputusan :)

MSE Legacy Sdn Bhd
012 229 5680 (Nadiah) / 011-20 200 300 (HOTLINE)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

August 04, 2017

PROMO Shaklee Ogos 2017

Promo Shaklee bulan ni ialah Omega Guard! 🎉🎉🎉

Promosi ini khas buat Ahli Shaklee sahaja

PENGALAMAN NAD MENGAMALKAN OMEGA GUARD

Nad mula amalkan Omega Guard secara konsisten semasa pregnant Ziyad (anak kedua) pada tahun 2013 untuk perkembangan otak dan mata baby.
Inilah Ziyad bersama aksinya. Hehe
Then dalam pantang Nad continue consume Omega Guard bersama Lecithin untuk bantu turunkan berat badan (bersalin secara pembedahan), di samping bagus untuk perkembangan minda Ziyad.

Masa dalam pantang tu, Ziyad kadang-kadang berkahak. Then Nad perasan bila amalkan Omega Guard ni, kahak Ziyad senang keluar bila dia muak susu. Bila dah besar sikit baru bunyi kahak tu hilang.

Then tahun 2014 Ummi Nad dijangkiti TB. Ummi Nad makan ubat dan juga amalkan supplement Shaklee.

Salah satu supplement yang sangat membantu ialah Omega Guard. Nurse pun recommend teruskan Omega Guard. Alhamdulillah Ummi pun dah sihat sepenuhnya :)

Omega-3 memang bagus untuk respiratory health (kesihatan sistem pernafasan).
6 Sebab Mengapa Perlu Pilih Shaklee Omega Guard
Sekarang ni dah anak 3 ni, kalau tinggal Omega Guard, berat cam senang nak naik kalau tak jaga makan. Tapi kalau konsisten amalkan, sama ada berat sama atau turun 😍😍😍 Combo dengan Lecithin, memang my best friend untuk weight management kategori ibu menyusu. Hehe.

Kalau korang nak cuba, bolehlah cuba Omega Guard bulan ni 👍


Hubungi kami jika anda sudah membuat keputusan :)

MSE Legacy Sdn Bhd
012 229 5680 (Nadiah)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...