September 22, 2017

Tumbler Hitam

Sapa pernah dengar tag line ni "Hitam ini menawan". Kalo tak silap Nad, ayat ni dari iklan zaman dulu2 punya :)

Hari ni saja nak kongsi yang Nad baru dapat 1 tumbler hitam. Cantik warna dia kan? 
Tumbler Hitam yang menawan

Encik Gajah tolong snapkan


MSE Legacy Sdn Bhd
012 229 5680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline FB: Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

September 21, 2017

Leader Meeting

Bersama Leader Maestro
Alhamdulillah, pada hari ahad yang lepas. Nad sempat buat small meeting bersama Leader Maestro untuk tahu progress performance masing2. Sebelum ni, banyak discuss melalui wasap (online).

Kali ini, kami cuba buat kelainan atas nasihat dari upline kami supaya ada human touch (offline) antara kita dengan leader2 ini. Kira ini permulaan baru untuk kami sentuh heart to heart dengan mereka. Banyak benda yang dapat dikongsi bersama sepanjang 3 jam dirumah Nad.

Ia menjadi satu cabaran buat kami semua bagaimana nak maju lagi dalam bisnes Shaklee ni :)

Kami hadiahkan Topi Maestro untuk Leader

Lucky Draw

Suasana di kaunter
Pada hari sabtu lepas, Encik Gajah gigih pergi ke Shaklee HQ sempena Promo Malaysia Day. Salah satu sebab ialah nak menang Lucky Draw tu. Ada rezeki, boleh dapat 1 botol Vivix bernilai RM475 sebotol tu. 

Kami pun dah kumpul order siap2 dan dapatlah 4 Lucky Draw untuk diri sendiri. 

Downline kami pun ada yang tumpang order skali. Masing2 dapat 1 hadiah Lucky Draw juga :)


Ini hadiah Lucky Draw kami. Total nilai lebih RM100 :)
Untung dapat Phytocol ni. Harga RM197 sebotol. Downline kami dapat :) 
Yang ini, dapat Shaker Biru bernilai RM30.


MSE Legacy Sdn Bhd
012 229 5680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline FB: Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

September 20, 2017

Timba Ilmu Seni Balairong Seri


Hari isnin lepas, Encik Gajah hadir ke kelas Seni Balairong Seri di Menara Kuala Lumpur. Nad dengar tajuk pun rasa macam kelas adat istiadat diraja jer. Hehe


Datuk Roslan
Rupanya, baru tau kelas ini dianjurkan oleh Datuk Roslan Abd Hamid (Merupakan Sifu Public Speaker di Malaysia). Dari apa yang Encik Gajah kongsikan dengan Nad ialah kelas ini lebih kepada macam mana kita perlu beradab dalam pelbagai situasi samada bersama staff, orang besar mahupun orang2 tua. Sebab sekarang ni, adab dan tatasusila orang kita dah makin dilupakan.

Nad kongsikan aturcara program bersama gambar-gambar semasa event.


ATURCARA PROGRAM SENI BALAIRONG SERI DI MENARA KUALA LUMPUR

9.00: Pendaftaran
9.30: Strategic Leadership. 
Tata Budaya Berkomunikasi Seni Balairong Seri di Balai Penghadapan sebagai Leader dan Manager.

10.30: Minum Pagi
11.00 Strategic Conversations.
Tata Tertib Bina Network yang Aktif

12.00 : Strategic Negotiations.
Tata Susila Cari Kesepakatan Bersama.
1.00: Rehat, Makan dan Soat.

2.00 : Strategic Speaking.
Tata Santun Tambat Minda dan Tawan Hati.
3.00 : Strategic Writing.
Tata Urutan Menulis Tepat dan Padat.

4.00: Minum Petang
4.30 : Strategic Meetings.
Tata Acara Dapatkan Real Result.

5.30 :Program di tangguhkan.


Ada beberapa student Datuk Roslan yang dipanggil ke hadapan untuk berkongsi pengalaman mereka dalam sektor korporat. Salah seorang daripadanya ialah orang kuat D'saji yang serve makanan untuk PM (Tun Mahathir, Pak Lah Dan Dato Seri Najib dan termasuk juga Agong Baru semasa pertabalan baru2 ini). 
Puan Azliza Noh
Beliau ialah Azliza Noh, anak Felda yang berkelulusan dari Sekolah Vokasional sahaja. Tapi experience beliau untuk handle orang2 besar sangatlah hebat. Sehingga diberi tanggungjawab besar dari pihak Istana mahupun dari Jabatan Perdana Menteri.


Encik Gajah juga berpeluang berkenalan dengan ramai lagi usahawan yang hebat2 kerana zaman sekarang ini. Kita tidak boleh duduk selesa di satu tempat sahaja. Kita perlu keluar dari zon selesa kerana banyak lagi sebenarnya peluang yang terbuka luas untuk kita ambil.

Dengan ilmu ini jugalah, kami boleh praktikan bagi mengembangkan lagi bisnes Shaklee kami sehingga ke tahap yang lebih tinggi. Insyaallah, setiap kelas yang kami hadir akan dapat sesuatu ilmu yang baru.

Jadi, jangan rasa rugi untuk melabur duit untuk ilmu. Kerana dengan ilmu, kita akan dapat pergi lebih jauh. Insyaallah


MSE Legacy Sdn Bhd
012 229 5680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline FB: Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

September 17, 2017

Train Trip ke Petrosains dari Bandar Baru Bangi

Sempena cuti sekolah haritu, kami decide nak bawa anak-anak naik train ke Petrosains, since diorang tak pernah naik train lagi. Hehe.

Anak-anak kami 7y, 4y, 2y.

Ummi pun tak pernah sampai Petrosains lagi haha.

Stesen Komuter UKM - KL Sentral


Kami parking di parking lot baru Stesen Komuter UKM. Rate per entry ialah RM 4. Kalau masuk selepas 5 PM, FREE. Kami sampai dalam 9:45 pagi.

So dari Bangi kami naik Komuter di stesen UKM, beli tiket ke KL Sentral.

2 tiket dewasa dan 2 tiket kanak-kanak total RM 14.40.

Lama juga menunggu di Komuter UKM ni, dalam 30 minit. Anak-anak pun dah meragam. Sebab hati tu tak sabar nak naik train. Sekali train pulak lambat sampai. Hihi.

Bila train sampai, agak penuh. So kami semua kena berdiri. Tapi the boys dapat tempat tepi tingkap. So seronok lah. Tapi anak dara Nad ni pulak meragam nak susu lah pulak! Haha. Anak dara Nad ni masih breastfeed tapi dah 2y3m so Nad delay-delay kan menyusu dia hihi. Satu train kot dengar suara Ziyani hahah.

Seluk bag, terjumpa Kit Kat. So offer dia Kit Kat. Dia nak makan. Dah makan dah kunyah dia luah balik pulak! Kelam kabut habis melekit. Pastu dia sambung nangis lagi.

Akhirnya setelah drama dalam train, sampai juga lah di KL Sentral.

Stesen KL Sentral - KLCC


Sampai di KL Sentral, dah 11:20 pagi, so kami decide nak makan di KFC. Boleh menyusu Ziyani sekali. Selesai makan dan pergi toilet, dah 12 tengahari. Haha. Lepastu diorang nak makan aiskrim pulak. Haha layan jelah.

Then kami beli tiket naik LRT Putra ke KLCC dengan harga RM 1.20 satu tiket. Tiket kanak-kanak dan dewasa semua sama saja. So total RM 4.80 untuk 4 tiket tak termasuk 1 baby.

Waktu menunggu train LRT Putra 3 minit saja :) Good job!

Dalam train nak sampai ke stesen KLCC cuma 15 minit. So semua behave lagipun dah kenyang kan hehe.

Akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju iaitu Petrosains :)




Petrosains, KLCC


Harga tiket dewasa ialah RM20. Kanak-kanak tak perlu bayar. Nad pun kurang pasti kenapa. Hihi. So total yang kami bayar ialah RM 40.

Sebelum masuk Petrosains, kena naik 'kapsul masa'. Haa, yang ni menunggu agak lama dan keadaan tak berapa sejuk hehe. Cuti sekolah kan. Ramai sikit lah dari biasa agaknya. Kena tunggu dalam 30 minit beratur.

Dalam Petrosains ada cafe untuk rehat dan isi perut sat sebelum meneruskan perjalanan. Surau pun ada :) Dalam tu overall selesa lah bagi Nad.

Cuma time nak balik tu pun kena naik 'kapsul masa' tu juga. So kena beratur lagi. Hehe.

Lepas dah berjaya keluar, boleh shopping merchandise kat kedai dia :)

The rest, jomlah kita tengok video ni ya!


Amacam? Best ke best? Haha.

Balik tu kami tak naik train dah. Haha semua dah penat dan meragam. So kami naik Uber je. Dari KLCC ke parking lot Stesen Komuter UKM, RM 55. Naik Uber jam 5:10 PM, sampai dalam 6:30 PM. So dapatlah kanak-kanak ni lelap dalam kereta. Ha...Ummi Abi pun lega!

Itulah dia kisah kami naik train pergi Petrosains. Mencabar tak? Haha.

Moga bermanfaat untuk anda :)

September 15, 2017

Baby Roadshow Shaklee

Yeay!! 😍  Dah lama sebenarnya Nad tunggu Baby Roadshow Shaklee ni lepas announce pada bulan Ogos.  Peluang ni sangat jarang dapat dan Shaklee Malaysia berusaha menjemput tetamu khas iaitu Senior Research Scientist dari USA, Dr Sonhee Park.

Beliau merupakan salah seorang scientist Shaklee yang bertanggungjawab dalam menentukan set Prenatal dan Postnatal Shaklee (atau lebih dikenali set menyusu dan set bersalin). Dan beliau akan berkongsi kepentingan dan keperluan seorang baby serta as Parent, apa yang boleh kita bantu. Yang pasti, kita cuba berikan yang terbaik untuk baby kita semasa roadshow nanti 😍

Tiket akan dijual esok dengan harga RM20 sekeping. Dan boleh bawa kawan-kawan dan juga prospek untuk mengetahui lebih lanjut. Light refreshment dan juga door gift juga akan diberikan kepada yang hadir. 😘

Roadshow ni diadakan selama 3 hari di lokasi yang telah ditetapkan. Untuk pembelian tiket ni, boleh dibuat di mana-mana branch Shaklee atau secara online.

Jika ada yang berminat nak join skali, boleh contact Nad terus yer 😁


Poster Baby Roadshow Shaklee 



MSE Legacy Sdn Bhd
012 229 5680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline FB: Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

September 14, 2017

Health Wealth Talk 'Berseri di dalam, Cantik di Luar'


Assalamualaikum semua, staff Nad hadir ke kelas Health Wealth Talk kat Bangi Gateway pada Selasa lepas. Antara info yang dikongsikan ialah banyak fakta mengenai kecantikan dan kesihatan yang mungkin kita terlepas pandang. 

Antaranya, kecantikan luaran kita dipengaruhi oleh kesihatan dalaman kita juga.

Kulit kita terbahagi kepada 3 lapisan.
Struktur Kulit Kita

  • Lapisan kulit paling luar (Epidermis) terdiri daripada sel kulit dan merupakan defense line pertama tubuh badan kita.
  • Lapisan dalam (Dermis) terdiri daripada collagen dan elastine
  • Lapisan paling dalam (Hypodermis) terdiri daripada lapisan lemak.


Antara ancaman yang kulit kita hadapi setiap hari ialah

1. Sinaran UV (ultra violet ray) terbahagi kepada 2 iaitu UVA dan UVB. UVA menyerap jauh ke dalam Dermis kulit dan sekaligus memecahkan kolagen yang terbentuk di dalam kulit. Memainkan peranan besar pembentukan tanda awal penuaan seperti garis halus yang memakan masa 5 tahun untuk terbentuk secara semula jadi (peningkatan usia).
Sinar UV
UVB diserap di lapisan Epidermis kulit dan bertanggungjawab ke atas peningkatan penghasilan pigment kulit kita (melanin). Tubuh kita menghasilkan melanin untuk meningkatkan daya tahan kulit kita terhadap sinaran UVB. Semakin lama kita terdedah tanpa perlindungan, semakin gelap pigmen kulit kita 😅


Pencemaran Udara
2. Pencemaran yang berlaku di sekeliling kita seperti pencemaran udara dan air sekaligus memainkan peranan untuk kecantikan kulit kita. Udara yang kotor mengandungi habuk dan kuman yang boleh menjadi punca pori kulit tersumbat dan air yang tidak bersih dicemari bakteria menjadi penggalak pertumbuhan jerawat di muka! Terlalu lama di dalam bilik yang berhawa dingin juga adalah tidak sihat untuk kulit kita kerana ia penyumbang utama masalah kulit kering.

(FUN FACT : Elakkan minum air yang dihidangkan di dalam kapal terbang walaupun air tersebut telah di masak kerana 8 daripada 10 kapal terbang gagal dalam ujian kebersihan air yang dilakukan di dalam tangki kapal terbang tersebut kerana dicemari dengan E-coli dan Salmonella malah banyak lagi kuman dan bakteria ! Minum lah air mineral yang telah dibotolkan kerana jurutebang sendiri melakukan perkara yang sama! )


Makanan Sihat

3. Diet dan pemakanan seimbang juga penyumbang utama kesihatan kulit kita. Pemakanan yang tinggi gula boleh menyumbang kepada penghasilan jerawat dan melemahkan elastisiti kulit kita! Minum lah air sekurangnya 8 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit di samping pengambilan minyak dan asid lemak yang sihat.


Kurang Tidur
4. Kurang tidur juga dilabel sebagai ancaman kepada kesihatan kulit kita. Kita memerlukan 8 jam waktu tidur untuk kekal cergas dan optimum.


Stress
5. Stress juga boleh menyumbang kepada tanda penuaan kulit. Contohnya kalau kita selalu kerutkan dahi, nanti lama-lama boleh jadi kedutan kekal dan menjadi semakin dalam !

(FUN FACT : Pembaharuan sel kulit terjadi sekitar jam 10 malam hingga jam 1 pagi berdasarkan kepercayaan orang Korea yang memang strict dalam penjagaan kecantikan mereka 😉 )


MSE Legacy Sdn Bhd
012 229 5680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline FB: Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

September 13, 2017

Testimoni Vivix Shaklee : Rambut Tumbuh Kembali

Petang ni, Nad nak kongsikan 1 berita gembira dari downline Nad sendiri bila beliau share kisah ayah yang dahulunya botak dan sekarang dan ada rambut kembali :)


Gambar Oct 2016. Kepala botak
Puan Ainniah berkongsi kisah gembira ini bersama group kami semalam. 

Kisah ayah beliau bermula pada bulan Oktober 2016, ayah di-diagnosed glaucoma. "Haru biru hidup ayah. Kami 'penonton' pun turut terasa ke-susah hati-an ayah. Sapa la tak risau kalau diberitahu yang salah satu komplikasi glaukoma ialah buta!"

"Jadi, Ain bagi ayah Vivix sebagai ikhtiar sihatkan mata. Ayah konsisten sampai sekarang walaupun agak lambat nak rasa kesan Vivix ni kata ayah. Ya la, Vivix ni bukan ubat, tapi suplemen yang menyihatkan dari dalam."

"Ain cerita kat ayah pasal Telomere Study. Takkanlah anak dia ni nak memudaratkan ayah sendiri kan. Ada bukti sains lagi. Itulah sebabnya ayah yang tak pernah percayakan suplemen, terus 'setia' dengan Vivix."

"Baru ni ke rumah ayah, ayah bagitau yang 'kilat2' kat mata (kata pakar mata, ianya disebabkan aging) dah hilang. Pressure dalam mata (intraocular pressure) pun maintain normal so far. Alhamdulillah syukur..."
Gambar Sept 2017. Rambut dah lebat
"Dan tiba2 ayah tunjuk belakang kepala ayah. Mak ooii, terkejut Ain, sebab hampir separuh kepala ayah sekarang dah penuh rambut baru hitam2! 😱

Ayah suruh ambik gambar. Inilah hasilnya. Tersengih2 kerang busuk ayah, kepala yang dah sekian lama botak, akhirnya penuh rambut hitam.

Sapa la tak suka, kalau makin berumur makin 'muda'. Hihihi... 😜

Bukan rambut ayah je tau. Mak yang consume Vivix beberapa bulan kemudian dari ayah, pun rambut hitam dah mula nak menguasai kepala mak.

Bai2 rambut putih (uban). You wont be missed. And please dont come back. Hihihi 😜"

September 09, 2017

Promo Malaysia Day

Insyaallah, hari Sabtu ni. Nad nak pi borong barang Shaklee sempena Promo Malaysia DaySebab utama ialah boleh dapat lucky dip bernilai sehingga Rm475 (Harga Vivix 1 botol) jika diizinkan. Hehe

Promo Malaysia Day

Sebelum ni, Encik Gajah berjaya dapat 1 kotak Collagen Shaklee yang bernilai RM 298 (Retail Price). Tapi yang makannya ialah Nad. Bes sangat masa tu. Hehe

Dan kali ni, acara Promo malaysia Day dimeriahkan lagi dengan belian 2 botol vivix dengan harga 5% diskaun + 1 lucky dip. Kami kira ia adalah double Promo. Bes kan?

Nad doakan semoga customer dan downline kami akan dapat hadiah yang best-best. Insyaallah :)


September 08, 2017

Ketahui 4 Nutrien Penting Untuk Kulit


Pernah tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri? Mereka memberikan aura positif dan sihat. Sering kali juga, kita tertanya-tanya apakah yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menawan.

Protein untuk Membina Kulit yang Sihat
Badan dihasilkan dari protein dan untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:

  1. Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh kita. 
  2. Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
  3. Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
  4. Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
  5. Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.


Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C
Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan kita tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :

  1. Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
  2. Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
  3. Membantu dalam penyembuhan luka.
  4. Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.


Tingkatkan Keanjalan dengan Kolagen
Kolagen adalah struktur penting untuk kulit kita. Ia mengekalkan keanjalan kulit kita dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan kita boleh menghasilkannya sendiri.

Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan kita kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk;

  1. Kulit yang lebih anjal.1
  2. Mengurangkan kedutan.2
  3. Kulit yang lebih lembut, lebih padat.1
  4. Mengurangkan parut.2

Kekalkan Kelembapan Kulit dengan GLA
Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:

  1. Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.3
  2. Mengekalkan kelembapan kulit.4
  3. Melawan keradangan.7

MSE Legacy Sdn Bhd
012 229 5680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline FB: Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

September 07, 2017

Detox Shaklee

Pagi tadi, Nad ada terima wasap dari prospek bertanyakan set slimming. Biasanya Nad akan tanya detail skit kenapa nak ambil set slimming. Prospek kata nak kurus tapi tak pasti dia jenis Gemuk Air atau Gemuk Lemak.

Jadi, Nad pun syorkan ambil set Detox Shaklee dulu sebelum ambil set Slim Shaklee
Ada beza ke kedua2nya? 
Nampak macam sama jer kan?

Sebenarnya, badan kita perlukan "maintenance" juga sebab kita nak pakai sehingga ke hari tua. Dalam istilah Shaklee, kami panggil dia Detox Shaklee untuk membuang segala toksin dan bahan2 yang tidak perlu dalam badan kita supaya kesihatan kita kembali normal.

Kesan yang boleh di alami selepas buat detox program ini ialah 
1. Badan rasa ringan
2. Tidak mudah lesu atau letih
3. Cergas sepanjang hari
4. Mood pun boleh dikawal
5. YG PALING BEST ialah berat turun + size pinggan pun berkurang skali. Hehe

Sapa yang tak suka jadi kurus kan? Mesti la nak kan. Buat pembaca, Nad kongsikan pemakanan detox untuk 7 hari sahaja. Bukannya tiap2 hari tau. Hanya 7 hari untuk kita cuba Detox Shaklee dan lepas tu kita boleh control pemakanan harian kita macam biasa.

Dibawah ni adalah senarai menu pemakanan untuk orang yang Detox Shaklee





MSE Legacy Sdn Bhd
012 229 5680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline FB: Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

September 05, 2017

Poster SET Radiant 4





MSE Legacy Sdn Bhd
012 229 5680 (Nadiah)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Kenapa kita perlukan SUPPLEMENT?

Antara soalan yang biasa Nad dapat;

"Kenapa kita perlukan SUPPLEMENT?"
"Tak cukup ke dengan makan nasi bersama lauk pauk?"
"Bukan supplement ni bahan kimia ke?"

Nad ucapkan tahniah buat yang bertanya,
Sebab apa yer?

Sebab mereka ingin tahu mengenai kepentingan supplement ni. Dan jenis supplement yang sesuai untuk mereka. Sifat tahu inilah yang perlu ada sebenarnya.

Nad kongsikan video pendek mengenai kajian yang dibuat mengenai supplement dan kenapa kita perlukan supplement ini.


Antara intipati video pendek ini ialah :-

1. Fast Food.
2. Pemakanan tidak seimbang.
3. Makanan yang diperolehi mengandungi nutrien yang sedikit sahaja.

Dengan maklumat yang dikongsikan ini, Insyaallah, kita sama2 mampu mengubah gaya hidup dan pemakanan kita yang lebih sihat. Kerana Kesihatan itu adalah Kemewahan. Betul kan?

September 04, 2017

Promo Shaklee Sept 2017


Promosi ini khas buat Ahli Shaklee sahaja
Promo Shaklee Sept 2017 ialah SET Radint 4. Set ini mengandungi 4 Product Shaklee iaitu

1. Energizing Soy Protein (ESP)
  • ESP diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.
  • Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non-GMO” ( non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.
  • Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP Shaklee / Energizing Soy Protein ( ESP ) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
  • ESP merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
  • Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39
  • Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

2. Vitamin C Sr
  • Berasaskan jagung
  • Kandungan Vitamin C dalam 1 kapsul bersamaan 7.5 biji buah oren.
  • Menggunakan teknologi Sustained Release di mana Vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan, 100mg setiap sejam untuk memastikan keperluan Vitamin C di dalam badan sentiasa dipenuhi secara berterusan.
  • Mengandungi "bioflavonoids". Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi.


3. GLA Complex
  • Berasaskan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
  • Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause.
  • Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.


4. Collagen Powder
  • Bahan utamanya ialah sisik ikan merah dari laut dalam.
  • Fungsinya adalah untuk menyokong pembentukan tisu penyambung.
  • Bukan itu saja, Shaklee Collagen Powder ini juga di tambah dengan 7 bahan aktif iaitu ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B meningkatkan keberkesanan collagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luaran.

Hubungi kami jika anda berminat untuk mendapatkan konsultasi dari kami

MSE Legacy Sdn Bhd
012 229 5680 (Nadiah)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...