September 14, 2017

Health Wealth Talk 'Berseri di dalam, Cantik di Luar'


Assalamualaikum semua, staff Nad hadir ke kelas Health Wealth Talk kat Bangi Gateway pada Selasa lepas. Antara info yang dikongsikan ialah banyak fakta mengenai kecantikan dan kesihatan yang mungkin kita terlepas pandang. 

Antaranya, kecantikan luaran kita dipengaruhi oleh kesihatan dalaman kita juga.

Kulit kita terbahagi kepada 3 lapisan.
Struktur Kulit Kita

  • Lapisan kulit paling luar (Epidermis) terdiri daripada sel kulit dan merupakan defense line pertama tubuh badan kita.
  • Lapisan dalam (Dermis) terdiri daripada collagen dan elastine
  • Lapisan paling dalam (Hypodermis) terdiri daripada lapisan lemak.


Antara ancaman yang kulit kita hadapi setiap hari ialah

1. Sinaran UV (ultra violet ray) terbahagi kepada 2 iaitu UVA dan UVB. UVA menyerap jauh ke dalam Dermis kulit dan sekaligus memecahkan kolagen yang terbentuk di dalam kulit. Memainkan peranan besar pembentukan tanda awal penuaan seperti garis halus yang memakan masa 5 tahun untuk terbentuk secara semula jadi (peningkatan usia).
Sinar UV
UVB diserap di lapisan Epidermis kulit dan bertanggungjawab ke atas peningkatan penghasilan pigment kulit kita (melanin). Tubuh kita menghasilkan melanin untuk meningkatkan daya tahan kulit kita terhadap sinaran UVB. Semakin lama kita terdedah tanpa perlindungan, semakin gelap pigmen kulit kita 😅


Pencemaran Udara
2. Pencemaran yang berlaku di sekeliling kita seperti pencemaran udara dan air sekaligus memainkan peranan untuk kecantikan kulit kita. Udara yang kotor mengandungi habuk dan kuman yang boleh menjadi punca pori kulit tersumbat dan air yang tidak bersih dicemari bakteria menjadi penggalak pertumbuhan jerawat di muka! Terlalu lama di dalam bilik yang berhawa dingin juga adalah tidak sihat untuk kulit kita kerana ia penyumbang utama masalah kulit kering.

(FUN FACT : Elakkan minum air yang dihidangkan di dalam kapal terbang walaupun air tersebut telah di masak kerana 8 daripada 10 kapal terbang gagal dalam ujian kebersihan air yang dilakukan di dalam tangki kapal terbang tersebut kerana dicemari dengan E-coli dan Salmonella malah banyak lagi kuman dan bakteria ! Minum lah air mineral yang telah dibotolkan kerana jurutebang sendiri melakukan perkara yang sama! )


Makanan Sihat

3. Diet dan pemakanan seimbang juga penyumbang utama kesihatan kulit kita. Pemakanan yang tinggi gula boleh menyumbang kepada penghasilan jerawat dan melemahkan elastisiti kulit kita! Minum lah air sekurangnya 8 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit di samping pengambilan minyak dan asid lemak yang sihat.


Kurang Tidur
4. Kurang tidur juga dilabel sebagai ancaman kepada kesihatan kulit kita. Kita memerlukan 8 jam waktu tidur untuk kekal cergas dan optimum.


Stress
5. Stress juga boleh menyumbang kepada tanda penuaan kulit. Contohnya kalau kita selalu kerutkan dahi, nanti lama-lama boleh jadi kedutan kekal dan menjadi semakin dalam !

(FUN FACT : Pembaharuan sel kulit terjadi sekitar jam 10 malam hingga jam 1 pagi berdasarkan kepercayaan orang Korea yang memang strict dalam penjagaan kecantikan mereka 😉 )


MSE Legacy Sdn Bhd
012 229 5680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline FB: Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

1 comment:

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...