Train Trip ke Petrosains dari Bandar Baru Bangi

Sempena cuti sekolah haritu, kami decide nak bawa anak-anak naik train ke Petrosains, since diorang tak pernah naik train lagi. Hehe.

Anak-anak kami 7y, 4y, 2y.

Ummi pun tak pernah sampai Petrosains lagi haha.

Stesen Komuter UKM - KL Sentral


Kami parking di parking lot baru Stesen Komuter UKM. Rate per entry ialah RM 4. Kalau masuk selepas 5 PM, FREE. Kami sampai dalam 9:45 pagi.

So dari Bangi kami naik Komuter di stesen UKM, beli tiket ke KL Sentral.

2 tiket dewasa dan 2 tiket kanak-kanak total RM 14.40.

Lama juga menunggu di Komuter UKM ni, dalam 30 minit. Anak-anak pun dah meragam. Sebab hati tu tak sabar nak naik train. Sekali train pulak lambat sampai. Hihi.

Bila train sampai, agak penuh. So kami semua kena berdiri. Tapi the boys dapat tempat tepi tingkap. So seronok lah. Tapi anak dara Nad ni pulak meragam nak susu lah pulak! Haha. Anak dara Nad ni masih breastfeed tapi dah 2y3m so Nad delay-delay kan menyusu dia hihi. Satu train kot dengar suara Ziyani hahah.

Seluk bag, terjumpa Kit Kat. So offer dia Kit Kat. Dia nak makan. Dah makan dah kunyah dia luah balik pulak! Kelam kabut habis melekit. Pastu dia sambung nangis lagi.

Akhirnya setelah drama dalam train, sampai juga lah di KL Sentral.

Stesen KL Sentral - KLCC


Sampai di KL Sentral, dah 11:20 pagi, so kami decide nak makan di KFC. Boleh menyusu Ziyani sekali. Selesai makan dan pergi toilet, dah 12 tengahari. Haha. Lepastu diorang nak makan aiskrim pulak. Haha layan jelah.

Then kami beli tiket naik LRT Putra ke KLCC dengan harga RM 1.20 satu tiket. Tiket kanak-kanak dan dewasa semua sama saja. So total RM 4.80 untuk 4 tiket tak termasuk 1 baby.

Waktu menunggu train LRT Putra 3 minit saja :) Good job!

Dalam train nak sampai ke stesen KLCC cuma 15 minit. So semua behave lagipun dah kenyang kan hehe.

Akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju iaitu Petrosains :)




Petrosains, KLCC


Harga tiket dewasa ialah RM20. Kanak-kanak tak perlu bayar. Nad pun kurang pasti kenapa. Hihi. So total yang kami bayar ialah RM 40.

Sebelum masuk Petrosains, kena naik 'kapsul masa'. Haa, yang ni menunggu agak lama dan keadaan tak berapa sejuk hehe. Cuti sekolah kan. Ramai sikit lah dari biasa agaknya. Kena tunggu dalam 30 minit beratur.

Dalam Petrosains ada cafe untuk rehat dan isi perut sat sebelum meneruskan perjalanan. Surau pun ada :) Dalam tu overall selesa lah bagi Nad.

Cuma time nak balik tu pun kena naik 'kapsul masa' tu juga. So kena beratur lagi. Hehe.

Lepas dah berjaya keluar, boleh shopping merchandise kat kedai dia :)

The rest, jomlah kita tengok video ni ya!


Amacam? Best ke best? Haha.

Balik tu kami tak naik train dah. Haha semua dah penat dan meragam. So kami naik Uber je. Dari KLCC ke parking lot Stesen Komuter UKM, RM 55. Naik Uber jam 5:10 PM, sampai dalam 6:30 PM. So dapatlah kanak-kanak ni lelap dalam kereta. Ha...Ummi Abi pun lega!

Itulah dia kisah kami naik train pergi Petrosains. Mencabar tak? Haha.

Moga bermanfaat untuk anda :)

Post a Comment

6 Comments

  1. Wahh, bestnyee. Anak2 enjoy je.

    ReplyDelete
  2. bestnya utk budak2 especially kan. nanti nk ke Petrosains jgak insyaaAllah.

    ReplyDelete
  3. Ada plan juga nak ke petrosains nanti bawa anak-anak. Mesti dorang seronok. ��

    ReplyDelete
  4. Naik train dengan budak-budak memang mencabar.
    Lagi-lagi kalo ada anak yang menyusu. Hihi.
    dah ada pengalaman.

    ReplyDelete
  5. Seronok bagi diorang experien gitu.. Experien utk mak ayah gak sebenarnya..
    😊

    Kami pernah naik ETS, ipoh-kl sentral.
    Then naik putra lrt, kl sentral-klcc.

    Tapi pergi aquaria.

    Next time nak pegi petrosains lak.. 😊

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)