5 Punca Utama Sakit Pinggang

Sakit pinggang boleh dialami oleh sesiapa saja, namun kebanyakan orang dewasa dan orang tua umumnya memiliki risiko tinggi terkena masalah sakit pinggang ini. Ini disebabkan kondisi tubuh badan kita tidak lagi dalam masa pertumbuhan sehingga bersifat tetap dan hanya mengalami penambah-baikan saja.

Simptom yang biasa berlaku kepada orang yang menderita sakit pinggang biasanya merasai ngilu atau sakit yang disertai "semut-semut" pada sekitar pinggang terutama pada bahagian tulang belakang.

Pergerakan menjadi terbatas ketika berada di posisi duduk atau bersandar dalam waktu lama. Ia terjadi kerana perubahan postur tubuh badan kita sendiri. 

Ada 5 Punca Utama terjadinya Sakit Pinggang ini




1. Ada Kecederaan Pada Sendi
Kecederaan pada sendi biasanya terjadi pada orang dewasa khususnya orang tua kerana bahagian sendi pada tulang belakang mendapat tekanan dari tulang rawan hingga mengubah posisi saraf tulang belakang. Keadaan ini terjadi apabila kita mengangkat beban yang terlalu berat atau berlaku pergerakan yang salah ketika bersenam.


Penyempitan Tulang Belakang
2. Adanya Kondisi Penyempitan Tulang Belakang
Kondisi penyempitan tulang belakang berlaku apabila urat saraf tulang belakang mendapat tekanan dari tulang belakang itu sendiri akibat posisinya yang tidak normal. Ini akan meyebabkan menyebabkan pesakit merasa sakit pada sekitar wilayah pinggang.


3. Kelainan Postur Tubuh Sejak Lahir
Ada sesetengah orang mengalami penyakit kiposis, lordosis dan skoliosis sejak dari kecil lagi. Dimana ia adalah salah satu sebab kenapa mereka akan mengalami sakit pinggang yang berlarut-larut dan semakin parah apabila dibiarkan saja tanpa rawatan. Kondisi ini boleh dirawat jika diketahui lebih awal atau sejak lahir lagi.



4. Obes atau Berat Badan Berlebihan
Bagi seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan atau dikenali sebagai obesiti, juga slalu mendapat sakit pinggang. Ini terjadi kerana berat badan mereka tertumpu dan memberi tekanan besar pada semua bahagian otot tubuh dan sendi (tak terkecuali pada tulang belakang mereka juga). Akibatnya timbul rasa nyeri dan sakit pada sekita wilayah pinggang seseorang.


5. Penyakit Osteoporosis
Penyakit osteoporosis adalah penyakit yang menyerang tulang seseorang dan mengakibatkan tulang mereka rapuh dan lemah sehingga tidak dapat menjalani fungsinya lagi secara normal.

Dalam kes-kes tertentu, penyakit osteoporosis lebih banyak menyerang kaum wanita terutama yang telah mengalami menopause. Perubahan hormon tubuh akibat menoupose ini dapat melemahkan fungsi kalsium pada tubuh dan mengakibatkan sakit pinggang yang berkepanjangan.

Pengambilan kalsium yang mencukupi sejak dari kecil sehingga dewasa dapat membantu mengurangkan risiko Osteoporosis ini.

Klik link ini untuk lihat
Testimoni Pengguna Set Sendi Shaklee





012 229 5680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline)
Atau Klik jer link ni utk wasap

MSE Legacy Sdn Bhd
Page FB : Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Post a Comment

0 Comments