November 20, 2017

Pengalaman Kulit Melecur Terkena Api Kembali Pulih Dengan Supplement Shaklee


Kali ni Nad nak share pengalaman husband Nad iaitu Amir yang kulit melecur terkena api pada hari ke-4 Ramadhan 2015.

Ketika baru sahaja terkena api, letak Basic H pada tempat terbakar. Kesemua tempat yang disapu Basic H, Alhamdulillah tidak mennggelembung kulitnya dan tidak meninggalkan parut.

Warded di hospital 1 malam.

Selepas pulang ke rumah, terus consume secara konsisten:

1) Vit C & E
2-4 biji bagi membantu memulihkan sel2 kulit

2) Ostematrix
4-6 biji sbgi penganti pain killer amir sbb masih terasa sakitnya

3) Collagen Powder
1 sachet pagi dan 1 sachet sebelum tidur bagi membantu melembapkan kulit dan melicinkan juga

4) Zinc
2-3 biji bagi membantu merawat luka melecur

5) Alfalfa
5 biji bagi mengawal tahap kegatalan dikawasan melecur

6) ESP & Performance Drink
2 kali sehari bagi membekalkan protein untuk badan disamping tidak bagi terhidrat

Alhamdulillah ketika raya wajah Amir memang tak nampak macam pernah terbakar pun :)

November 16, 2017

Office Baru Kami

Alhamdulillah, kami berjaya merealisasikan salah satu impian kami untuk mempunyai Office Baru Kami pada bulan Mei 2017 yang lepas. So far, ada 2 orang staff yang handle stok, hantar barang ke customer dan juga pengeposan. Dengan adanya staff ini, banyak kerja2 kecil dihandle oleh mereka.
Banner Office Baru Kami
Office baru kami ni disewa dengan harga RM1050 sebulan termasuk api & air skali + ada orang bersihkan seminggu skali. Dan kami juga berkongsi bersama 3 lagi company yang lain. Erti kata, kami sewa 1/4 sahaja sebagai permulaan kami. Hehe

Tangga naik ke atas
Ruang Menunggu
Office company lain
Insyaallah, ada rezeki nanti memang nak ada 1 office + training centre skaliKami simpankan impian ini dalam Vision Board dulu. Insyaallah, suatu hari nanti akan tercapai.

Yang besnya lokasi office ni ialah
1. Banyak kedai makan (Roti Puri, Kedai Mamak, Kedai Azura, Nasi Ambeng dll)
2. Ada kedai dobi self service. Mudah nak keringkan baju bila musim hujan.
3. Ada 7 eleven & Speedmart. Jalan kaki jer dah sampai
4. Ada surau dekat dgn kawasan perumahan.
5. Ada kedai repair handphone juga.
6. Ada juga orang amik upah potong kaki seluar/jubah.
7 Ada pakcik amik upah repair kasut juga

Kira boleh kata macam2 ada kat sekeliling office ni. Tinggal sediakan duit sahaja jer. Hehe

Pintu masuk office kami
Ruang Office kami dari pintu masuk

Ruang Office kami 
Macam mana nak cari office kami ni? Mudah jer

Ada 3 cara sebenarnya :-
1. Boleh search Waze Apps
2. Boleh search Google Maps
3. Boleh juga search guna Google Apps


Type jer Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi. Insyaallah, akan jumpa lokasi nya.
Kalo rasa tak confident, boleh jer wasap terus ke 011.20.200.300.
Nanti staff kami akan bantu anda.























November 15, 2017

Tips Ibubapa Belajar Mendengar Dan Memahami

Tips Ibubapa Belajar Mendengar Dan Memahami

Nad tahu setiap ibu bapa ingin berikan yang terbaik untuk anak kita dari segi pendidikan dan segalanya.

Tetapi anak-anak mungkin tidak faham apa yang kita cuba sampaikan

Dan kita juga tidak faham apa yang anak-anak ini cuba ceritakan pada kita.

Ada 1 buku ni beli kat MPH, harga dalam RM25 sahaja.
Bertajuk How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk.
Beli bulan lepas, time promosi. Dapat diskaun 20% gitu. Hehe

Buku ni adalah salah satu buku yang sangat bagus buat ibu bapa. Ia sharekan Tips Ibubapa Belajar Mendengar Dan Memahami kerana kita sebenarnya kurang mendengar apa yang anak-anak hendak ceritakan pada kita. Maybe faktor kerja dan sibuk menyebabkan kita kurang peka dalam bab mendengar.

Dibawah ini ada 3 situasi yang sering berlaku antara ibubapa dan anak. Sebenarnya cara ni tiada betul atau salah yer. Ia lebih kepada kita untuk ada sikap toleransi.

Dan ia perlukan masa untuk prektis yer. Bukan sehari dua yer kita bole mahir. Ia makan masa berminggu juga sebenarnya.

Situasi 1 : Kita suka berikan penerangan dan logik

Hakikatnya, anak ini nak kita fahami kehendak mereka (erti kata respons ikut kehendak mereka) dan mereka tidak dapat tafsirkan penerangan logik kita kerana perasaan mereka inginkan sesuatu itu lebih kuat.

Tips yang dikongsikan adalah cuba berikan apa yang anak secara imaginasi seakan kita ada magik untuk dapatkan apa yang mereka nak.

Situasi 2 : Kita suka menyoal dan menasihati


Macam Nad, anak sulong Zahin ni suka sangat hilangkan barang sekolah dia macam pensel, pemadam, pembaris. Pening dibuatnya sebab kena slalu refill setiap minggu. Jadi, seperti biasa. Nad akan lebih banyak menyoal seperti seorang detektif. Hehe

Tips yang boleh digunakan ialah mendengar dan meraikan jawapan yang diberikan. Jawapan yang Zahin berikan bila kena soal ialah Kawan dia ambil, Tak Tahu, Hilang. Lepas ni Nad akan cuba apply apa sebenarnya yang terjadi. Dengar sampai habis apa yang berlaku berbanding terus menyoal dia.

Situasi 3 : Kita Dengar Sambil Buat Kerja Lain


Kadang2 benda ni terjadi pada kita apabila anak ingin bercerita dengan kita ketika kita tengah buat sesuatu macam masak, drive, atau tengok tv. Ia dipanggil Pendengaran Separa yer.

Apa yang bole kita ubah ialah berikan tumpuan 100% pada apa yang anak nak cakap. Jangan terus menyampuk tau, dengar dulu sehingga selesai. Lepas tu, berikan mereka masa untuk berfikir sendiri dan kita bole bantu jika mereka tidak bole buat keputusan. Tapi kena ingat balik, refer pada perasaan mereka ketika itu juga yer.

Setakat itu sahaja yang Nad nak kongsikan dengan pembaca setia blog ini. Insyaallah, Nad akan kongsikan lagi untuk next post pula yer.

Jum kita sama-sama apply Tips Ibubapa Belajar Mendengar Dan Memahami ni. Insyaallah, kita cuba yang terbaik untuk anak-anak kita.

November 14, 2017

Kenapa Saya Setia Dengan Bisnes Shaklee

Kenapa Saya Setia Dengan Bisnes Shaklee
Kenapa Saya Setia Dengan Bisnes Shaklee

Terkenang masa first pregnancy dulu. Masa tu kat Kerteh. Ummi alahan, Abi pun 'alahan' sekali

Jadi, prestasi ke ofis Abi jadi kurang baik masa tu. Tak larat nak bangun pagi. So tahun tu Performance Appraisal result Abi kurang baik. Siannnnn Abi.

Lepastu kami pindah Miri. Masa kat sana, Abi selalu balik lambat. Waktu kat Borneo kan awal sejam. Jadi gelap awal. Jadi rasa lama menunggu Abi sampai rumah. Isk isk isk.

Dah lah Zahin suka tido jam 3 pagi masa tu. 2 jam lepastu dah Subuh dah 🧟‍♀️ <— emoticon Zombie.

Tapiiiiii tu semuaaaa dah jadi kenangan. Abi dah tak kerja macam tu dah. Takde lagi balik lewat malam.

Takde lagi Performance Appraisal dari company

Sebabbbbb, now Abi kerja dengan Ummi sejak Januari 2014

Abi pencen awal lepas mempertimbangkan pull dan push factors. Abi bayar lebih RM 14K untuk 2 bulan gaji pada company tu sebab tender 1 bulan saja. Bayar pakai bonus Shaklee

Of course tak mudah juga nak buat keputusan sebab dah 6 tahun kerja. Tapi kami rasa itu yang terbaik buat kami.

Kami sama-sama perah otak bangunkan bisnes Shaklee.

Alhamdulillah ❤️ Two is better than one

Inilah salah satu sebab kenapa kami masih setia dengan bisnes Shaklee. Dapat pencen awal ☺️

#BerduaLebihBaik
#NadiahSuhaidi
#AmirMarzhuki
#Maestro

November 10, 2017

56 Tahun Kebaikan Protein


Tahukah Anda?
Energizing Soy Protein telah dicipta pada tahun 1961 oleh Dr. Forrest C. Shaklee dengan nama Instant Protein. 56 tahun kebaikan protein soya ini telah dikongsikan sebenarnya.



Ini adalah antara fakta mengenai Protein Soya dengan nama ESP yang mungkin ramai tidak tahu sebenarnya.
  1. Dr. Forrest C. Shaklee mencipta protein soya dengan formula pengasingan yang pertama pada tahun 1961
  2. Protein soya adalah yang terbaik untuk tenaga berpanjangan
  3. Sumber protein soya mudah dibawa dengan rasa yang enak
  4. Kaya dengan kalsium
  5. Membantu mengurangkan kolesterol dalam darah (Jumlah protein soya yang disarankan untuk memberi kesan pengurangan kolestrol dalam darah ialah 25g setiap hari)

Hubungi kami:
012 229 5680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline)
Atau Klik jer link ni utk wasap

MSE Legacy Sdn Bhd
Page FB : Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

November 09, 2017

Fakta Menarik Tentang Tulang Manusia

Fakta Menarik Tentang Tulang Manusia 

Buat pengetahuan pembaca, tulang kita terdiri daripada saluran darah dan sel yang mana amat penting kepada kesihatan keseluruhan tubuh kita. Ia sentiasa membina semula diri mereka dan berkembang lebih kukuh atau lebih lemah bergantung kepada betapa aktifnya badan kita dan betapa baiknya kita membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tulang.

Kita akan mula mengalami kekurangan ketumpatan tulang bermula pada usia 30 tahun. Jika kita leka membiarkannya, ia boleh membawa kepada osteoporosis, satu penyakit senyap di mana tulang akan mula kehilangan mineral seperti kalsium sehingga ia menjadi rapuh dan mereput dengan mudah. Mengamalkan langkah-langkah kecil dalam menjaga tulang anda hari ini boleh memberikan banyak faedah dalam kehidupan di kemudian hari.

Fakta Menarik Tentang Tulang Manusia
5 Fakta Menarik Tentang Tulang Manusia 

1. Osteoporosis dan Osteopenia menjejaskan 75% daripada wanita dalam populasi penduduk Asia.

2. Wanita kehilangan separuh jisim tulang mereka dalam 5-10 tahun yang berikutnya di penghujung menopause.

3. Lebih 1.5 juta kes patah tulang berlaku setiap tahun disebabkan osteoporosis.

4. 1 dalam 5 orang lelaki berusia 50 tahun ke atas mengalami patah tulang akibat Osteoporosis

5. 1 dalam 3 orang wanita patah tulang disebabkan Osteoporosis.
Siapakah yang menghadapi risiko kerapuhan tulang?

Siapakah yang menghadapi risiko kerapuhan tulang?
  1. Wanita
  2. Genit
  3. Orang Asia
  4. Sejarah keluarga berpenyakit Osteoporosis
  5. Penghisap rokok
  6. Pemabuk
  7. Kurang aktiviti fizikal
  8. Pintasan Gastrik
  9. Paras Testosterone rendah
  10. Paras tiroid tinggi

Apa yang boleh kita buat untuk mengelakkan penyakit Osteoporosis ini?

1. Kita Bersedia Lebih Awal
Pengurangan ketumpatan tulang bermula pada usia sekitar 30 tahun, jadi adalah lebih baik untuk anda buat persedian ketika anda masih muda.

2. Lakukan Senaman Menahan Berat
Senaman yang menahan berat meningkatkan ketumpatan tulang-tulang  anda kerana tulang akan menjadi lebih kuat apabila diberikan tekanan. Pertimbangkan angkat berat badan, berjalan kaki, berlari, mengembaa berjalan kaki, menari dan bermain tenis

3. Buat Pilihan Yang Sihat
Jangan merokok, kekalkan berat badan yang sihat dan hadkan pengambilan alkohol.


Buat yang berminat nak tahu tentang Supplement apa yang sesuai untuk tulang.
Bole la klik senarai link di bawah
  1. Vitamin Yang Bantu Bangun Awal
  2. Kepentingan Kalsium Dalam Diet Harian & Osteoporosis
  3. Senarai Harga Produk 2017

Hubungi kami:
012 229 5680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline)
Atau Klik jer link ni utk wasap

MSE Legacy Sdn Bhd
Page FB : Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

5 Fakta Yang Perlu Kita Tahu Mengenai Soya



Pakar pemakanan menyokong pengambilan protein tambahan dalam diet harian kita sebagai satu makronutrien penting untuk mengekalkan kesihatan. Bagaimana pun terdapat beberapa perkara yang kita perlu tahu mengenai protein supaya kita membuat pemilihan yang tepat untuk kesihatan lebih baik.

Nad nak kongsikan 5 Fakta yang perlu kita tahu mengenai Soya

1. Kenapa pentingnya menambahkan protein soya dalam diet harian kita?
  • Soya tinggi dengan protein dan rendah lemak.
  • Ia juga membekalkan 9 asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.
  • Soya juga merupakan satu-satunya protein berasaskan tumbuhan, yang boleh dicernakan dengan mudah dan memiliki kualiti yang sama dengan protein dari sumber haiwan.
  • Apa yang lebih penting adalah FDA telah meluluskan bahwa diet rendah lemak tepu dan kolesterol bersama dengan pengambilan 25 gram protein soya setiap hari boleh mengurankan risiko penyakit jantung.

2. Adakah protein soya boleh menggemukkan?
Soya membantu menyokong pengurusan berat badan yang sihat

Penyelidikan klinikal menunjukkan pengambilan protein soya memberikan rasa kenyang lebih panjang, menyebabkan pengurangan pengambilan kalori dan mengurangkan kekerapan pengambilan kudapan. Hasilnya, ia membantu menyokong pengurusan berat badan yang sihat.







3. Adakah ia membuat lelaki lebih bersifat kewanitaan?

Satu analisis saintifk telah dijalankan keatas lebih daripada 30 kajian tentang kesihatan yang berkaitan dengan soya dan hormon lelaki. Ia tidak menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sama ada soya atau iso avones (bahan asli ditemui dalam soya) mempunyai sebarang kesan pada tahap testosteron dalam di kalangan lelaki. Secara ringkas, pengambilan soya secara teratur adalah selamat di kalangan lelaki dalam masa yang sama masih boleh mengekalkan sifat kejantanannya.

4. Bolehkah wanita putus haid mengambil protein soya?
Salah satu makanan jepun berasaskan kacang soya

Berdasarkan satu kajian-silang-budaya yang telah dijalankan di kalangan wanita yang telah putus haid, subjek kajian di Jepun yang mengambil makanan bersoya setiap hari dalam jumlah yang tinggi mengalami fasa peralihan menopause yang lebih selesa. Dalam negara- negara Asia, purata pengambilan makanan soya setiap orang dianggar memberikan iso avones sebanyak 25-45mg. Protein soya tidak hanya menyokong zaman peralihan putus haid yang lebih selesa tetapi juga menyokong penjagaan tulang yang sihat yang amat penting untuk menyokong wanita semasa menempuh tempoh yang mencabar ini.

5. Bolehkah saya mengambil protein soya dengan makanan tambahan yang lain?

Protein soya ialah zat pelbagai guna. Ia melengkapi nutrien lain dengan mudah dan lancar ke dalam diet anda. Anda boleh ambil protein soya anda bersama alfalfa, vitamin B, sterols tumbuhan serta kolagen setiap hari, untuk meningkatkan kesejahteran secara keseluruhan.






Klik link ini untuk dapatkan koleksi TESTIMONI ESP


Hubungi kami:
012 229 5680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline)
Atau Klik jer link ni utk wasap

MSE Legacy Sdn Bhd
Page FB : Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

November 07, 2017

Set Shaklee Baby

Set Shaklee Baby Bangi

Minggu lepas, Nad berpeluang untuk memiliki 2 Set Shaklee Baby semasa hadir ke Seminar Baby di Shaklee Office, Sunway Geo.

Set Shaklee Baby Bangi
Set Shaklee Baby

Apa yang best sangat mengenai Set Shaklee Baby ni?


Antara kelebihan produk ini diantaranya ialah 
1. Ia telah diformulasi TANPA 7 bahan yang memurdarat pada bayi kita
2. Ia telah dihasilkan dari bahan semula jadi dan organik dan diuji secara klinikal + pakar pediatrik

Set Shaklee Baby Kelebihan

Ada berapa produk dalam Set Shaklee Baby ni yer?

Semuanya ada 3 product (Gentle Wash, Massage Oil, Soothing Lotion). Nad baru pakai Gentle Wash dan bau dia lembut sangat. Ziyani pun suka dan senang nak ajak mandi. Hehe.

Sabun ni dalam bentuk liquid yang pekat, jadi hanya beberapa titik sahaja sudah memadai.

Detail info mengenai setiap product ada Nad sharekan dibawah.

Set Shaklee Baby Gentle Wash
Detail mengandungi kandungan Gentle Wash

Set Shaklee Baby Massage Oil
Detail mengandungi kandungan Massage Oil

Set Shaklee Baby Soothing Lotion
Detail mengandungi kandungan Soothing Lotion
Dan akhir skali ialah macam mana nak beli product Set Shaklee Baby ni? Sekarang ni belum jual lagi. Nad dapat beli sebab promosi jer, kira limited.

Tapi jangan sedih, sebab Shaklee dah plan nak jual produk ni pada hujung bulan ini. Insyaallah.

Set Shaklee Baby Dijual

Nak lagi murah?

Hubungi kami:
012 229 5680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline)
Atau Klik jer link ni utk wasap

MSE Legacy Sdn Bhd
Page FB : Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

November 03, 2017

5 Tips Memilih Protein Berkualiti

Di pasaran ada bermacam-macam supplement protein. Semua claim the best, mestilah kan!

Tapi macam mana nak tahu mana satu yang benar-benar berkualiti dan patut kita beli?

Ini bercakap soal kesihatan ni, mestilah tak boleh main-main kan?

Jum baca apa 5 Tips Memilih Protein Berkualiti


1. Protein berasaskan Tumbuhan vs Haiwan


Tumbuhan Vs Haiwan
Sumber protein yang boleh kita dapat melalui 2 sumber iaitu Tumbuhan dan Haiwan. Sebab utama Pakar Pemakanan syorkan kita mengambil protein dari sumber tumbuhan kerana ia lebih mudah untuk dihadam dan ini memudahkan lagi untuk badan kita membina sel.

Berbanding dengan sumber protein yang berasaskan haiwan, kebanyakan sumber ini mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya (suntikan hormon).


2. Kandungan kolestrol dalam Tumbuhan vs Haiwan

Tumbuhan tidak mengandungi kolestrol

Apabila kita mengambil protein, secara tidak langsung, vitamins dan mineral dalam makanan tersebut akan diambil sekali. Jadi, kita WAJIB cek kandungan kolestrol pada sumber makanan tersebut.
Seperti kita tahu, majoriti sumber Haiwan mengandungi kandungan kolestrol berbanding dengan tumbuh-tumbuhan mengandungi sifar kolestrol. Jadi kita tak perlu risaukan tentang kolestrol yang mungkin tersembunyi lagi.


3) Kandungan Lemak Tumbuhan vs Haiwan?

Kandungan lemak pada Haiwan

Kandungan lemak pada daging ayam adalah jenis lemak tepu dan transfat. Manakala tumbuh-tumbuhan bebas daripada lemak. Jadi makanlah kacang, biji bijiran, tauhu dan bijirin penuh yang memberikan anda protein tanpa lemak berlebihan.

4) GMO vs Non GMO?

Perbezaan tomato GMO vs Non GMO

GMO (Genetically modified foods) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan.

Menurut kajian, kesan GMO pada manusia membawa banyak risiko kesihatan. Non GMO ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang TIDAK DIUBAH GENETIK. Ianya asli dari biji benih sehingga proses penanaman, penuaian dan proses menjadikan ia sebagai produk makanan.

5) Sumber Semulajadi vs Sumber yang Diproses?

Sumber yang paling bagus adalah dalam keadaan semulajadi. Makanan yang diproses mungkin hilang kandungan protein. Apabila anda tidak mendapat protein yang mencukupi daripada diet anda,anda boleh memilih serbuk protein berkualiti tinggi yang memberikan asid amino dan kalsium untuk menguatkan tulang serta gigi.

Sekarang anda semua dah tahu cara nak pilih sumber Protein yang bagus kan?

Jika ada yang tahu protein jenis apa yang Nad suka ambil sekarang ini.

Tadaaaa...


Buat yang berminat nak tahu tentang ESP. Bole la klik senarai link di bawah

1. Apakah perbezaan protein soya Shaklee berbanding brand lain?
2. 7 Fakta menarik tentang ESP Shaklee
3. Testimoni ESP


Hubungi kami:
012 229 5680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline)
Atau Klik jer link ni utk wasap

MSE Legacy Sdn Bhd
Page FB : Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia



November 02, 2017

Kenapa Pilih Shaklee

Kenapa Pilih Shaklee?



Hi semua!

Produk yang selamat datangnya dari bahan-bahan yang berkualiti, dan itulah yang Shaklee gunakan. Keselamatan mutlak amat penting di Shaklee, dan Shaklee tegaskan bahawa standard Shaklee tiada tandingan!

Bahan-bahan untuk produk Shaklee dipilih secara teliti untuk memenuhi standard yang tinggi untuk prestasi dan penyaringan. Malah, standard ketulenan Shaklee adalah antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat untuk memberi jaminan bahawa semua produk Shaklee adalah selamat.

Ingat Shaklee, ingat Tulen!


Kenapa Pilih Shaklee?



8 Sebab Kenapa Pilih Shaklee.

1. Shaklee menyaring lebih 350 bahan cemar, racun serangga, dan bendasing untuk setiap bahan botani baru

Shaklee juga menyaring bahan cemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi, dan pencemaran mikrob. Wow!

2. Shaklee melakukan lebih daripada 250 ujian racun serangga

Ini melebihi syarat United States Pharmacopeia (USP). Outstanding!

3. Shaklee melakukan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun

Ini untuk memastikan produk Shaklee selamat digunakan oleh anda sekeluarga. Very thoughful!

4. Tiada pengawet tambahan, pemanis, atau perasa tiruan

Semuanya natural.

5. Bebas gluten

Produk Shaklee tiada Gluten, berita baik untuk mereka yang mengalami alahan Gluten. Dengan produk yang tiada Gluten, Shaklee mahu penggunanya memiliki usus dan sistem penghadaman yang lebih sihat.

6. Non-GMO

Produk Shaklee tiada GMO (tidak diubah secara genetik) dan disahkan melalui Program Pengekalan Identiti (IPP - Identity Preserved Program). Ini ialah pendekatan yang paling dipercayai untuk memastikan produk Shaklee kekal tiada GMO dari peringkat biji benih hingga ke proses pengilangan.

7. Terbiodegrasi

Shaklee berpegang kepada prinsip Selamat, Terbukti Berkesan, dan Mesra Alam, maka produk Get Clean Home Care Shaklee adalah Terbiodegrasi yang tidak mengandungi Fosfat, Nitrat, atau Borat. Shaklee menjadikannya suatu tanggungjawab dan amanah untuk menjadikan planet kita lebih sihat sepanjang masa.

8. Tidak melakukan ujian ke atas haiwan


Terima kasih kerana sudi membaca :)




Hubungi kami:
012 229 5680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline)
Atau Klik jer link ni utk wasap

MSE Legacy Sdn Bhd
Page FB : Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

November 01, 2017

Promosi Nov 2017

Hari ni dah masuk 3hb Nov, permulaan baru buat semua ahli Shaklee kerana setiap bulan memang akan ada promosi baru. Bulan ini, Shaklee buat 3 segmen Promosi Nov 2017.

Segment Pertama (1) Promosi Nov 2017

Fokus kepada ahli Shaklee dan juga customer biasa. Target promosi khas buat lelaki, wanita dan juga kanak-kanak.
Promosi Nov 2017 Family
Mari Nad share skit macam mana nak grab promosi ni

1. Belian produk terpilih (ESP, Vitalea, B complex, Omega & Vitamin C SR) sebanyak 100 uv dalam 1 resit. Layak membeli Vitamin E atau GLA complex dengan harga 20%.

2. Belian 3 Botol Vitalea Kids akan mendapat 1 botol secara PERCUMA

Menarik bukan?


Segmen Kedua (2) Promosi Nov 2017

Fokus kepada customer yang ingin register ahli Shaklee secara PERCUMA dengan belian produk Vivix (Twin Pack) 



Apa yang best sangat dengan promo vivix ni?
1. Anda dapat 5% diskaun
2. PERCUMA keahlian bernilai RM68.90
3. PERCUMA penghantaran
4. Dapat extra CASH BONUS sebanyak RM 36.10

Berminat dengan nak jadi Ahli Shaklee? Boleh klik link ini


Segmen Ketiga (3) Promosi Nov 2017

Promosi ini fokus kepada Ahli Shaklee untuk claim reward apabila mereka berjaya merekrut Ahli baru dibawah mereka. 

Ini adalah salah satu cara Shaklee nak naikkan semangat dan appreciate Ahli Shaklee yang sedia ada supaya mengembangkan lagi empayar mereka dengan menyebarkan manfaat product Shaklee


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
012 229 5680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline)
Atau Klik jer link ni utk wasap

MSE Legacy Sdn Bhd
Page FB : Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...