5 Fakta Yang Perlu Kita Tahu Mengenai Soya


5 Fakta Yang Perlu Kita Tahu Mengenai Soya
5 Fakta Yang Perlu Kita Tahu Mengenai Soya

Pakar pemakanan menyokong pengambilan protein tambahan dalam diet harian kita sebagai satu makronutrien penting untuk mengekalkan kesihatan. Bagaimana pun terdapat beberapa perkara yang kita perlu tahu mengenai protein supaya kita membuat pemilihan yang tepat untuk kesihatan lebih baik.

Nad nak kongsikan 5 Fakta yang perlu kita tahu mengenai Soya

1. Kenapa pentingnya menambahkan protein soya dalam diet harian kita?

  • Soya tinggi dengan protein dan rendah lemak.
  • Ia juga membekalkan 9 asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.
  • Soya juga merupakan satu-satunya protein berasaskan tumbuhan, yang boleh dicernakan dengan mudah dan memiliki kualiti yang sama dengan protein dari sumber haiwan.
  • Apa yang lebih penting adalah FDA telah meluluskan bahawa diet rendah lemak tepu dan kolesterol bersama dengan pengambilan 25 gram protein soya setiap hari boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. Adakah protein soya boleh menggemukkan?


Penyelidikan klinikal menunjukkan pengambilan protein soya memberikan rasa kenyang lebih panjang, menyebabkan pengurangan pengambilan kalori dan mengurangkan kekerapan pengambilan kudapan. Hasilnya, ia membantu menyokong pengurusan berat badan yang sihat.


Soya membantu menyokong pengurusan berat badan yang sihat

3. Adakah ia membuat lelaki lebih bersifat kewanitaan?


Satu analisis saintifk telah dijalankan keatas lebih daripada 30 kajian tentang kesihatan yang berkaitan dengan soya dan hormon lelaki. Ia tidak menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sama ada soya atau iso avones (bahan asli ditemui dalam soya) mempunyai sebarang kesan pada tahap testosteron dalam di kalangan lelaki. Secara ringkas, pengambilan soya secara teratur adalah selamat di kalangan lelaki dalam masa yang sama masih boleh mengekalkan sifat kejantanannya.

4. Bolehkah wanita putus haid mengambil protein soya?

Salah satu makanan jepun berasaskan kacang soya
Berdasarkan satu kajian-silang-budaya yang telah dijalankan di kalangan wanita yang telah putus haid, subjek kajian di Jepun yang mengambil makanan bersoya setiap hari dalam jumlah yang tinggi mengalami fasa peralihan menopause yang lebih selesa

Dalam negara- negara Asia, purata pengambilan makanan soya setiap orang dianggar memberikan isoflavones sebanyak 25-45mg. Protein soya tidak hanya menyokong zaman peralihan putus haid yang lebih selesa tetapi juga menyokong penjagaan tulang yang sihat yang amat penting untuk menyokong wanita semasa menempuh tempoh yang mencabar ini.

5. Bolehkah saya mengambil protein soya dengan makanan tambahan yang lain?


Protein soya ialah zat pelbagai guna. Ia melengkapi nutrien lain dengan mudah dan lancar ke dalam diet anda. Anda boleh ambil protein soya anda bersama alfalfa, vitamin B, sterols tumbuhan serta kolagen setiap hari, untuk meningkatkan kesejahteran secara keseluruhan.



Hubungi kami:


MSE Legacy Sdn Bhd
Page FB : Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Post a Comment

0 Comments