Kenapa Nad Setia Dengan Bisnes Shaklee

Kenapa Nad setia dengan Bisnes Shaklee after almost 6 years?

Sebab Nad rasa bisnes Shaklee transform Nad jadi seorang yang lebih baik.

Bila dikenang-kenang, Nad dulu mudah mengeluh, cepat putus asa, pakaian ikut dan, banyak benda tak tahu.
Kenapa Nad Setia Dengan Bisnes Shaklee
Kenapa Nad Setia Dengan Bisnes Shaklee
Kini, Nad..

Lebih positif.

Sampai ada downline yang tanya, macamana Kak Nad boleh jadi positif sokmo? Then I realized, Nad dikelilingi orang-orang yang sangat positif ketika Nad masih ada caj-caj negatif. Special thanks to my mentor, Master Iffah Anuar dan Shareeza Hashim yang bentuk Nad sampai jadi sepositif sekarang.

Lebih menutup aurat.

Terinspirasi dari mentor juga, iaitu Master Iffah Anuar. Dia tak cakap "Marilah menutup aurat!" tapi kita lihat dia as role model. Qudwah hasanah. Sejuk ja hati tengok bila makin tinggi income makin menutup aurat. Juga terinspirasi dari kakak Shaklee ku Master Farihah Abu Kasim. Fuh! Bergetar hati di saat pertama kali pakai stokin 😔

Lebih alert tentang perkara-perkara sunat.

Kalau dulu, nak cukupkan yang wajib je. Tapi bila masuk dalam bisnes ni, baru terbuka mata untuk explore lebih tentang amalan-amalan sunat yang Allah suka hamba Dia buat.

Lebih banyak memberi.

Terbuka juga mata untuk lebih dermawan kepada ahli keluarga terutamanya dan orang susah. Dan memberi dari segi ilmu (sharing).

Kebergantungan kepada Allah lebih tinggi.

Bila bisnes ni, biasanya kebergantungan Allah memang lebih tinggi. Tapi sebelum bisnes Shaklee Nad dah bisnes benda lain dah. Tapi tak berapa sedar tentang ni sebab tak ada mentor dan support group macam Shaklee 😊

Lebih rajin cari ilmu dan upgrade diri.

Bila dalam bisnes ada naik turun, Nad dan husband cari peluang dan ruang untuk buat lebih baik. Pergi jumpa lebih ramai mentor selain dalam Shaklee. Lagi rasa dahaga ilmu. Rasa banyaknyaaa lagi aku tak tahu! MasyaAllah luas sangat ilmu Allah ni.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah atas semua ini ☺️

Bagaimana dengan anda? Ada yang rasa sama macam Nad?

#NadiahSuhaidi
#Maestro

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas komen anda :)