November 16, 2017

Office Baru Kami

Alhamdulillah, kami berjaya merealisasikan salah satu impian kami untuk mempunyai Office Baru Kami pada bulan Mei 2017 yang lepas. So far, ada 2 orang staff yang handle stok, hantar barang ke customer dan juga pengeposan. Dengan adanya staff ini, banyak kerja2 kecil dihandle oleh mereka.
Banner Office Baru Kami
Office baru kami ni disewa dengan harga RM1050 sebulan termasuk api & air skali + ada orang bersihkan seminggu skali. Dan kami juga berkongsi bersama 3 lagi company yang lain. Erti kata, kami sewa 1/4 sahaja sebagai permulaan kami. Hehe

Tangga naik ke atas
Ruang Menunggu
Office company lain
Insyaallah, ada rezeki nanti memang nak ada 1 office + training centre skaliKami simpankan impian ini dalam Vision Board dulu. Insyaallah, suatu hari nanti akan tercapai.

Yang besnya lokasi office ni ialah
1. Banyak kedai makan (Roti Puri, Kedai Mamak, Kedai Azura, Nasi Ambeng dll)
2. Ada kedai dobi self service. Mudah nak keringkan baju bila musim hujan.
3. Ada 7 eleven & Speedmart. Jalan kaki jer dah sampai
4. Ada surau dekat dgn kawasan perumahan.
5. Ada kedai repair handphone juga.
6. Ada juga orang amik upah potong kaki seluar/jubah.
7 Ada pakcik amik upah repair kasut juga

Kira boleh kata macam2 ada kat sekeliling office ni. Tinggal sediakan duit sahaja jer. Hehe

Pintu masuk office kami
Ruang Office kami dari pintu masuk

Ruang Office kami 
Macam mana nak cari office kami ni? Mudah jer

Ada 3 cara sebenarnya :-
1. Boleh search Waze Apps
2. Boleh search Google Maps
3. Boleh juga search guna Google Apps


Type jer Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi. Insyaallah, akan jumpa lokasi nya.
Kalo rasa tak confident, boleh jer wasap terus ke 011.20.200.300.
Nanti staff kami akan bantu anda.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...