Saman Parking MPKJ


Hari ni Encik Gajah kena Saman Parking MPKJ kat depan opis. Selama ni tak pernah kena katanya. Hehe

Saman Parking MPKJ
Saman parking MPKJ

Ada hikmahnya sebenarnya bila kena saman parking MPKJ ni iaitu Encik Gajah baru nak gunakan apps utk kupon parking & bayar saman melalui online sahaja. Nama apps ni ialah Flexi Parking.

Saman Parking MPKJ
Kupon Parking MPKJ
Sebelum ni, pakai kupon kuning ni dan leceh nak gores2 kat setiap date & masa utk setiap 1 keping kupon. 1 kupon hanya utk 1 jam sahaja. Biasanya kena 8 keping = 8 jam di opis. Tak ke membazir kertas pakai kupon ni. Hehe

Rasanya itu sebab kenapa MPKJ bersama 4 Majlis Bandaran yang lain buat Apps Flexi Parking.
Saman Parking MPKJ
Apps Flexi Parking
Kiranya semua dihujung jari sahaja. Yang besnya, apps ni pun dah pun Encik Gajah install tapi lupa nak guna. Hehe

Saman Parking MPKJ
Ada 5 Majlis dalam Apps ni
So far ada 5 Majlis Perbandaran yang join skali dalam Apps ni. Kira mudah la lepas ni kalo nak bayar parking. Tak yah nak pi beli kupon. Buka apps & bayar jer. Tapi kena ada kredit dulu la yer sebelum nak bayar parking.

Ini list 5 Majlis Perbandaran yang tersenarai :-
  1. Majlis Perbandaran Kajang
  2. Majlis Perbandaran Selayang
  3. Majlis Perbandaran Ampang Jaya
  4. Majlis Bandaran Shah Alam
  5. Majlis Perbandaran Sepang
Soalan seterusnya ialah macam mana nak beli kredit tu?

Home Menu
Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu beli kredit menggunakan apps ini juga.
Dalam menu top up ni, ada pilihan antara RM10 sehingga RM100. Jika nak murah lagi, boleh amik monthly pass tu hanya RM74.20 sahaja.

Lepas dah top up, anda hanya perlu masukkan no plat kereta kita, berapa jam nak parking & no jalan yang kita parking tu. Step2 ada Nad share dibawah ni.


Ta daa..dah siap bayar parking kereta.

Pasni dah tak de alasan la tak tahu kat mana nak cari kupon atau tak sempat la nak letak kupon. Anda hanya perlu klik2 jer kat Apps Flexi Parking ni dan setel terus.

Selamat Mencuba yer

Post a Comment

5 Comments

  1. wahh, mudah sangat.. wawa selalu kena, tapi tk pernah bayar. ada effect tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo dah lama x bayar, nanti bole dapat surat warning + makhamah utk setelkan saman

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. waa.. baru tahu ni..lepas ni senang laa nk jenjalan. selalu jugak kena ngan MBSA..hehe

    ReplyDelete
  4. Wahhh, memang senang la kalau pakai Apps je. Tak payah nak gores-gores. hihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)