Tips Ibubapa Belajar Mendengar Dan Memahami

Tips Ibubapa Belajar Mendengar Dan Memahami

Nad tahu setiap ibu bapa ingin berikan yang terbaik untuk anak kita dari segi pendidikan dan segalanya.

Tetapi anak-anak mungkin tidak faham apa yang kita cuba sampaikan

Dan kita juga tidak faham apa yang anak-anak ini cuba ceritakan pada kita.

Ada 1 buku ni beli kat MPH, harga dalam RM25 sahaja.
Bertajuk How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk.
Beli bulan lepas, time promosi. Dapat diskaun 20% gitu. Hehe

Buku ni adalah salah satu buku yang sangat bagus buat ibu bapa. Ia sharekan Tips Ibubapa Belajar Mendengar Dan Memahami kerana kita sebenarnya kurang mendengar apa yang anak-anak hendak ceritakan pada kita. Maybe faktor kerja dan sibuk menyebabkan kita kurang peka dalam bab mendengar.

Dibawah ini ada 3 situasi yang sering berlaku antara ibubapa dan anak. Sebenarnya cara ni tiada betul atau salah yer. Ia lebih kepada kita untuk ada sikap toleransi.

Dan ia perlukan masa untuk prektis yer. Bukan sehari dua yer kita bole mahir. Ia makan masa berminggu juga sebenarnya.

Situasi 1 : Kita suka berikan penerangan dan logik

Hakikatnya, anak ini nak kita fahami kehendak mereka (erti kata respons ikut kehendak mereka) dan mereka tidak dapat tafsirkan penerangan logik kita kerana perasaan mereka inginkan sesuatu itu lebih kuat.

Tips yang dikongsikan adalah cuba berikan apa yang anak secara imaginasi seakan kita ada magik untuk dapatkan apa yang mereka nak.

Situasi 2 : Kita suka menyoal dan menasihati


Macam Nad, anak sulong Zahin ni suka sangat hilangkan barang sekolah dia macam pensel, pemadam, pembaris. Pening dibuatnya sebab kena slalu refill setiap minggu. Jadi, seperti biasa. Nad akan lebih banyak menyoal seperti seorang detektif. Hehe

Tips yang boleh digunakan ialah mendengar dan meraikan jawapan yang diberikan. Jawapan yang Zahin berikan bila kena soal ialah Kawan dia ambil, Tak Tahu, Hilang. Lepas ni Nad akan cuba apply apa sebenarnya yang terjadi. Dengar sampai habis apa yang berlaku berbanding terus menyoal dia.

Situasi 3 : Kita Dengar Sambil Buat Kerja Lain


Kadang2 benda ni terjadi pada kita apabila anak ingin bercerita dengan kita ketika kita tengah buat sesuatu macam masak, drive, atau tengok tv. Ia dipanggil Pendengaran Separa yer.

Apa yang bole kita ubah ialah berikan tumpuan 100% pada apa yang anak nak cakap. Jangan terus menyampuk tau, dengar dulu sehingga selesai. Lepas tu, berikan mereka masa untuk berfikir sendiri dan kita bole bantu jika mereka tidak bole buat keputusan. Tapi kena ingat balik, refer pada perasaan mereka ketika itu juga yer.

Setakat itu sahaja yang Nad nak kongsikan dengan pembaca setia blog ini. Insyaallah, Nad akan kongsikan lagi untuk next post pula yer.

Jum kita sama-sama apply Tips Ibubapa Belajar Mendengar Dan Memahami ni. Insyaallah, kita cuba yang terbaik untuk anak-anak kita.

Post a Comment

0 Comments