December 14, 2017

Cara Kenal Pasti Susu Formula Palsu

Semak susu formula

Awal minggu ni, kecoh di media sosial mengenai susu tiruan selepas KPDNKK buat serbuan di sekitar Johor Bahru. Brand yang ditiru adalah brand terkenal iaitu Mead Johson dimana harga dia memang agak "mahal" kerana kualitinya. Mead Johnson telah mengeluarkan tips cara kenal pasti susu formula palsu di laman FB mereka. 

Pihak mereka juga telah mengeluarkan notis menggesa pengguna yang terbeli Enfalac A untuk semak semula produk yang telah mereka beli.

Cara Kenal Pasti Susu Formula Palsu
Cara Kenal Pasti Susu Formula Palsu

Dalam kenyataan di Facebook rasmi, Mead Johnson berkata cara paling mudah untuk mengesan produk tiruan adalah dengan memeriksa bungkusan kerajang aluminium susu berkenaan.


“Susu Enfalac A+ Langkah 1 yang asli mempunyai bungkusan sedikit kembung. Manakala susu tiruan mempunyai lipatan tajam di kedua-dua bahagian bungkusan,”

Dalam kenyataan itu juga, Mead Johnson memberitahu bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan polis menyiasat laporan susu formula palsu jenamanya di Johor Bahru.

Setakat ini, hanya satu produk yang terlibat iaitu Enfalac A+ Langkah 1 dalam kotak 1.8 kilogram dengan tiga pek foil dalam setiap kotak.

Setakat ini, kata kenyataan itu hanya 210 kotak susu tiruan yang dikeluarkan oleh kedai-kedai yang terlibat, namun siasatan masih berjalan ke atas isu ini.

Mead Johnson juga menggesa pengguna yang terbeli Enfalac A +,  dengan lipatan palsu untuk segera menghubungi Mead Johnson di 1-800-88-3585 (Isnin-Ahad 9.00 pagi -9.00 malam).

Sekiranya pengguna mempunyai produk Enfalac A + Langkah 1 yang tidak lagi dalam bungkusan asal, mereka juga boleh menghubungi mereka untuk produk gantian.

Pesanan Nad utk kawan-kawan ialah cuba cek semula pek susu yang telah dibeli dengan brand diatas dalam masa yang sama juga, sebarkan manfaat kepada orang lain juga.

December 06, 2017

Apa Itu Resveratrol

Produk Vivix ni Nad cuba lebih 3 tahun lepas, itu pun lepas tau kelebihan dan khasiat yang ada dalam sesudu Vivix ni.

Sempena promosi Vivix kali ni, Nad nak kongsikan apakah sebenarnya Resveratrol yang merupakan kandungan utama dalam Vivix. Vivix Shaklee kaya dengan resveratrol yang mempunyai pelbagai khasiat termasuk untuk awet muda juga.


APA ITU RESVERATROL

Resveratrol merupakan sejenis Anti-Oksida yang terdapat dalam buah anggur dan beri. Anti-Oksida ini sangat penting untuk mengelakkan sel badan daripada cepat rosak akibat radikal bebas.

Mengikut kajian klinikal, Resveratrol ini sangat penting untuk memelihara dan membina semula DNA sel yang telah rosak. Radikal bebas merupakan atom yang tidak stabil yang terhasil disebabkan pencemaran, cahaya matahari (sinar uv), asap rokok dan juga radiasi. Ianya boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk kanser dan sakit jantung.

Resveratrol banyak terdapat di dalam buah anggur, paling banyak pada kulit buah anggur. Ia asalnya berfungsi untuk mengelakkan buah anggur daripada diserang kulat atau fungus. Dalam banyak-banyak spesies buah anggur, buah anggur jenis muscadine adalah anggur yang mempunyai tahap resveratrol paling tinggi.


KANDUNGAN RESVERATROL & ANGGUR MUSCADINE

Anggur Muscadine merupakan salah satu ramuan utama dalam Vivix dan mempunyai kandungan Resveratrol yang tinggi
Apa Itu Resveratrol
Anggur Muscadine merupakan salah satu ramuan khas Vivix
Kalau nak tahu, anggur yang hidup di kawasan lembap lebih tinggi kandungan resveratoral berbanding anggur yang hidup di kawasan yang kering. Ini kerana bila berada di kawasan lembap, anggur sepatutnya lebih cepat rosak (berkulat). Tapi oleh kerana anggur muscadine ni nak survive, ia terpaksa menghasilkan lebih banyak resveratrol berbanding kawan anggur spesies yang lain.

Anggur yang dijual di pasaran Malaysia bukannya jenis muscadine. Sebab itu boleh nampak kadang-kadang ada anggur yang sudah berkulat di pasaraya. Ia menunjukkan kandungan resveratoral anggur itu tak berapa tinggi.

Size sebenar anggur muscadine
Sebiji buah anggur muscadine bersaiz sebesar buah golf, dan harga sebiji sahaja buah anggur anggur muscadine boleh mencecah hingga RM 100.


CARA MUDAH UNTUK DAPATKAN KHASIAT RESVERATROL

Shaklee telah memudahkan kita untuk mendapat khasiat dan kelebihan resveratrol ini dalam bentuk suplemen yang dinamakan Vivix. Vivix berbentuk cecair dan boleh diminum.


Vivix merupakan makanan tambahan yang mengandungi 10 kali ganda resveratrol dari produk kesihatan resveratrol yang lain. Ini kerana selain anggur muscadine, ia turut mengandungi tumbuhan yang juga tinggi kandungan resveratrol yang dikenali dengan nama polyganum cuspidatum.

Banyak kajian klinikal telah dijalankan untuk mengetahui kelebihan resveratrol. Alhamdulillah, kajian telah membuktikan ianya berkesan untuk mengurangkan simptom penyakit darah tinggi, kencing manis, kanser, alzheimer.

Resveratrol juga sangat digalakkan untuk mereka yang ingin awet muda. Malah ujian makmal yang dilakukan menunjukkan Vivix Shaklee boleh membantu anda rasa muda 25 tahun!

BERMINAT NAK CUBA VIVIX?

Harga sebotol Vivix hanya RM475 dan ianya boleh bertahan selama 1 bulan.

Boleh hubungi Nad:
012 229 5680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline)

MSE Legacy Sdn Bhd
Page FB : Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Anda mungkin juga meminati:

December 05, 2017

Promosi Dec 2017

Alhamdulillah, bulan ini Shaklee telah mengadakan Promosi Dec 2017 untuk 2 produk mereka iaitu Vivix & Vitalea for Children.


Apa yang Shaklee tawarkan untuk kedua-dua produk ni?

Segment Pertama (1) Promosi Dec 2017

Promosi Dec 2017
Promosi Dec 2017

Vivix ni adalah produk premium dan khasiat dia sangat bagus. Orang cina biasa beli banyak sebab mereka nak awet muda. Dan kajian juga menunjukkan jika mengamalkan Vivix ini secara konsisten, sel-sel badan kita akan cepat generate dan kekal sihat.

Itu yang kulit akan nampak tegang dan wajah muda berbanding dengan usia sebenar. Menarik bukan?


Bagaimana nak beli produk Vivix ni?

Ada 2 cara iaitu

1. Beli 6 botol, Percuma 1 botol (Kira total 7 botol semuanya). Harga runcit untuk 6 botol ialah RM3021.

Atau

2. Beli twin pack (2 botol) dengan diskaun 5%. Harga runcit ialah RM956. Sebenarnya dengan pembelian pack ini, anda boleh jadi ahli secara PERCUMA dan dapat beli dengan harga ahli (Jimat lebih 15% lagi) + dapat cash rebate.


Nak tahu lagi benda menarik mengenai Vivix?
1. 4 Bahan utama dalam Vivix
2. Betul ke vivix jadikan kita awet muda?
3. Testimoni Vivix


Segmen Kedua (2) Promosi Dec 2017

Promosi Dec 2017
Promosi Dec 2017
Vitalea for Children ini sesuai untuk kanak bawah 12 tahun. Ia adalah multi-vitamin bagi memberi nutrien dan mineral yang secukupnya untuk tumbesaran mereka.

Nad kongsikan gambarajah mengenai vitamin & mineral yang terkandung dalam Vitalea for Children yang telah improved sejak tahun 2015.



Okes, setakat itu saja promosi untuk bulan Dec ni. Kalo ada yang berminat nak tahu lebih lanjut, boleh jer roger2 Nad.


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
012 229 5680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline)

MSE Legacy Sdn Bhd
Page FB : Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...