December 14, 2017

Cara Kenalpasti Susu Formula Palsu

Cara Kenalpasti Susu Formula Palsu


Semak susu formula
Semak susu formula

Awal minggu ni, kecoh di media sosial mengenai susu tiruan selepas KPDNKK buat serbuan di sekitar Johor Bahru. Brand yang ditiru adalah brand terkenal iaitu Mead Johson dimana harga dia memang agak "mahal" kerana kualitinya. Mead Johnson telah mengeluarkan tips cara kenal pasti susu formula palsu di laman FB mereka.

Pihak mereka juga telah mengeluarkan notis menggesa pengguna yang terbeli Enfalac A untuk semak semula produk yang telah mereka beli.


Cara kenalpasti susu formula palsu


Dalam kenyataan di Facebook rasmi, Mead Johnson berkata cara paling mudah untuk mengesan produk tiruan adalah dengan memeriksa bungkusan kerajang aluminium susu berkenaan.


“Susu Enfalac A+ Langkah 1 yang asli mempunyai bungkusan sedikit kembung. Manakala susu tiruan mempunyai lipatan tajam di kedua-dua bahagian bungkusan,”


Dalam kenyataan itu juga, Mead Johnson memberitahu bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan polis menyiasat laporan susu formula palsu jenamanya di Johor Bahru.


Setakat ini, hanya satu produk yang terlibat iaitu Enfalac A+ Langkah 1 dalam kotak 1.8 kilogram dengan tiga pek foil dalam setiap kotak.

Setakat ini, kata kenyataan itu hanya 210 kotak susu tiruan yang dikeluarkan oleh kedai-kedai yang terlibat, namun siasatan masih berjalan ke atas isu ini.

Mead Johnson juga menggesa pengguna yang terbeli Enfalac A +, dengan lipatan palsu untuk segera menghubungi Mead Johnson di 1-800-88-3585 (Isnin-Ahad 9.00 pagi -9.00 malam).

Sekiranya pengguna mempunyai produk Enfalac A + Langkah 1 yang tidak lagi dalam bungkusan asal, mereka juga boleh menghubungi mereka untuk produk gantian.

Pesanan Nad utk kawan-kawan ialah cuba cek semula pek susu yang telah dibeli dengan brand diatas dalam masa yang sama juga, sebarkan manfaat kepada orang lain juga.

Location: 38B, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia