December 27, 2017

Impian Yang Terlupa, Namun Akhirnya Menjadi Nyata

Anda percaya pada IMPIAN?

Nad nak share kisah benar yang berlaku pada Nad sendiri.

IMPIAN YANG TERLUPA, NAMUN AKHIRNYA MENJADI NYATA


Kami baru pulang dari Road Trip ke Krabi dan Hat Yai selama seminggu. Kami bawa Ummi dan seorang adik perempuan Nad.

Lepas masuk semula ke Malaysia, kami tidur semalaman di Kodiang. Esok paginya kami sambung perjalanan pulang ke Bangi. Masa dah masuk KL, tiba-tiba Encik Gajah tanya,



Gambar di Pantai Noppharat Thara (Sebelah Pantai Ao Nang)




"Sayang ingat tak Sayang pernah letak dalam VB (Vision Board) nak bawa Ummi Abah gi Krabi?"


Setelah berfikir sejenak, Nad kata Nad tak ingat. Nad siap cakap macam tak familiar sangat Krabi sebelum ni. Lebih femes lagi Phuket kalau kat Thailand tu pada Nad.


"Ada dulu, tahun 2014 kot", sambung Encik Gajah.


Eh ya ka? Nad cuba-cuba nak ingat balik, ada macam flashes of memory macam nak bawa Ummi Abah gi pulau yang cantik di Thailand.


Untuk confirmkan benda ni, Nad cari dalam support group Nad di FB. Biasanya Nad share VB untuk jadi inspirasi anak cucu Shaklee kami.


Cari punya cari, terjumpa gak!



Vision Board (VB) yang Nad buat pada tahun 2014



Betul VB Nad tu tahun 2014/2015 punya. Dah 3 tahun! Dan to my surprise, Nad exactly tulis kat situ, KRABI!


Ya Allah! Sebakkk sangat dalam kereta tadi bila found out benda ni.


Allah kabulkan jugak walaupun Nad dah ingat-ingat lupa. Walaupun tak 100% sama macam dalam VB.


Walaupun minda sedar kita LUPA, tapi ia sudah tertanam dalam MINDA SEPARA SEDAR kita!


Tahu tak, sebab yang kami boleh pergi Krabi kalini ni sebab Master Dr. Normi yang ajak dalam group S2U Masters beberapa bulan lepas. Macam best ja pergi road trip, kami plan nak ikut bawak 1 family kecik kami ni je.


Hari berganti hari, last minute ada 1 family ni dah bayar bilik semua dah, sekali last minute tak jadi pergi.


Entah macam mana, Nad tergerak hati offer kat group family Nad. Kot-kot la ada yang nak replace tempat family tadi.


Sorang adik berminat, nak apply cuti semua ok. Then sorang lagi pulak nak pergi tapi payah dapat cuti.


Then Nad ajak Ummi Nad. Nad tak ajak awal-awal sebab dah tahu dah Ummi ni payah sikit nak jalan-jalan. Ada ja alasan dia 😂 Macam nak pergi Jepun haritu lah. Mencabarrrr!


Proses nak memujuk Ummi pun mencabarrr kali ni! Macam-macam alasan keluar 😅

Lassssttt skali Alhamdulillah berjaya jugak pujuk Ummi dan bawak Ummi ke Krabi dan Hat Yai!


Betapa Allah dah arrange dah impian Nad tu molek-molek. Nad pulak yang boleh lupa!

Sesungguhnya ALLAH IS THE BEST PLANNER!


Anda ada IMPIAN, betul? Lakarkanlah di atas kertas. Jangan biar ia cuma jadi angan-angan.


Biasakan buat Vision Board, dan of course doa dan usaha konsisten.


ALLAH MAHA MENDENGAR! Allah tahu BILA WAKTU YANG TEPAT kita akan capai impian kita tu.


Believe in your dreams. Believe in yourself. And the most important thing is, BELIEVE IN ALLAH!


Terima kasih Allah!


“If you can imagine it, you can achieve it. If you can dream it, you can become it.”


#NadiahSuhaidi
#Maestro

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)