January 24, 2018

Trip Ke Krabi Dengan Kereta Part 2

Hari Ketiga (18 Dec 2017)

Aktiviti kami pagi2 ialah melepaskan anak2 untuk bermain di playground + swimming pool kat hotel jer. Semalaman kepenatan duduk dalam kereta hampir 1 hari, jadi kami semua decide bagi anak2 rehat sambil bermain.

Ada anak kawan yang dah pi terjun kolam jam 8 pagi lagi. Hehe. Anak2 kami kira lambat skit nak bangun, dalam kul 9 lebih baru siap2 nak mandi kolam. Itu pun lepas paksa makan skit bfas (masak nasi goreng pakai brahim's jer).


Nad share gambar2 sekitar kolam yang di ambil Encik Gajah. Hp masuk siap2 dalam porch plastik beli masa g Gambang Resort Awal bulan aritu. Takde la takut sangat masa tercelup dalam air kolam tu. Maklumlah, hp pun baru jer beli. Hehe











Kanak2 ni kami bagi can mandi sampai pukul 12 tghari. Sebab nak keluar pi lunch kat tepi pantai, ala2 picnic gitu. Nad pun duk terbayang, mana ada orang nak picnic tengah2 ari ni kan?

Ternyata sangkaan ku silap..hehe


Ini lah tempat kami berkelah untuk lunch. Pantai ni dipanggil Noppharat Thara Beach. Bersebelahan dengan Ao Nang Beach. Masa kami sampai, xde orang berkelah lagi. Kira kami group pertama yang berkelah dibawah pokok2 yang rendang ni.



Kami mula mencari port nak bentang tikar
Makanan hanya perlu beli kat gerai seberang jalan. Dan mereka bagi pinjam tikar untuk berkelah. Makanan yang diorder akan dipanaskan atau dimasak sebelum mereka sendiri akan hantar ke kami. Bes kan?


Makanan yang dah siap digoreng atau dibakar. Harga dari 10baht utk 1 cucuk
Alhamdulillah juga time ni, cuaca panas tapi tak bahang. Badan tak berpeluh sangat. Angin pun sepoi-sepoi bahasa. Kawan kami ada yang masak nasik siap-siap, bawa ke sini. Tinggal order lauk ja. 

Gerai ditepi jalan ni ada menjual ayam bakar, ikan bakar, tomyam etc.


Pemandangan sekitar pantai. Ni kira sebalik tebing pantai sebenarnya.


Ummi menjamu selera


Nasi Goreng Udang yang sedap
Chicken slice ni hanya 10 baht. Feveret Ziyad


Barisan driver untuk trip kami

Selepas kenyang makan, kami diberi masa untuk bergambar di tepi pantai & kanak2 dibenarkan untuk main juga. Ada yang main bola, ada juga yang ralit tangkap ketam. Hehe. Seronok tengok gelagat diorg.



Anak Bujang Zahin 
Bergambar bersama Ummi & Che Teng




Gambar kami bertiga


Anak dara moody sebab abang2 nak main bola dia. Hehe


Tangkap ketam


Cubaan menangkap ketam


Lepas cara bermain di pantai lebih kurang 40 minit. Kami pun terus bergerak untuk mencuci mata di area Ao Nang Beach. Aktiviti kali ni dikira bebas dan set akan jumpa semula selepas 2/3 jam.


Nak masuk dalam area Ao Nang Street
Shopping bag comey-comey. Tapi Nad cari yang ada value Thailand. Beg baju yang kat atas kepala Nad tu 300 baht

Ao Nang Street, betul-betul tepi pantai




Comel je 😍 mainan budak-budak dari kayu. Boleh ketuk-ketuk.
Rehat sebentar selepas shopping


Team shopping kami. Duduk rehat sebentar sambil menunggu nak setelkan pakej nak naik Gajah
Encik Gajah plak tak minat sangat shopping, jadi dia tolong jaga anak bujang pi makan ais krem & jalan2 sambil tgk pakej nak naik Gajah. Masa ni, dah mula start ramai orang especially pelancong. Tapi rata2 nya yang kami nampak adalah orang M'sia. Hehe

Lebih kurang jam 5 petang, kami pun pulang ke hotel semula & anak2 dah excited nak pi terjun semula ke kolam renang. Hehe


Malam tu plak, macam biasa pergi cari makan kat pekan yang sama dan shopping di Pasar Malam di depan Masjid Ao Nang Al-Munuawarah.





Bergambar depan gerai-gerai di Muslim Aon Nang Street

Kami berulang shopping kat sini 😂 Harga barang lebih murah dari Ao Nang Street yang kat tepi pantai. Maybe sebab kos sewa kedai. Eceh tu pun nak analisa sekali 😆


Seller dia ramai jugak boleh cakap Melayu. Dan Muslim.


Cuma di pasar malam ni mungkin tak banyak pilihan barang. If nak beli t-shirt, beg, InshaAllah kat sini ada. Cuma kalau nak corak yang cantik lagi boleh cari di Ao Nang Street.

Cantik tak beg ni? Harga 140 Baht
Masjid Ao Nang Al-Munuawarah. 

Nampak tak gerai depan masjid tu? Situ jual makanan halal. Namanya Ao Nang Muslim Street.

Gerai Kebab
Salah satu gerai di Ao Nang Muslim Street. Panjang beratur nak beli kebab Krabi. Hehe.

Di Ao Nang Muslim Street

Pancake Milo
Anak bujang nak Pancake Milo - 30 Baht. Dia hadap sorang ja 😂
Adik-adik lain makan Chicken Tempura stick, Sosej stick, Chicken Barbeque. 20 Baht each.
Garlic Bread 10 Baht


Kalau nak makan kat kedai proper sikit, boleh jugak cari restoran depan sikit dari gerai-gerai tadi. Ada kedai kecik, ada kedai besaq.

Kedai yang kami makan malam ni nama Arnijj. Kedai kecik. Boleh cakap Melayu. Makanan ok sedap. Cuma mungkin lambat sikit servis dia walaupun tak ramai orang.


Lepas penang shopping malam tadi, Nad dan Ummi pergi foot massage. Juga dekat area Muslim Street tadi. Biasanya di sini boleh dapat harga 200 Baht saja. Standard 1 jam urut.

Tapi kami ambil yang 250 Baht punya, urut kaki plus leher dan bahu sekali.

Encik gajah & anak-anak tunggu kat restoran sebelah kedai urut ni sebab anak bujang nak tengok ikan dalam akuarium. Sempat la juga mereka makan supper lagi.

Insyaallah, nantikan sharing Nad untuk aktiviti seterusnya sebab kami nak naik Gajah plak. Hehe

KOS Day 3:-

1. Makan Lunch kat Noppharat Thara Beach : 400 baht
2. Makan Dinner & Supper : 800 baht
2. Shopping : Tak kira plak. :P














Continue Reading

January 20, 2018

Penapis Air Shaklee : Get Clean Water Pitcher



Penapis Air Shaklee : Get Clean Water Pitcher
Get Clean® Water Pitcher 

Sebenarnnya ramai orang tidak tahu yang Shaklee sebenarnya mempunyai Penapis Air Shaklee : Get Clean Water Pitcher (Portable). Maybe sebab kurangnya promosi dan pendedahan, jadi ia tidak begitu dikenali seperti produk supplemen Shaklee.

Jadi, Amir rasa rugi kalo tak berkongsi dengan anda semua bertapa besnya ada penapis air ni. Dah la ringan, malah boleh dibawa kemana-mana. Balik kampung ataupun berkelah. Malah, ada yang mengatakan bahawa air yang ditapis ni rasa sedap.

Sebelum kita pergi dengan lebih detail, mari Amir kongsikan 1 video yang diambil dari rumah menggunakan handphone biasa sahaja. Bagaimana penapis air ini berfungsi?



Pengenalan mengenai Penapis Air Shaklee : Get Clean Water Pitcher

Get Clean® Water mengaplikasikan sistem penapisan air baru berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum! 

Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis. 

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain! 


  1. Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat! 
  2. Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin! 
  3. Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka. 
  4. Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula 


Pilihan Bijak! 

  • Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air 
  • Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap 
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik
  • Ringan dan mudah dibawa 
  • Menjimatkan kos 


Keunikan Shaklee 

  • Selamat 
  • Menyingkirkan plumbum dan pelbagai benda asing dalam air 
  • Get Clean® Water mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. 
  • Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA). 


Pintar 

  • Hanya beberapa sen bagi satu liter air 
  • Warga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. 
  • Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water mampu memberikan air yang bersih dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan bilakah masanya anda patut menukar penapis. Tiada lagi ketidakpastian. 


Berkuasa Tinggi 

  • Lebih banyak air bersih pada setiap masa Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap blok penapis - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkenal. 
  • Malah, jag ini berupaya mengurangkan bahan cemar dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan anda. 


Mesra Alam 

  • Memelihara kesejahteraan alam sekitar Get Clean® Water menggunakan jag air dengan sistem penapis blok karbon isian semula yang pertama di dunia. 
  • Langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan sampah
  • Malah, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam sekitar.

Terima kasih kerana anda sudi membaca :) 

Hubungi kami: 012-2372641 (Amir) / 011-20200300 (Hotline) 
MSE Legacy Sdn Bhd Page 
FB : Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi 

Your Certified Shaklee Product Consultant 
COD Bandar Baru Bangi 
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

January 19, 2018

Koleksi Testimoni CoQ-Trol Plus Shaklee: Beri Tenaga Walaupun Tak Cukup Tidur

Assalamualaikum. Amir doakan anda sihat.

Amir kongsikan testimoni CoQ-Trol Plus Shaklee dari rakan-rakan Amir sendiri sewaktu menghadiri kelas Shaklee Academy.

Kami semua diberi 1 biji CoQ-Trol Plus dan 3 biji Omega Guard untuk mengekalkan fokus semasa kelas, dan yang paling penting adalah tidak mengantuk. Almaklumlah, dah lama tinggalkan dunia pembelajaran secara formal ni. Perlukan sesuatu sebagai pemberi tenaga.

Biasanya kalo Amir hadiri seminar, penganjur akan sediakan kacang atau gula-gula di atas meja. Shaklee buat kelainan dengan pilihan lebih sihat. Hampir semua peserta mendapat kesan positif apabila ambil CoQ-Trol Shaklee ni even baru makan 1 biji sahaja. Perkongsian mereka, Amir jadikan dalam bentuk poster bagi memudahkan pembaca untuk menilai sendiri keberkesanan produk CoQ-Trol Plus Shaklee.

Koleksi Testimoni CoQ-Trol Plus Shaklee Untuk Tenaga


Testimoni CoQ-Trol Shaklee 1:


Testimoni CoQ-Trol Shaklee: Tidak mengantuk walaupun tidak cukup tidur menyusukan bayi berusia 60 hari

Best makan CoQ-Trol Shaklee ni. Sebelum ini tak pernah cuba lagi. Mula amalkan sewaktu kelas 2 hari Shaklee Academy. Sebenarnya malam sebelum kelas, memang tak cukup tidur. Almaklumlah ada baby kecil 60 hari yang asyik bangun menyusu. Kita pula tidur lewat. Bangun awal, solat dan bersiap ke kelas. Menguap-nguap dan lapar. Lepas makan CoQ-Trol Shaklee pagi tu, terus cerah biji mata. - Puan Suzie

Testimoni CoQ-Trol Shaklee 2:


Testimoni CoQ-Trol Shaklee: Bertenaga walaupun tidak cukup tidur & menyusukan bayi dalam pantang

Aida ambil CoQ-Trol Shaklee dalam pantang ni memang luar biasa. Walaupun tidur 2-3 jam saja, masih bertenaga, dan ramai tegur tak nampak macam dalam pantang. Memang best, tak rasa penat walaupun baby kerap menyusu dan kena pam susu kerap kali. - Puan Aida

Testimoni CoQ-Trol Shaklee 3:


Testimoni CoQ-Trol Shaklee: Tidak mengantuk dalam kelas walaupun tak tidur langsung malam sebelumnya

Malam sebelum tu tak tidur langsung. Tapi Alhamdulillah lepas ambil CoQ-Trol pagi tu rasa macam boleh bertahan. Sebab selalunya kalau Nana tak tidur malam, esoknya Nana qada balik. Ni tak qada, tapi boleh stay sampai petang dengan tak menguap pun. - Puan Nana Macarona

Testimoni CoQ-Trol Shaklee 4:


Testimoni CoQ-Trol Shaklee: Tidak mengantuk sampai petang walaupun tidur lewat kerana coaching bisnes

Ambil CoQ-Trol Shaklee waktu pagi, sepanjang siang tak mengantuk sampai petang. Walaupun malam sebelumnya coaching sampai 1 pagi. CoQ-Trol Shaklee power. - Puan Farihah Abu Kasim

Testimoni CoQ-Trol Shaklee 5:


Testimoni CoQ-Trol Shaklee: Tidak mengantuk walaupun tidak cukup tidur kerana menjaga anak-anak

Saya consume CoQ-Trol Shaklee sepanjang 2 hari program. Malam sebelumnya, tak cukup tidur sebab anak-anak berjaga. Risau juga sebab takut mengantuk, sebab dulu masa di universiti, kalau kelas 2 jam pun dah mengantuk. Tapi surprisingly, tak rasa mengantuk dari pagi sampai petang habis program. Mata pun tahan, dan badan pun rasa lebih kuat. - Puan Irine Nadia

Baca: Apa itu CoQ-Trol Plus Shaklee?



Hubungi Kami,
012-2372641 (Amir) / 011-20200300 (Hotline)
MSE Legacy Sdn Bhd
Page FB : Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

January 13, 2018

Testimoni Vitalea for Children Shaklee Untuk Sembelit, Susah Makan, Imuniti, dan Alergi

"Alhamdulillah, dah 3 minggu Humaira' consume Vitalea for Children Shaklee. Dah takde lagi sembelit macam dulu. Hari-hari membuang.

Selera makan pun bukan main lagi. Semua dibedal.

2 hari lepas, Humaira' demam dan merengek-rengek sakit perut, maybe sebab cuaca yang tak menentu dan dia overdose makan. Haha.

Bawa pergi Klinik Kesihatan, suhu nak dekat 38'c, tapi perut ok je takde masalah. Balik rumah, Ummi nak bagi la makan ubat doktor. Dia tak mahu. Dia kata nak 'ubat' vitamin je. Bagi makan Vitalea for Children dan minum air masak, dia terus tidur.

Alhamdulillah bangun pagi esok tu, dah tak demam dah. 

Syukur Alhamdulillah, Humaira' jarang sekali kena selesema / batuk. Demam pun singgah sekejap je. Kulit dia alergik sebelum ni pun dah ok. Kalau kena gigit nyamuk pun dah tak melarat macam dulu.

P/S: Kalau anda sayangkan anak anda, berilah dia perlindungan yang secukupnya. Jangan berkira-kira untuk melabur demi kesihatan anak tersayang. Mencegah lebih baik dari merawat" - Puan Ctsumiza Roseli

Testimoni Vitalea for Children Shaklee


Baca lebih lanjut tentang Vitalea for Children Shaklee di sini.


Hubungi kami: 

012-2295680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline) MSE Legacy Sdn Bhd
Page FB : Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

January 12, 2018

Sijil HALAL Shaklee 2018

Sijil HALAL Shaklee 2018


Since dah masuk tahun baru, Sijil HALAL Shaklee pun dah keluar yang baru. Shaklee sangat komited dengan kualiti dan kehalalan produknya :)

Sijil HALAL Shaklee 2018. Klik gambar untuk paparan lebih jelas.


Islamic Services of America (ISA) tersenarai sebagai salah satu Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh klik direct link di sini: Senarai Badan Islam yang Diiktiraf JAKIM dan di sini: Halal Accreditation (ISA).


Hubungi kami: 

012-2295680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline) MSE Legacy Sdn Bhd
Page FB : Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

January 11, 2018

2 Testimoni Vitalea for Children Shaklee Untuk Anak Susah Makan

3 Testimoni Vitalea for Children Shaklee Untuk Anak Susah Makan


"Wah, saya bagi 5 bintang. Selepas makan Vitalea for Children Shaklee untuk anak saya, selera makin bertambah-tambah.

Sebelum ini saya yang paksa makan. Sekarang anak saya yang paksa saya minta makan"

Testimoni Vitalea for Children Shaklee untuk anak susah makan

"Salam. Nak share tentang Vitalea for Children Shaklee ni.

Saya baru balik dari klinik untuk monthly checkup for my daughter. Then yang happy nya, berat dia naik 800 gram dalam masa sebulan.

Kalau tak, dulu nak naik 100 gram pun susah. Sampaikan kena jumpa Pakar Zat Makanan!

Seriously, Vitalea for Children Shaklee memang best! Suggested untuk anak yang kurang selera makan dan picky eater"

Testimoni Vitalea for Children Shaklee untuk anak susah makan

Apa Yang Terkandung di Dalam Vitalea for Children Shaklee?


Vitalea for Children Shaklee ialah multivitamin untuk kanak-kanak, berusia 4 tahun ke atas, atau yang dah pandai kunyah tablet :)

Disarankan ambil 2 biji sehari untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan badan seorang kanak-kanak. Almaklumlah kalau macam anak-anak Nad, makan pun tak menentu. Makanan sihat dan tak sihat sama banyak.

Bila badan tak cukup nutrisi, imun pun tak kuat. Datanglah pula penyakit-penyakit. Nauzubillah. Itu yang kita taknak.

Kandungan di dalam Vitalea for Children Shaklee. Klik untuk paparan lebih jelas.


Hubungi kami: 

012-2295680 (Nadiah) / 011-20200300 (Hotline) MSE Legacy Sdn Bhd
Page FB : Kedai Vitamin Bandar Baru Bangi
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

January 10, 2018

Beli Produk Brahim Dengan Harga Murah

Entry kali ni Amir buat khas untuk kaki travel ke oversea, especially apabila travel ke tempat-tempat yang agak sukar nak cari makanan halal. Kebiasaannya, orang akan bawa produk makanan yang boleh masak terus (dalam paket). Brand yang kami pernah makan ialah Brahim dan Salis.

Kalau ikut harga Brahim di supermarket agak mahal sedikit compare dengan Amir beli di kilang dia (mesti la murahkan. beli tanpa lalu peniaga atau orang tengah).

Sebenarnya Amir baru tau ada kilang Brahim kat Bangi ni apabila try google kat internet pasal nak beli produk Brahim dengan harga murah.

So, kat mana kilang Brahim ni?

Nak cari mudah saja, anda hanya perlu waze jer nama Dewina Food Industries Sdn Bhd. Sebenarnya, ini lah nama kilang Brahim di Bangi. Kalo korang search Brahim, waze akan tunjuk Brahim catering kat area KLIA.
Lokasi di Google Maps
Ini adalah alamat penuh kilang
Lot 9 & 11, Jalan P/9B, Kawasan Perusahaan Bangi, 43650,
Bandar Baru Bangi, Selangor
Phone: +60 3-8925 6351 

 Tips nak cari parking bila sampai area sini ialah terus jer masuk ikut pintu depan kilang ni. Tak perlu cari parking kat tepi jalan (confirm payah nak jumpa sebab banyak giler kete kat area sini).

Guard kat situ memang dah tau kalo angkat tangan, maksudnya nak parking dalam sbb nak beli Brahim. Hehe

Ini lah kedai Brahim. Belakang kedai ni baru kilang.
Dari pemerhatian Amir, produk Brahim masa beli kat Giant Kajang mahal dalam RM3/4 ringgit dari kilang sini. Masa tu tak tau ada kilang ni. Haha

Senarai Harga Produk Brahim
Kalau mai sini, sebenarnya ada banyak produk Brahim selain yang nasi-nasi tu. Diorg ada jual lauk instant dan juga pes utk masak. Kira mudah sangat la kalo ada yang nak memasak masa travel. Cuma Amir prefer beli yang jenis nasi ni sebab mudah nak panaskan (rebus dalam air panas) dan boleh terus makan.

Produk disusun mengikut kategori


Ini rak untuk pes memasak
Alhamdulillah, masa pergi ke Krabi, Thailand bulan lepas, Amir beli 8 paket Nasi & 4 paket lauk. Banyak membantu mengalas perut kami especially ketika breakfast sebab malas nak keluar pi beli makanan kat luar. Hehe

Semoga entry kali ini memberi manfaat pada para pembaca semua
Continue Reading