January 10, 2018

Beli Produk Brahim Dengan Harga Murah

Entry kali ni Amir buat khas untuk kaki travel ke oversea, especially apabila travel ke tempat-tempat yang agak sukar nak cari makanan halal. Kebiasaannya, orang akan bawa produk makanan yang boleh masak terus (dalam paket). Brand yang kami pernah makan ialah Brahim dan Salis.

Kalau ikut harga Brahim di supermarket agak mahal sedikit compare dengan Amir beli di kilang dia (mesti la murahkan. beli tanpa lalu peniaga atau orang tengah).

Sebenarnya Amir baru tau ada kilang Brahim kat Bangi ni apabila try google kat internet pasal nak beli produk Brahim dengan harga murah.

So, kat mana kilang Brahim ni?

Nak cari mudah saja, anda hanya perlu waze jer nama Dewina Food Industries Sdn Bhd. Sebenarnya, ini lah nama kilang Brahim di Bangi. Kalo korang search Brahim, waze akan tunjuk Brahim catering kat area KLIA.
Lokasi di Google Maps
Ini adalah alamat penuh kilang
Lot 9 & 11, Jalan P/9B, Kawasan Perusahaan Bangi, 43650,
Bandar Baru Bangi, Selangor
Phone: +60 3-8925 6351 

 Tips nak cari parking bila sampai area sini ialah terus jer masuk ikut pintu depan kilang ni. Tak perlu cari parking kat tepi jalan (confirm payah nak jumpa sebab banyak giler kete kat area sini).

Guard kat situ memang dah tau kalo angkat tangan, maksudnya nak parking dalam sbb nak beli Brahim. Hehe

Ini lah kedai Brahim. Belakang kedai ni baru kilang.
Dari pemerhatian Amir, produk Brahim masa beli kat Giant Kajang mahal dalam RM3/4 ringgit dari kilang sini. Masa tu tak tau ada kilang ni. Haha

Senarai Harga Produk Brahim
Kalau mai sini, sebenarnya ada banyak produk Brahim selain yang nasi-nasi tu. Diorg ada jual lauk instant dan juga pes utk masak. Kira mudah sangat la kalo ada yang nak memasak masa travel. Cuma Amir prefer beli yang jenis nasi ni sebab mudah nak panaskan (rebus dalam air panas) dan boleh terus makan.

Produk disusun mengikut kategori


Ini rak untuk pes memasak
Alhamdulillah, masa pergi ke Krabi, Thailand bulan lepas, Amir beli 8 paket Nasi & 4 paket lauk. Banyak membantu mengalas perut kami especially ketika breakfast sebab malas nak keluar pi beli makanan kat luar. Hehe

Semoga entry kali ini memberi manfaat pada para pembaca semua
Location: 38B, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia