May 23, 2018

Pengalaman Pertama Az Zahin Berpuasa

Ummi kagum tengok anak orang lain umur 5-6 tahun dah start puasa. Zahin dulu tak macam tu.

Tapi Ummi syukur sangat tahun ni Zahin terbuka hati nak mula puasa. Tak susah nak memujuk. Maybe Zahin dah makin besar ❤️

Setiap hari Zahin bangun sahur dengan mudah. Nampak Zahin excited bersahur.

1st Day Bersahur
Puasa hari pertama, kat sekolah. Jam 3 petang di kantin katanya dahaga sangat dia minum air. Then tak makan apa-apa sampai berbuka. Makan 3 pinggan nasi 😂

Hari kedua, sekolah juga. Lepas balik sekolah jam 6 petang, nangis-nangis kat Ummi cakap lapar sangat macam nak mati 😂😂😂 padahal Ummi tengok Zahin bukan lembik pun. Aktif je. Sabo jelah 😂 Dah drama gitu oklah Ummi kasi minum air kosong 2 gelas.

Hari ketiga pulak hari Sabtu, kat rumah. Belum kul 11 pagi lagi dah mula drama. Mintak makan cookies 😂 tak dapat diselamatkan puasa Zahin hari itu.

Zahin minum Performance Drink
Semalam hari ke 4. Zahin pertikaikan kenapa Ziyad boleh makan 😂 Lepas Zuhur Ummi suruh Zahin baring, jangan buat apa-apa. Tengok-tengok lelap. Yess! Ummi sengaja buat macam tu sebab Zahin ni susah sangat nak tidoq siang. Jenis tahan mata. Macam sapa lah tu 😂😂

Tapi Alhamdulillah dapat juga lah puasa satu hari penuh semalam.

Walaupun tahun ni Zahin darjah 2, its ok. Ummi syukur dah Zahin nak cuba puasa. Moga lepas-lepasni dipermudahkan Zahin untuk puasa.


So far sahur Zahin makan nasi, susu fresh milk + Meal Shakes. So far mesti dia kata sedap gila! 😂

Ummi perasan lepas konsisten Meal Shakes, gigi depan Zahin dah mula keluar. Sebelum ni lama nak keluar. Maybe tak cukup Kalsium kot sebab tak minum susu sangat sebelum ni. Now dah minum susu dan Meal Shakes, dalam Meal Shakes ada Kalsium juga. Now gigi depan yang sebelah lagi tu dah keluar separuh 😍

#DiariRamadhanAzZahin
Location: 38B, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)