May 13, 2018

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu
Hari ini merupakan hari ibu sedunia. Jadi, Amir ucapkan Selamat Hari Ibu buat semua Ibu-ibu yang banyak berjasa pada keluarga.

Kalau ikutkan secara logik, memang kita tak mampu nak balas jasa mereka walaupun kita bayar 1 juta ringgit skali pun. Tetapi, kita boleh jadi anak yang soleh dengan membahagiakan ibu kita dengan pelbagai cara selain memberi duit saku setiap bulan.

Jadi, Amir kongsikan beberapa keping gambar cara kami bahagiakan Ibu kami iaitu dengan bawa mereka berjalan ke luar negara secara PERCUMA. Menarik kan?

Selamat Hari Ibu
Amir bergambar dengan Mak masa di Conference Shaklee di US
Selamat Hari Ibu
Kami bergambar di Golden Bridge, San Francissco, USA
Alhamdulillah, semua percutian ini ditaja oleh Shaklee dengan layanan 5 bintang. Macam Amir, bawa mak Amir ke Long Beach, California dan San Francissco, USA pada tahun 2014.

Wife Amir, Nad bawa Ummi ke Jepun tahun lepas.

Selamat Hari Ibu
Nad bersama Ummi di Jepun, 2017
Selamat Hari Ibu
Bergambar di atas gunung Tateyama Kurobe Alpine Route

Alhamdulillah, dengan bisnes Shaklee ini. Kami berjaya bawa Mak & Ummi pergi melancong ke luar negara sebagai hadiah buat mereka yang banyak berkorban kat kami sejak kami baby lagi. Apabila kita bahagiakan ibu kita, insyaallah mereka akan doakan yang baik-baik buat kita.

Semoga kita semua dapat berjasa dengan ibu kita selagi hayat mereka masih ada. Dan juga jangan lupa buat saham akhirat juga buat mereka apabila mereka dah tiada nanti.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...