8 Makanan Berlemak Yang Orang Malaysia Gemar

Panduan makanan sihat mencadangkan individu dewasa yang sihat tubuh badan menghadkan pengambilan lemak antara 20-35 peratus daripada jumlah kalori yang diambil setiap hari.

Secara purata, pengambilan kalori bagi individu dewasa adalah sekitar 1,500 kalori hingga 2,000 kalori sehari. Daripada jumlah itu, 400 kalori hingga 700 kalori boleh diambil daripada sumber makanan yang mengandungi lemak yang mana nilainya adalah sekitar 44 gram hingga 78 gram lemak sehari.

Dengan mengetahui jumlah lemak yang diambil sehari, ia dapat membantu mengawal jumlah lemak dan kalori dalam diet sekaligus membantu mendapatkan tubuh yang sihat dan bebas daripada masalah obesiti.

Hari ini, Amir nak kongsikan 8 Makanan Berlemak Yang Orang Malaysia Gemar.

2 sudu Ais krim mengandungi 380 kalori
1. Ais Krim
Siapa yang mampu menolak "godaan" untuk menikmati aiskrim dengan keadaan cuaca di Malaysia yang panas, namun perlu diingat, aiskrim mengandungi lemak, gula dan kalori yang tinggi. DUa sudu aiskrim sudah mengandungi 380 kalori bersamanan dengan 42 gram.

1 donut mengandungi 200 kalori
2. Roti Manis Dan Donat
Roti manis seperti roti krim dan coklat sememangnya tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. Seketul donat mengandungi sehingga 200 kalori bersamaan dengan 22 gram lemak.

2 keping roti canai mengandungi 600 kalori
3. Roti Canai
Mudah disediakan, mudah didapati dan harganya murah. Tahukah anda? Sekeping rotui canai mengandungi 300 kalori dan selalunya kita akan makan 2 keping skaligus. Jadi, jumlah kalori yang diambil adalah 600 kalori atau 66 gram lemak. Nak bakar kalori ini, anda perlu berlari selama 90 minit. Fuhh..hanya kerana 2 keping roti canai.

1 gelas teh tarik ada 180-240 kalori
4. Susu Pekat Manis
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk kesihatan badan kerana ia mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Walaupun ia mempunyai sumber kalsium, tapi pakar pemakanan nasihatkan agar kita ambil susu yang lebih rendah lemak.
1 sudu pekat manis mengandungi 60 kalori. bayangkan dalam 1 gelas teh tarik tu, biasanya pakai 3/4 sudu pekat manis. Agak2nya berapa kalori dlm 1 gelas tu?

1 hidangan lengkap nasi lemak mengandungi 500 kalori
5. Nasi Lemak
Hidangan ini memang sinonim dengan rakyat malaysia. Setiap hidangan asa mengandungi karbohidrat, protein dan lemak. Paling kurang ia mengandungi 390 kalori tidak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kacang.
Secara purata, hidangan lengkap yang mengandungi ayam goreng atau sambal sotong adalah sekitr 500 kalori. Ini bermakna, jumlah lemak yang ada dalam setiap hidangan adalah 55 gram.

Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori
6. Mayonis
1 suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori atau 40 gram lemak. Mayonis biasa dihidangkan bersama salad dan juga burger.

1 hidangan mee kari mengandungi 500 kalori
7. Mee Kari
Selalunya hidangan mee kari ini menggunakan santan dan ianmengandungi lebih kurang 500 kalori. Bersamaan 55 gram lemak.

1 hidangan burger mengandungi 475 kalori
8. Burger
Rasanya ramai yang suka makan burger sebagai hidangan "pantas" dan mudah nak beli dimana restoran segera. tahukah anda, 1 hidangan burger yang mempunyai daging kisar yang tinggi nilai lemaknya. Biasanya 1 hidangan ini ada 475 kalori, sebelum masuk dengan keju, sos cili, mayonis, dan telur. Anggaran lemak ialah 53 gram.

Kesimpulan yang boleh Amir buat ialah hendak jaga badan atau kuruskan badan. Anda perlu jaga kalori dan amalkan gaya hidup sihat. Lebihkan sayuran & buahan dalam setiap hidangan.

Amir syorkan amalkan gaya pemakanan mengikut menu suku suku separuh seperti gambar dibawah :)

Menu Suku Suku Separuh


Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas komen anda :)