August 30, 2018

Cara Masukkan Duit Syiling ke Tabung Haji

Siapa ada banyak duit Syiling? Cer angkat tangan. Hehe

Hari ini, kami nak kongsikan cara masukkan duit syiling ke Tabung Haji.

Semalam, kami luangkan masa skit pada sebelah pagi untuk ke Tabung Haji Bangi di sebelah Warta/Kip Mall.

Cara Masukkan Duit Syiling ke Tabung Haji
Tabung Haji Cawangan Bangi
Langkah-langkah mudah :-

1. Masuk ke premis Tabung Haji. Nad suggest call dulu cawangan TH terdekat anda untuk pastikan bahawa mesin syiling ini berfungsi.

2. Pergi terus pergi ke machine

3. Masukkan syiling ke dalam bakul untuk make sure tak ada bendasing dalam timbunan duit syiling kita. Ia boleh rosakkan machine.

Cara Masukkan Duit Syiling ke Tabung Haji
Encik Gajah tengah cek benda asing sebelum masuk ke Mesin

4. Di machine, masukkan syiling yang telah "dibersihkan" selepas tekan button hijau untuk proceed.



5. Follow ja instruction kat machine. Tray syiling akan sentiasa bergerak sehingga habis semua syiling dimasukkan.

6. Machine akan pamerkan berapa total.
Cara Masukkan Duit Syiling ke Tabung Haji
Baucar Simpanan yang dikeluarkan oleh Mesin Syiling

7. Ambil Baucar Simpanan yang machine keluarkan

8. Bawa Baucar Simpanan ke Kaunter Pertanyaan.

Cara Masukkan Duit Syiling ke Tabung Haji
Senang ja guna machine syiling ni.

Senang ja guna machine syiling ni. Seronok dengar bunyi syiling dalam tu. Macam banyak nau ja duitnya 😂

1. Di Kaunter Pertanyaan, beri Buku Tabung Haji yang nak dimasukkan duit syiling tadi
2. Kena isi borang kemaskini info kita (jika belum update lagi)
3. Dah siap isi, pergi semula ke Kaunter Pertanyaan
4. Nombor giliran akan diberi, naik ke Tingkat 1
5. Tunggu giliran dengan tenang ☺️

Kaunter Tabung Haji untuk masukkan nilai duit syiling tadi terus ke akaun.
P/S: Make sure datang awal pagi (jam 8:30 pagi) sebab masa tu machine masih sihat lagi 😊


Location: 38B, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia