HFMD : Apa Yang Perlu Kita Tahu?


Penyakit HFMD bermula tahun 1997 di Malaysia


Apa itu HFMD? 

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) atau lebih dikenali sebagai penyakit HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie. HFMD mendapat namanya dari kudis kecil yang terjadi pada tangan dan kaki, dan dalam mulut. Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun sering menghidap jangkitan ini! Tapi, orang dewasa juga boleh terkena virus.

Punca HFMD berlaku


Adakah penyakit HFMD biasa terjadi di Malaysia?

Ya! Menurut rekod Kementerian Kesihatan, laporan yang dikeluarkan menunjukkan penyakit HFMD adalah wabak berkala di kalangan kanak-kanak. Jangkitan pertama yang dikesan di Malaysia pada tahun 1997, Kementerian telah TERPAKSA MENUTUP pelbagai “playschools”, sekolah rendah, pusat penjagaan kanak-kanak atau taska dan tadika untuk membendung penyakit ini.

Tanda dan Gejala HFMD

Bagaimana nak tahu, bayi saya kena penyakit HFMD? 

Bayi atau kanak-kanak yang menghidapi penyakit tangan, kaki, dan mulut ini akan berasa tidak sihat. Antara tanda kecil seperti ada kudis lepuh seperti dalam mulut, tangan dan kaki.

Anak anda juga boleh:

  • Sakit tekak
  • Demam ringan
  • Hilang selera makan
  • Ulser pada tekak, mulut & lidah
  • Kelihatan keletihan dan tak bermaya
Kebiasaannya, bayi yang dijangkiti HFMD mungkin tak mahu menyusu atau makan kerana kudis dalam mulut mereka yang sangat menyakitkan.


Apa yang saya perlu buat kalau anak disyaki mengalami HFMD? 
  1. Dapatkan nasihat daripada doktor secepat mungkin jika terdapat tanda-tanda HFMD.
  2. Peka kepada sebarang perubahan tingkah laki anak-anak seperti kurang selesa dan mengantuk.
  3. Segera bawa anak ke hospital jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan atau mengantuk.
  4. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke tadika, taska atau sekolah.
  5. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.
Bagaimana saya cara jaga bayi yang sakit akibat penyakit HFMD? 
Anda perlu tunggu selama 7 hingga 14 hari untuk penyakit ini reda. Tapi, jika virus sudah merebak ke tangan, kaki dan mulut, mungkin masa yang lama diperlukan.

Walau bagaimanapun, anda boleh menjaga bayi anda dengan cara ini:
  • Di bawah nasihat doktor anda, cuba tangguhkan pemberian paracetamol kepada bayi.
  • Gel untuk pertumbuhan gigi juga boleh melegakan kesakitan bayi anda.
  • Untuk mengelak dehidrasi, terus beri susu badan, formula, atau air dan jus yang dicairkan untuk bayi yang sudah besar.

Clean, Wash, Protect merupakan produk Shaklee untuk mencegah HFMD

Kami doakan agar kita semua dilindungi dari wabak HFMD ini. Kesian bila lihat anak kecil menangis menahan sakit, dan ibu bapa juga terpaksa berkorban demi anak-anak.



Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas komen anda :)