September 30, 2018

6 Cabaran Ibu Hamil



Berita paling gembira buat pasangan yang baru berkahwin ialah hamil. Itu adalah saat yang paling dinanti-nantikan bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin.

Tapi tak semua berpeluang untuk alami pengalaman manis itu.

Jika anda yang diberi peluang oleh Allah SWT, jagalah kandungan anda sebaik-baiknya.

Setiap kehamilan ada cabarannya tersendiri.

So, kali ni Nad nak share 6 CABARAN IBU HAMIL yang perlu anda ambil tahu dan kongsikan bersama pasangan anda.

Kenapa pasangan perlu ambil tahu juga?

Nad share based on pengalaman yang ibu hamil ini sangat memerlukan support daripada orang yang terdekat iaitu Suami. Share lah apa sahaja yang berlaku dengan suami even sekecil-kecil benda pun. Hehe

6 Cabaran Ibu Hamil


Cabaran 1 : Kekejangan Kaki

Cabaran 1 Kekejangan Kaki
Biasanya berlaku pada waktu malam dan pada lewat kehamilan. Ia boleh disebabkan oleh berat berlebihan yang anda tampung,  kekurangan nutrisi, terlalu aktif atau tidak cukup aktif.

Tips nak kurangkan kekejangan kaki:
  • Alaskan kaki dengan bantal
  • Buat regangan, gerakkan pergelangan kaki dan jari kaki anda
  • Kekal hidrasi
  • Pastikan pengambilan kalsium dan magnesium yang mencukupi


Cabaran 2 : Berat Badan Berlebihan

Cabaran 2 : Berat Badan Berlebihan

Nad sharekan juga carta BMI dan berapa jumlah berat badan yang ideal semasa hamil. Biasanya kalau pergi klinik, nurse akan bising kalau berat kita berlebihan ni. Sebab ia akan efek pada kandungan dan juga ibu hamil seperti kencing manis. Itu yang ada terpaksa minum air gula apabila tahap gula dalam darah menaik mendadak.


Tips untuk kurangkan rasa "craving" atau mengunyah :
  • Makan hidangan kecil dan kerap
  • Pilih makanan ringan yang sihat seperti protein dan buah
  • Anda hanya perlukan tambahan 300 kalori sehari sahaja.

Cabaran 3 : Keguguran Rambut
Cabaran 3 : Keguguran Rambut
Sesetengah wanita mengalami keguguran rambut akibat perubahan hormon atau nutrisi yang tidak seimbang

Tips nak kurangkan rambut gugur :
  • Gunakan syampu dan perapi rambut yang lembut.
  • Urutkan kulit kepala anda untuk merangsang peredaran darah.
  • Amalkan pemakanan sihat dan ambil vitamin pranatal anda seperti protein, zat besi, biotin, vitamin B dan Vitamin C

Nutrisi pranatal boleh memberikan perlindungan untuk folikel rambut anda dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Cabaran 4 : Perubahan Emosi
Cabaran 4 : Perubahan Emosi
Perubahan emosi boleh disebabkan oleh peningkatan hormin, tekanan dan keletihan. Ingat, kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal anda semasa hamil.

Tips :
  • Dapatkan tidur yang mencukupi.
  • Luangkan masa dengan pasangan anda.
  • Cuba senaman yoga untuk ibu hamil.
  • Ambil makanan berkhasiat dengan GI rendah.
  • Ambil vitamin pranatal anda seperti vitamin B, zat besi dan asid lemak.

Cabaran 5 : Jisim Tulang Berkurangan
Cabaran 5 : Jisim Tulang Berkurangan
Semasa hamil, bayi dalam kandungan anda perlukan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan rangka tulang terutamanya pada 3 bulan yang terakhir. Jika anda tidak mendapatkan kalsium yang mencukupi, bayi anda akan menyerap apa yang diperlukannya dari tulang anda.


Tips nak elakkan Osteoporosis :
  • Amalkan gaya hidup yang sihat - Jangan merokok atau minum
  • Lakukan senaman ringan.
  • Dapatkan kalsium dan mineral pembina tulang

Cabaran 6 : Mabuk Hamil

Cabaran yang dialami terutamanya pada peringkat awal kehamilan dan biasanya akan berlalu pada akhir trimester pertama. Ia disebabkan oleh perubahan hormon dan boleh menjejaskan pemakanan anda.



Tips nak kurangkan mabuk hamil :
  • Makan sedikit dan kerap.
  • Jika muntah, ambil air yang mencukupi.
  • Cuba teh pudina halia.
  • Ambil vitamin pranatal anda terutamanya vitamin B6 dan magnesium untuk bantu mengurangkan mabuk hamil anda.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh contact Nad yer. Hanya klik link dibawah


Continue Reading

September 29, 2018

Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C

Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C
Tanda-tanda kekurangan Vitamin C

Vitamin C merupakan antioksidan yang baik. Ia memainkan peranan yang penting untuk tubuh kita seperti kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh. Vitamin larut air ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Jadi, kita perlu mengambilnya daripada makanan.

Kekurangan Vitamin C mengakibatkan tubuh kita tidak berfungsi dengan optimum.

Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C


1. Kulit Mudah Kering


Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C
Tanda kekurangan Vitamin C: Kulit mudah kering

Cuba cakar sedikit kulit kita, adakah terdapat garisan putih? Jika ya, itu merupakan tanda kekurangan Vitamin C.

2. Mudah Stress


Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C
Tanda kekurangan Vitamin C: Mudah stress

3. Luka Lambat Sembuh


Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C
Tanda kekurangan Vitamin C: Luka lambat sembuh

4. Mudah Selesema


Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C
Tanda kekurangan Vitamin C: Mudah selsema atau bersin

5. Wajah Nampak Lebih Tua Dari Usia


Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C
Tanda kekurangan Vitamin C: Wajah muka nampak lebih tua dari usia sebenar

6. Mudah Demam


Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C
Tanda kekurangan Vitamin C: Mudah demam dan dijangkiti penyakit

Testimoni Set Kecantikan Shaklee Untuk Kulit Jerawat


7. Penyakit Skurvi


Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C
Tanda kekurangan Vitamin C: Penyakit Skurvi

Vitamin C Shaklee Pilihan Kami


Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C
Sustained Release Vita C Shaklee pilihan kami

Fungsi Vitamin C


  • Meningkatkan tahap sistem pertahanan badan.
  • Kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan.
  • Membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka.
  • Membina kalogen untuk kulit yang sihat.
  • Bertindak melindungi sel dalam serangan antioksidan.
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.

Tahukah anda? 1 tablet Vita C Shaklee bersamaan dengan 7 biji oren!


Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C
1 tablet Vita-C Plus bersamaan 7 buah oren

Baca: Semua tentang Vitamin C Shaklee.


Untuk info dan order, klik:

Continue Reading

Sesi Shaklee Bersama Amanah Raya - Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi

Sesi Shaklee Bersama Amanah Raya - Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi
Sesi Shaklee Bersama Amanah Raya - Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi

Malam tadi, kami dijemput oleh Shaklee untuk menghadiri sesi bersama Amanah Raya.

Seawal 5:30 petang, kami suami isteri sudahpun bertolak dari Bangi ke Bandar Sunway untuk ke Home Office Shaklee bersama anak-anak soleh solehah kami #TripleZ. Sempat #EncikGajah memborong stok Shaklee yang semakin susut sebelum kedai Shaklee ditutup pada jam 7 malam.

Kami makan malam dan solat Maghrib di sana.

Pada jam 8:30 malam sesi ini bermula. Ia bertujuan untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana caranya untuk mewariskan bisnes Shaklee ini kepada anak cucu. Untuk sesi ini, hanya rank Master Coordinators sahaja dijemput.

Sesi ini dikendalikan oleh Encik Fushari, Head / Senior Manager of Trust Administration Department.

Sesi Shaklee Bersama Amanah Raya - Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi
Bisnes Shaklee boleh diwarisi

Untuk pengetahuan anda, bisnes Shaklee ialah bisnes yang boleh diwarisi. Dan Shaklee merupakan syarikat direct-selling pertama yang approach Amanah Raya untuk memastikan pelaksanaan pewarisan bisnes Shaklee ini. Ini bermakna Shaklee bukan omong kosong sahaja. Inilah salah satu kelebihan bisnes Shaklee. Sebab itulah kami fokus dan tekun buat bisnes ni sejak 2012 :)

Sementara Ummi dengar briefing, Abi jaga #TripleZ yang bermain di ruang khas untuk kanak-kanak. Ada ramai kawan. Kalau yang selalu jumpa tu dah jadi makin rapat dah. Ziyad siap nak ikut seorang kakak tu balik. Hihi.

Sesi Shaklee Bersama Amanah Raya - Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi
Az Zahin dan kawan-kawan


Siapakah Amanah Raya?


Amanah Raya adalah syarikat milik penuh kerajaan (GOC) di bawah Kementerian Kewangan (MOF). Ditubuhkan pada 1 Mei 1921. Hampir 100 tahun dah!

Sesi Shaklee Bersama Amanah Raya - Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi

Apakah Fungsi Amanah Raya Dalam Bisnes Shaklee?


Dalam bisnes Shaklee, kita masih boleh menjana income setiap bulan walaupun sudah meninggal* (tertakluk kepada syarat).

Kebanyakan Pengedar Shaklee sekarang ini, anak-anak masih kecil. Ramai yang di bawah usia 18 tahun.

Untuk mewariskan bisnes Shaklee, kita perlu menubuhkan sebuah syarikat Sdn Bhd dan kita sebagai pengarahnya. Jika anak-anak kita di bawah usia 18 tahun, mereka tidak layak menjadi pengarah syarikat.

Jadi, di sinilah fungsi Amanah Raya. Amanah Raya dilantik sebagai Trustee (pentadbir) income bulanan dari Shaklee untuk memastikan anak-anak kita dapat meneruskan hidup seperti biasa.

Ingin Nad tambah di sini bahawa syarikat Enterprise tidak diiktiraf sebagai sebuah syarikat. Ia adalah hak milik individu. Jika Pengedar Shaklee tersebut meninggal, maka akaun bank dan segalanya akan freeze jika tiada wasiat dibuat terlebih dahulu sewaktu masih hidup.

Amanah Raya menawarkan khidmat menulis wasiat dengan hanya RM 500, nilai paling rendah jika dibandingkan dengan syarikat lain.

Sesi Borak Bisnes


Selepas sesi bersama Amanah Raya tamat, kami dijemput untuk menjamu selera. Sandwich Garsa Kitchen tu memang sedap! First time Nad dapat rasa. Kalau anda ialah peminat roti macam Nad, anda kena cuba.

Sesi Shaklee Bersama Amanah Raya - Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi

Sambil makan, sambil borak dengan Master Coordinator lain.

Lepas tu, borak juga dengan staf Shaklee dan Presiden Shaklee Malaysia iaitu Ms. Helen Lam. Beliau sangatlah friendly dan sangat terbuka untuk menerima sebarang cadangan dari kami sebagai Pengedar Shaklee. InshaAllah nanti akan ada lagi sesi yang lebih terperinci lagi untuk memudahkan proses mewariskan bisnes Shaklee ini.

Alhamdulillah anak-anak behave sepanjang sesi. Good job #TripleZ! Kami tiba di rumah hampir jam 12 tengah malam.

Klik ikon Whatsapp di sebelah bawah kiri blog ini jika ada sebarang persoalan :)

Salam Sayang,
Nadiah Suhaidi
#PuanNadxoxo
Continue Reading

September 28, 2018

Harga YOUTH Skincare Shaklee dan Cara Mendapatkannya Dengan Harga Lebih Murah

YOUTH Skincare mula diperkenalkan dan dijual pada umum pada 1 Mac 2018.


Berikut ialah senarai harga jualan untuk setiap produk di dalam rangkaian YOUTH Skincare Shaklee.

Harga setiap produk di dalam rangkaian YOUTH Skincare Shaklee


YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser (125 ml) RM 193.75
YOUTH Perfecting Skin Toner (177 ml) RM 200.00
YOUTH Activating Serum (30 ml) RM 412.50
YOUTH Age Defense Moisturizer SPF 50 (50 ml) RM 206.25
YOUTH Advanced Renewal Night Cream Light / Rich (50 ml) RM 250.00
YOUTH Radiance C + E (60 Capsules) RM 412.50

Baca: Penerangan Setiap Produk di Dalam YOUTH Skincare Shaklee

Harga Set YOUTH Skincare Shaklee


YOUTH Starter Set RM 850:

YOUTH Starter Set
  1. YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser (125 ml)
  2. YOUTH Perfecting Skin Toner (177 ml)
  3. YOUTH Age Defense Moisturizer SPF 50 (50 ml)
  4. YOUTH Advanced Renewal Night Cream - Light / Rich (50 ml)
  5. FREE: YOUTH Skin Care Guide (E/B/C)
  6. FREE: YOUTH Paper bag 
  7. FREE: Postage to all over Malaysia 
  8. FREE: Exclusive Item* (tertakluk kepada promosi bulan semasa)

Dapatkan penjimatan 16% untuk pembelian YOUTH Starter Set jika anda menjadi ahli. Hubungi kami untuk mengetahui caranya. Baca juga Cara Menjadi Ahli Shaklee.


YOUTH Renew & Maintain Set RM 1,262.50:

  1. YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser (125 ml)
  2. YOUTH Perfecting Skin Toner (177 ml)
  3. YOUTH Activating Serum (30 ml)
  4. YOUTH Age Defense Moisturizer SPF 50 (50 ml)
  5. YOUTH Advanced Renewal Night Cream - Light / Rich (50 ml)
  6. FREE: YOUTH Skin Care Guide (E/B/C)
  7. FREE: YOUTH Paper bag 
  8. FREE: Postage to all over Malaysia 
  9. FREE: Exclusive Item* (tertakluk kepada promosi bulan semasa)

Dapatkan penjimatan 23% untuk pembelian YOUTH Renew & Maintain Set jika anda menjadi ahli. Hubungi kami untuk mengetahui caranya. Baca juga Cara Menjadi Ahli Shaklee.


YOUTH Intensive Treatment & Repair Set (FULL SET) RM 1,675.00:

YOUTH Intensive Treatment & Repair Set (FULL SET)
  1. YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser (125 ml)
  2. YOUTH Perfecting Skin Toner (177 ml
  3. YOUTH Activating Serum (30 ml)
  4. YOUTH Age Defense Moisturizer SPF 50 (50 ml
  5. YOUTH Advanced Renewal Night Cream - Light / Rich (50 ml)
  6. YOUTH Radiance C + E (60 Capsules)
  7. FREE: YOUTH Skin Care Guide (E/B/C)
  8. FREE: YOUTH Paper bag 
  9. FREE: Postage to all over Malaysia 
  10. FREE: Exclusive Item* (tertakluk kepada promosi bulan semasa)

Dapatkan penjimatan 26% untuk pembelian YOUTH Intensive Treatment & Repair Set jika anda menjadi ahli. Hubungi kami untuk mengetahui caranya. Baca juga Cara Menjadi Ahli Shaklee.


Baca juga:

7 Sebab Memilih YOUTH Skincare Shaklee
Apa itu YOUTH Complex dan fungsi setiap bahan di dalam YOUTH
Penerangan Setiap Produk di Dalam YOUTH Skincare
Koleksi testimoni YOUTH Skincare
Produk Skincare Yang Ada Lulusan KKM


Berminat dengan YOUTH? Klik gambar di bawah untuk menghubungi kami:



Continue Reading

September 27, 2018

Koleksi Testimoni YOUTH Skincare dari Pemenang Pertandingan YOUTH Stars

Baru-baru ini, Shaklee telah menganjurkan satu pertandingan untuk para pengguna YOUTH Skincare. Dari penyertaan tersebut, Shaklee telah memilih 6 orang pemenang. Di bawah ialah para pemenang YOUTH Stars. Tahniah kami ucapkan!



Nama Peserta: Elly Fhriscka Matin

Sebelum YOUTH:
  • Kulit kering
  • Kulit kemerah-merahan
  • Warna kulit tidak sekata

Selepas YOUTH:
  • Kulit lembut dan lembap
  • Kulit semakin cerah
  • Warna kulit lebih sekata


Nama Peserta: Nor Fazura Murad

Sebelum YOUTH:
  • Liang pori besar
  • Jerawat
  • Kulit berminyak dan kusam

Selepas YOUTH:
  • Liang pori semakin kecil
  • Jerawat berkurangan
  • Kulit kurang berminyak


Nama Peserta: Nurul Amelza Kamel

Sebelum YOUTH:
  • Jerawat pada dagu
  • Parut hitam
  • Kulit kasar, kering, dan kusam

Selepas YOUTH:
  • Jerawat berkurangan
  • Parut berkurangan
  • Kulit semakin lembut dan lembap


Nama Peserta: Zarith Sofia Ibrahim

Sebelum YOUTH:
  • Kulit berminyak dan kasar
  • Sunburn
  • Jerawat

Selepas YOUTH:
  • Kulit semakin lembut dan kurang berminyak
  • Kesan sunbur hilang


Nama Peserta: Nur Amalina Izzati Ismail

Sebelum YOUTH:
  • Jerawat
  • Kulit kemerah-merahan

Selepas YOUTH:
  • Jerawat berkurangan
  • Kulit semakin cantik
  • Kulit kemerahan berkurangan


Nama Peserta: Siti Norlida Ismail

Sebelum YOUTH:
  • Liang pori besar
  • Banyak whitehead dan blackhead
  • Jerawat

Selepas YOUTH:
  • Liang pori mengecil
  • Whitehead dan blackhead berkurangan
  • Jerawat berkurangan


Baca juga:

7 Sebab Memilih YOUTH Skincare Shaklee
Apa itu YOUTH Complex dan fungsi setiap bahan di dalam YOUTH
Penerangan Setiap Produk di Dalam YOUTH Skincare
Koleksi testimoni YOUTH Skincare
Produk Skincare Yang Ada Lulusan KKM


Berminat dengan YOUTH? Klik gambar di bawah untuk menghubungi kami:


Continue Reading

September 26, 2018

Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM

Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM
Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM 

Sekarang ini, terlalu banyak produk kecantikan muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Pelbagai tagline yang digunakan sampaikan ada yang claim boleh putih dalam masa 7 hari. Sebelum kita beli produk kecantikan ini, terlebih dahulu kita periksa samada ianya mempunyai kelulusan KKM atau tidak.

Kami sendiri pernah dapat pelanggan-pelanggan yang kulit wajahnya rosak akibat tersalah pakai produk.

Ada pelanggan kami ni, beliau kata kakaknya pakai elok sahaja, tapi apabila beliau dan adik beliau guna, makin teruk kulit jadinya. Tak pasal-pasal perlu keluarkan kos yang lebih pula untuk buat rawatan kulit muka. Dan paling tak tahan, mereka berdua terpaksa pakai topeng muka apabila keluar rumah sebab tak mahu orang lihat kulit muka mereka yang rosak.

Jadi, kami nasihatkan supaya anda buat semakan terlebih dahulu sebelum melaburkan wang untuk mana-mana skincare.

Bagaimana nak tahu Produk Skincare Yang Mana Ada Kelulusan KKM?



5 LANGKAH MUDAH SEMAK SKINCARE LULUS KKM

Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM
Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM


1) Layari laman web NPRA di www.npra.gov.my

NPRA ialah singkatan kepada National Pharmaceutical Regulatory Agency. Untuk menyemak kelulusan produk suplemen juga melalui laman web yang sama.

Jika mahu menyemak produk selain Shaklee pun boleh juga.

2) Pilih ‘Consumers’ -> 'Products Search


Anda akan nampak seperti ini:

Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM
Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM


3) Pilih ‘Cosmetic’ untuk menyemak skincare

Boleh pilih ‘Pharmaceutical’ jika mahu menyemak produk suplemen (bukan skincare).
Mudah kan?

4) Pilih 'Product Name'

Di bahagian 'Search by', ada beberapa pilihan:
  1. Product Name 
  2. Notification Number 
  3. Holder Name 
  4. Manufacturer Name 
  5. Importer 
Pilih 'Product Name' supaya mudah untuk membuat carian.

5) Masukkan nama produk yang ingin disemak

Contohnya : Shaklee Youth. Akan keluarlah semua senarai produk dengan perkataan ‘Shaklee Youth’ tadi.

Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM
Produk Skincare Yang Ada Kelulusan KKM

Inilah hasil carian tadi. Semua produk dalam rangkaian YOUTH Skincare dari Shaklee telah didaftarkan termasuk YOUTH Restoring Eye Treatment yang akan mula dijual pada 1 Oktober 2018.

Jadi, kalau produk yang anda cari terdapat di dalam senarai ini, bermakna produk tersebut mempunyai kelulusan KKM.


Jika nama produk yang anda cari tiada dalam senarai, anda perlu semak dengan pengedar produk tersebut atau lari jauh-jauh dari membelinya :)

Jadilah pengguna bijak!



Continue Reading

Keistimewaan YOUTH Serum dari Shaklee

Serum ialah produk penjagaan kulit dalam bentuk gel atau losyen yang tidak pekat tetapi mengandungi kandungan bahan yang berkepekatan tinggi. Biasanya serum perlu digunakan sebelum pelembap atau topeng rawatan.

Berbanding serum lain, YOUTH Activating Serum adalah sangat istimewa.

10 Kali Ganda Kepekatan YOUTH Complex di Dalam Serum


Rahsia untuk mendapat kulit yang cantik dan kelihatan muda adalah dengan mempercepatkan pembaharuan sel kulit.

Kulit orang muda melakukannya dengan mudah. Ia akan memperbaharu pada kadar yang optimum dan menghasilkan semua kolagen dan elastin yang kita perlukan untuk kulit yang lembut, gebu, dan berseri.

Tetapi dengan meningkatnya usia, keserian itu akan hilang kerana pembaharuan sel kita akan menjadi perlahan dan kolagen dan elastin yang dihasilkan akan berkurangan.

Jadi, bagaimana caranya untuk melajukan ia semula?

Berbeza dari produk penjagaan kulit yang lain, teknologi canggih YOUTH bukan sahaja menangani penuaan di permukaan, malah ia bertindak pada sel kulit. Ini bermakna, YOUTH tidak hanya menyediakan manfaat perlindungan dan pembaikan, tetapi juga menyokong fungsi penting sel yang dapat memulihkan keremajaan dan seri wajah.

Mengandungi 10 kali ganda kepekatan YOUTH Complex, bermaksud Youth Activating Serum mempunyai 10 kali ganda bahan aktif berbanding item lain di dalam rangkaian YOUTH. Ia membuatkan kulit kita membaharu dengan lebih laju dari biasa. Seperti kulit remaja :)

Youth Activating Serum semestinya produk yang sangat recommended dalam koleksi YOUTH.


10 kali ganda kepekatan YOUTH Complex di dalam YOUTH Activating Serum


Baca juga:

7 Sebab Memilih YOUTH Skincare Shaklee
Apa itu YOUTH Complex dan fungsi setiap bahan di dalam YOUTH
Penerangan Setiap Produk di Dalam YOUTH Skincare
Koleksi testimoni YOUTH Skincare



Berminat dengan YOUTH? Klik gambar di bawah untuk menghubungi kami:


Continue Reading

September 24, 2018

7 Sebab Memilih YOUTH Skincare Shaklee

Mengapa agaknya YOUTH Skincare Shaklee menjadi fenomena?

Sewaktu dilancarkan di US sekitar September 2017, stok terus habis pada hari yang sama! Di Malaysia pula, ia dilancarkan kepada umum pada Mac 2018 lalu. Dalam masa beberapa hari sahaja stok habis! Restock lagi habis. Restock lagi habis!

Alhamdulillah sekarang Shaklee dah restock semula dan masih ada stok untuk anda grab :)

7 Sebab Memilih YOUTH Skincare Shaklee
Rangkaian produk YOUTH Skincare Shaklee

7 Sebab Memilih YOUTH Skincare Shaklee


1. Berasaskan Tumbuhan Premium

  • Anggur Muscadine
  • Lotus Japonicus
  • Ekstrak Apple Stem Cell
  • Ekstrak Buah Schisandra Chinensis
  • Vital Repair+® Complex

Baca fungsi setiap bahan di dalam YOUTH ini di sini.



2. Berkesan - Terbukti 10 Tahun Lebih Muda Berdasarkan Indeks Usia Kulit


Indeks Usia Kulit dihasilkan secara klinikal oleh para Pakar Kulit bertaraf antarabangsa. Indeks Usia Kulit memberikan cara berasaskan fakta dan bukti klinikal untuk membuktikan kesan YOUTH terhadap penampilan dan usia kulit. Keputusannya adalah luar biasa!
  • Kedutan
  • Saiz pori
  • Tona kulit
  • Keanjalan
  • Tekstur kulit
  • Hiperpigmentasi
  • Keserian
  • Kekenduran

Berdasarkan Indeks Usia Kulit:
  • 100% pengguna YOUTH mempunyai kulit yang kelihatan lebih muda, dengan penambahbaikan hanya dalam 7 hari. 
  • 2 daripada 3 pengguna mempunyai perubahan kulit sedekad lebih muda dengan penggunaan yang berterusan.

Keberkesanan YOUTH Skincare

3. Bebas Dari 1,500 Bahan Berbahaya

Untuk menghasilkan produk yang berkesan, kita tidak perlu menggunakan bahan berbahaya. Semua produk Shaklee direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia yang berbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan seperti produk-produk lain.

SENARAI 1,500 BAHAN YANG TIDAK DIGUNAKAN DALAM FORMULASI YOUTH ADALAH TERLALU PANJANG UNTUK DISENARAIKAN. INILAH SEBAHAGIAN DARIPADANYA:

Lauril Sulfat/Laureth Sulfat, Pewangi Sintetik, Paraben, Pengawet Formaldehid, Resorsinol, Minyak Mineral/Paraffin/Petrolatum, Biji mikro (Plastik Mikro), EDTA, Ethanolamines (MEA/DEA/TEA), Benzofenon, Phthalates, Cyclosilicone, Sebatian ammonium kuartener, Quaternium-15, Hydroquinone, Pewarna Sintetik, Bahan-bahan dari haiwan, Lanolin, Propylene glycol, Logam Berat, Merkuri, Perak & Garam, Garam Barium, Pelarut, Toluene, Bahan Dorong Chlorofluorocarbon, Sebatian berfluorin, Tar Arang, Talkum, Gandum (Gluten)

• 100% vegan.
• Bahan semulajadi.
• Bebas kekejaman.



4. Mempunyai 8 Patent dan 8 tahun R&D

YOUTH Skincare Shaklee ialah sebuah revolusi. Dengan 8 patent, setiap produk YOUTH diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan, sama ada ianya cara hidup kita, kerosakan persekitaran, atau penuaan semulajadi. Hanya ada di Shaklee!


Baca juga: Penerangan Setiap Produk di Dalam YOUTH Skincare.

5. Hipoalergenik dan Boleh Digunakan Pada Kulit Sensitif


Schisandra Chinensis yang ada di dalam YOUTH Skincare Shaklee ini telah lama digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Jadi, ianya boleh digunakan pada kulit mereka yang ada Eczema & Psoriasis.


6. Non-comedogenic 

YOUTH tidak menyumbatkan liang pori


7. Diuji oleh Pakar

Diuji oleh Pakar Dermatologi (Pakar kulit)

YOUTH Skincare telah diuji oleh Pakar Oftalmologi (Pakar Mata). YOUTH Skincare tidak berbahaya pada mata.

Kesimpulan


Kesimpulannya, YOUTH Skincare:
  • Sangat semulajadi
  • Tiada bahan berbahaya
  • Memberi nutrisi kepada kulit dari luaran (supplement pula untuk dalaman)
  • Sangat selamat digunakan
  • Tetapi juga sangat efektif!

    Baca juga: Koleksi testimoni YOUTH Skincare Shaklee.



    Berminat dengan YOUTH? Klik gambar di bawah untuk menghubungi kami:


    Continue Reading