6 Cabaran Ibu Hamil



Berita paling gembira buat pasangan yang baru berkahwin ialah hamil. Itu adalah saat yang paling dinanti-nantikan bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin.

Tapi tak semua berpeluang untuk alami pengalaman manis itu.

Jika anda yang diberi peluang oleh Allah SWT, jagalah kandungan anda sebaik-baiknya.

Setiap kehamilan ada cabarannya tersendiri.

So, kali ni Nad nak share 6 CABARAN IBU HAMIL yang perlu anda ambil tahu dan kongsikan bersama pasangan anda.

Kenapa pasangan perlu ambil tahu juga?

Nad share based on pengalaman yang ibu hamil ini sangat memerlukan support daripada orang yang terdekat iaitu Suami. Share lah apa sahaja yang berlaku dengan suami even sekecil-kecil benda pun. Hehe

6 Cabaran Ibu Hamil


Cabaran 1 : Kekejangan Kaki

Cabaran 1 Kekejangan Kaki
Biasanya berlaku pada waktu malam dan pada lewat kehamilan. Ia boleh disebabkan oleh berat berlebihan yang anda tampung,  kekurangan nutrisi, terlalu aktif atau tidak cukup aktif.

Tips nak kurangkan kekejangan kaki:
  • Alaskan kaki dengan bantal
  • Buat regangan, gerakkan pergelangan kaki dan jari kaki anda
  • Kekal hidrasi
  • Pastikan pengambilan kalsium dan magnesium yang mencukupi


Cabaran 2 : Berat Badan Berlebihan

Cabaran 2 : Berat Badan Berlebihan

Nad sharekan juga carta BMI dan berapa jumlah berat badan yang ideal semasa hamil. Biasanya kalau pergi klinik, nurse akan bising kalau berat kita berlebihan ni. Sebab ia akan efek pada kandungan dan juga ibu hamil seperti kencing manis. Itu yang ada terpaksa minum air gula apabila tahap gula dalam darah menaik mendadak.


Tips untuk kurangkan rasa "craving" atau mengunyah :
  • Makan hidangan kecil dan kerap
  • Pilih makanan ringan yang sihat seperti protein dan buah
  • Anda hanya perlukan tambahan 300 kalori sehari sahaja.

Cabaran 3 : Keguguran Rambut
Cabaran 3 : Keguguran Rambut
Sesetengah wanita mengalami keguguran rambut akibat perubahan hormon atau nutrisi yang tidak seimbang

Tips nak kurangkan rambut gugur :
  • Gunakan syampu dan perapi rambut yang lembut.
  • Urutkan kulit kepala anda untuk merangsang peredaran darah.
  • Amalkan pemakanan sihat dan ambil vitamin pranatal anda seperti protein, zat besi, biotin, vitamin B dan Vitamin C

Nutrisi pranatal boleh memberikan perlindungan untuk folikel rambut anda dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Cabaran 4 : Perubahan Emosi
Cabaran 4 : Perubahan Emosi
Perubahan emosi boleh disebabkan oleh peningkatan hormin, tekanan dan keletihan. Ingat, kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal anda semasa hamil.

Tips :
  • Dapatkan tidur yang mencukupi.
  • Luangkan masa dengan pasangan anda.
  • Cuba senaman yoga untuk ibu hamil.
  • Ambil makanan berkhasiat dengan GI rendah.
  • Ambil vitamin pranatal anda seperti vitamin B, zat besi dan asid lemak.

Cabaran 5 : Jisim Tulang Berkurangan
Cabaran 5 : Jisim Tulang Berkurangan
Semasa hamil, bayi dalam kandungan anda perlukan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan rangka tulang terutamanya pada 3 bulan yang terakhir. Jika anda tidak mendapatkan kalsium yang mencukupi, bayi anda akan menyerap apa yang diperlukannya dari tulang anda.


Tips nak elakkan Osteoporosis :
  • Amalkan gaya hidup yang sihat - Jangan merokok atau minum
  • Lakukan senaman ringan.
  • Dapatkan kalsium dan mineral pembina tulang

Cabaran 6 : Mabuk Hamil

Cabaran yang dialami terutamanya pada peringkat awal kehamilan dan biasanya akan berlalu pada akhir trimester pertama. Ia disebabkan oleh perubahan hormon dan boleh menjejaskan pemakanan anda.



Tips nak kurangkan mabuk hamil :
  • Makan sedikit dan kerap.
  • Jika muntah, ambil air yang mencukupi.
  • Cuba teh pudina halia.
  • Ambil vitamin pranatal anda terutamanya vitamin B6 dan magnesium untuk bantu mengurangkan mabuk hamil anda.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh contact Nad yer. Hanya klik link dibawah


Post a Comment

0 Comments