October 04, 2018

Elak 5 Perkara Ini Jika Tidak Mahu Kulit Nampak Tua Sebelum Usia

Stress kan kalau umur masih muda, anak pula masih kecil, tapi dah ada yang melabelkan kita sebagai 'makcik'. Aduh, senyum kelat sajalah. Beruntunglah mereka yang nampak muda walaupun sudah bertambah usia.

Mengapa ada orang nampak tua dari usia sebenar, ada pula yang sebaliknya? Berita baik, kita boleh lakukan sesuatu! Kali ini, kami kongsikan 5 perkara yang perlu dielakkan jika tidak mahu kulit nampak tua sebelum usia. Rujukan daripada seorang Pakar Nutrisi.

Elak 5 Perkara Ini Jika Tidak Mahu Kulit Nampak Tua Sebelum Usia
Elak 5 Perkara Ini Jika Tidak Mahu Kulit Nampak Tua Sebelum Usia

Elak 5 Perkara Ini Jika Tidak Mahu Kulit Nampak Tua Sebelum Usia


1. Terdedah Kepada Sinaran UV


Struktur kulit manusia

Struktur kulit kita terbahagi kepada 3 lapisan iaitu
  • Lapisan kulit paling luar iaitu Epidermis: terdiri daripada sel kulit dan merupakan defense line pertama tubuh badan kita
  • Lapisan kedua iaitu Dermis: terdiri daripada Kolagen dan Elastin
  • Lapisan paling dalam iaitu Hypodermis: terdiri daripada lapisan lemak

Sinaran UV (ultra violet ray) pula terbahagi kepada 2 iaitu
  • UVA - menyerap jauh ke dalam Dermis lalu memecahkan Kolagen. Ia memainkan peranan besar pembentukan tanda awal penuaan seperti garis halus yang memakan masa 5 tahun untuk terbentuk secara semula jadi (peningkatan usia)
  • UVB - diserap di lapisan Epidermis lalu meningkatkan penghasilan pigment kulit kita (melanin). Tubuh kita menghasilkan melanin untuk meningkatkan daya tahan kulit kita terhadap sinaran UVB. Semakin lama kita terdedah tanpa perlindungan, semakin gelap pigmen kulit kita

Elakkan UVA dan UVB jika tidak mahu kulit nampak tua sebelum usia

Baca: Sunblock YOUTH Skincare Shaklee SPF 50 Broad Spectrum UVA UVB.
Baca: CoQ-Trol Plus Shaklee Sebagai Pelindung UV.

2. Pencemaran


Elakkan pencemaran jika tidak mahu kulit nampak tua sebelum usia

Pencemaran yang berlaku di sekeliling kita seperti pencemaran udara dan air sekaligus memainkan peranan untuk kecantikan kulit kita. Udara yang kotor mengandungi habuk dan kuman yang boleh menjadi punca pori kulit tersumbat. Air yang tidak bersih dicemari bakteria menjadi penggalak pertumbuhan jerawat di muka!

Terlalu lama berada di dalam bilik yang berhawa dingin juga adalah tidak sihat untuk kulit kita kerana ia penyumbang utama masalah kulit kering.

FUN FACT: Elakkan minum air yang dihidangkan di dalam kapal terbang walaupun air tersebut telah dimasak kerana 8 daripada 10 kapal terbang gagal dalam ujian kebersihan air yang dilakukan di dalam tangki kapal terbang tersebut kerana dicemari dengan E-coli dan Salmonella malah banyak lagi kuman dan bakteria! Minum lah air mineral yang telah dibotolkan kerana jurutebang sendiri melakukan perkara yang sama!

3. Pemakanan Tidak Seimbang


Elakkan pemakanan tidak seimbang jika tidak mahu kulit nampak tua sebelum usia

Diet dan pemakanan seimbang juga penyumbang utama kesihatan kulit kita. Pemakanan yang tinggi gula boleh menyumbang kepada penghasilan jerawat dan melemahkan elastisiti kulit kita! Minum lah air sekurangnya 8 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit di samping pengambilan minyak dan asid lemak yang sihat.

4. Tidak Cukup Tidur


Elakkan tidur yang tidak cukup jika tidak mahu kulit nampak tua sebelum usia



Kurang tidur juga dilabel sebagai ancaman kepada kesihatan kulit kita. Kita memerlukan 8 jam waktu tidur untuk kekal cergas dan optimum.

FUN FACT : Pembaharuan sel kulit terjadi sekitar jam 10 malam hingga jam 1 pagi berdasarkan kepercayaan orang Korea yang sememangnya berdisiplin dalam penjagaan kulit mereka.

5. Stress


Elakkan stress jika tidak mahu kulit nampak tua sebelum usia

Stress juga boleh menyumbang kepada tanda penuaan kulit. Jika kita selalu mengerutkan dahi, lama-kelamaan boleh jadi kedutan kekal dan menjadi semakin dalam! Senyumlah selalu :)

Baca: Kekal muda lebih lama dengan YOUTH Skincare.


Hubungi Nad di 012-2295680 atau Whatsapp untuk maklumat lanjut,


2 comments:

Terima kasih atas komen anda :)