Review Jujur Selepas 8 bulan Menggunakan YOUTH Skincare Shaklee

Assalamualaikum :) Harini Nad nak kongsikan dengan anda, review tentang YOUTH Skincare Shaklee yang Nad pakai sejak Februari 2018. Waktu tu Shaklee buka jualan untuk Business Leaders je, sebelum dibuka kepada orang ramai pada Mac 2018.

Review Selepas 8 bulan Menggunakan YOUTH Skincare Shaklee
Review Selepas 8 bulan Menggunakan YOUTH Skincare Shaklee

Review Jujur Selepas 8 bulan Menggunakan YOUTH Skincare Shaklee


Kulit Sebelum YOUTH

  • Kering tapi tak terlalu kering lah, sebab dah improve dari sebelum tu
  • Sunburn
  • Kurang cerah
  • Kurang seri
  • Kulit tak sekata 
  • Whiteheads di hidung

Jadi, apa yang Nad dah alami sejak guna YOUTH ni?

Review Selepas 8 bulan Menggunakan YOUTH Skincare Shaklee


First Impression


1. Bau Cleanser, Toner, dan Night Cream Light dia fresh, wangi
2. Design cantik dan smart! I love minimal design dan warna putih :)
3. Bekas dia canggih!

Pengalaman Selepas Mula Guna


Mula-mula pakai, immediately rasa kulit makin lembap. Even waktu tak pakai apa-apa kat muka! Best sangat, sebab kulit tak rasa tegang lepas wudu'. Rasa selesa! Tapi selepas tu,

  • Ada fasa rasa macam makin gelap
  • Ada fasa keluar jerawat besar sangat yang tak pernah kena sebelum ni
  • Ada fasa keluar jerawat halus-halus
  • Ada fasa blackhead keluar dengan sendiri

Tapi semua ni tak lama. Ia pergi bak angin lalu. Hehe.

Selepas 8 Bulan Menggunakan YOUTH


Finally, rasa kulit muka improve sangat!
  • Kulit lembap
  • Semakin cerah
  • Lebih berseri 
  • Jerawat dan parut jerawat cepat hilang
  • Kulit lebih sekata
  • Rasa confident keluar bare-faced :D 
  • Dan yang terbaru, bila pakai sekali dengan YOUTH Cleanse & Firm Device tu, kulit dah bersih dari Whiteheads!
  • Kebanyakan item dalam set tu BARU HABIS! Jimat sungguh! Moisturizer & Radiance C+E tak habis-habis lagi sampai sekarang. Haha.

Perbandingan Sebelum dan Selepas YOUTH


Review Selepas 8 bulan Menggunakan YOUTH Skincare Shaklee

Gambar kiri setahun lepas. Nak keluar jalan-jalan di Melaka masa tu. Pakai foundation dan bedak Mary Kay.

Yang kanan, gambar selepas 8 bulan guna YOUTH Skincare. Pakai Moisturizer SPF 50 Youth je. Lama dah tak berbedak apatah lagi ber foundation. Bibir pun pakai Faraa Lip Butter je. Semua natural. Macam ni lah sekarang ni kalau nak keluar. Lebih selesa, jimat masa bersiap :D

Dua-dua gambar guna iPhone, lighting mengadap sliding door waktu cerah. Tiada filter.

Gambar kanan tu actually ada jerawat kat pipi kanan. Maybe sebab kurang minum air. Tapi cepat kecut. Yang pipi belah kiri tu bekas jerawat tapi cepat sangat pudar parut bila apply Radiance C+E tu. Serius!

Pandangan Peribadi


Secara peribadi, Nad rasa lega takyah pakai foundation atau bedak untuk keluar. Sebab senang nak solat lepastu. Tak perlu tonyoh muka lagi untuk remove foundation.

Moisturiser YOUTH ni pun skali dengan sunscreen yang tak perlu remove dengan oil cleanser atau oil-based makeup remover. Cukup bilas dengan air saja sebab tak waterproof. InshaAllah sangat-sangat wudu’ friendly.

Memang niat pakai pun sebab nak sihatkan kulit, so that tak perlu makeup. Sebab Nad pernah ada pengalaman pakai eyeliner yang tak betul-betul hilang lepas remove. Lama lepastu baru perasan. Sebab rumit sikit kan area bulu mata tu. Sejak pada tu insaf sangat. Tak pakai dah eyeliner sampai sekarang. Now kalau keluar, pakai Moisturizer YOUTH, brow liner nipis-nipis, dan lip butter je. So, kalau nak solat, tinggal nak remove brow liner je. Nad aim lepas ni tak perlu pakai apa-apa langsung kat muka tapi tetap confident. Hihi.

Kenapa Mula-mula Pakai Makin Teruk Dulu?


Tak semua orang macam ni. Ada orang kulit memang dah okay, terus improve je. Ada orang tak ok dulu lepastu baru ok. Apa yang Nad boleh cakap, dia macam ambil supplement jugak lah. Ada orang terus dapat result yang best lepas amalkan supplement. Ada orang dia macam sakit dulu baru lepastu terus sihat. Nad start makan supplement dulu pun sama jugak. Seminggu pertama tu pening-pening. Sebab Nad memang ada tekanan darah rendah, selalu pitam sejak sekolah, dan bermacam-macam lagi lah. Hehe.

Yang bestnya YOUTH ni,  dia rawat kulit. Dia percepatkan proses renew kulit kita, beri nutrisi pada kulit kita. So lapisan dalam tu akan keluar (kulit sebenar yang sihat). So yang mana ada jeragat kat dalam kulit tu, dia akan keluar dulu. Then baru hilang semuanya. Kalau bukan dengan YOUTH, sampai bila nak simpan hat dalam tu kan? :)

Baca: Semua Tentang YOUTH Skincare Shaklee.

Sekian saja review jujur selepas 8 bulan guna YOUTH Skincare. Moga bermanfaat untuk anda yang sedang berkira-kira tu :)

Salam Sayang,
Nadiah Suhaidi aka #PuanNadxoxo

Post a Comment

1 Comments

  1. Suka baca. Memang lain macam best guna skincare natural macam Youth ni. Masa nak keluarkan RM1k+ untuk full set tu terketar2 tangan. Tapi bila dah guna, rasa macam harganya patut lebih dari tu. Haha :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)