October 03, 2018

Nad's Braces Journey - 7 Tips Cepatkan Pergerakan Gigi Ketika Memakai Braces

7 Tips Cepatkan Pergerakan Gigi Ketika Memakai Braces
7 Tips Cepatkan Pergerakan Gigi Ketika Memakai Braces

Tadi Nad pergi monthly checkup dengan Dentist (Ortho). Bila nak potong wire yang lebih tu, panjang sungguh. Padahal baru potong 3 minggu lepas. Hehe. Dentist kata gigi Nad cepat gerak. Nad pun rasa macam tu :) Now dah 9 bulan pakai braces. Macam mana dah rupa gigi Nad?

Nad's Braces Journey - 9 months update :)

Ha, begitulah rupa dia. Hihi. Kali ni kena pasang power chain belah bawah pulak. Bulan lepas pasang power chain kat atas. Serius sakit! Haha. Seminggu jugak baru dapat makan macam biasa. Pastu pulak minggu ke-4 dia jadi sakit balik. Sakit ni bagus je sebenarnya. Tandanya gigi kita bergerak.

Good news is, gigi taring Nad yang tinggi tu dah turun setara dengan gigi yang lain. Tinggal nak betulkan posisi dia je.

So kali ni Nad nak share tips macam mana nak cepatkan pergerakan gigi ketika memakai braces ni. Keep reading!

7 Tips Cepatkan Pergerakan Gigi Ketika Memakai Braces


1. Ambil Supplement Kalsium


Tips pertama yang terpaling penting yang Nad suggest pada anda ialah, sila ambil supplement Kalsium. Why? Bukan sebab Nad jual supplement ya.

Sebelum Nad pakai braces, Nad dah study macam mana braces buat gigi bergerak. Kesimpulannya, Kalsium ialah nutrien yang sangat penting untuk pergerakan gigi. Biasanya, kanak-kanak akan ambil masa lebih pendek untuk lengkapkan rawatan braces, sebab bone density mereka kebanyakannya lebih tinggi berbanding orang dewasa.

Sebagai ibu yang telah hamil 3 kali, beranak 3 kali, dan menyusu non-stop selama hampir 8 tahun untuk ketiga-tiga anak ini, dan usia masa pakai braces pun dah 33 tahun, bukan 13 tahun, semestinya sangat memberi kesan ke atas bone density Nad. Sebab itu kita tak pelik kalau ibu-ibu ni mudah sakit-sakit badan, lenguh-lebuh pinggang. Itu tandanya kurang Kalsium :)

Jadi, kita kena make sure pengambilan Kalsium seharian kita cukup untuk cepatkan pergerakan gigi. Untuk itu, setiap malam sebelum tidur, Nad akan ambil Ostematrix Shaklee. Bukan saja untuk percepatkan pergerakan gigi, tetapi kalau time sakit tu, sangat membantu untuk melegakan. Sebab Kalsium dan Magnesium dalam Ostematrix Shaklee ni bantu untuk legakan otot kita yang sedang kesakitan.

Nad pilih Ostematrix Shaklee sebab ia semulajadi dan sangat berkesan. Sebab dalam tu bukan ada Kalsium je, tapi ada mineral lain yang akan make sure Kalsium tu diserap secara optimum. Barulah dapat kesan optimum juga. Buat apa ambil supplement dos tinggi-tinggi akhirnya badan tak serap habis pun ;) Ostematrix Shaklee is my favourite untuk support kehidupan Nad sebagai seorang ibu sejak 2011.

Baca: Apa Itu Ostematrix Shaklee?

2. Ambil Supplement Vitamin C


Vitamin C ni sangat penting untuk kesihatan gusi. Bila gusi kita sihat, gigi kita lebih mudah bergerak.

Selain tu, bila pakai braces ni, kita mudah jugak kena ulcer. Tapi, apabila badan kita cukup Vitamin C, sistem imun kita lebih kuat. Tak mudah kena ulcer. Alhamdulillah so far 9 bulan pakai braces ni, tak pernah lagi kena ulcer yang sakit gila dan melarat. Kalau ada pun sikit saja dan cepat baik. Sebab Vitamin C bantu pulihkan luka jugak :)

Pilihan Nad, of course Vitamin C Shaklee. Nad dah consume sejak 2010 lagi. No more resdung, hidung asyik sok sek sok sek, kulit kusam. In fact, semua orang perlukan Vitamin C ni, sebab badan manusia tak boleh hasilkan Vitamin C macam haiwan. Bulan ni Shaklee ada promosi Vitamin C. Inilah masa terbaik kalau nak try :)

Baca: Apa Itu Vitamin C Shaklee?

Tips Cepatkan Pergerakan Gigi Ketika Memakai Braces: Ambil Supplement Vitamin C

3. Rajin Urut Gusi Dengan Lidah


Kalau nak cepatkan pergerakan gigi ketika memakai braces, kat mana gigi kena betulkan tu, rajin-rajinlah tekan-tekan dengan lidah kat gusi tu. InshaAllah cepat gerak gigi tu. Selain tu, rasa selesa jugak bila tengah sakit kalau diurut dengan lidah kat gusi tu :)

4. Rajin Bersihkan Gigi


Tips seterusnya untuk cepatkan pergerakan gigi ketika memakai braces, kenalah rajin-rajin bersihkan gigi. Kena rajin gosok gigi, dan kena lama sikit gosok dari orang yang tak pakai braces. Almaklumlah bila pakai braces ni, sebenarnya senang makanan nak terperangkap. Kalau tak bersihkan betul-betul, masalah lain pulak datang nanti. Bila gosok gigi ni, kita juga macam urut gusi kita tu sekali. So inshaAllah lebih cepatlah gigi tu bergerak.

5. Tekun Jumpa Dentist Mengikut Jadual Yang Ditetapkan


Ha! Yang ni kena disiplin. Lebih disiplin kita jumpa Dentist, lebih cepat habis rawatan braces. Lebih pendek masa kesakitan. Hehe. Tips dia ialah, kena tandakan tarikh-tarikh appointment. Paling senang, tulis je dalam handphone kita yang smart itu. Nad tulis dalam apps Notes je. Siap tulis sekali berapa RM bayaran yang dah bayar, warna getah, dan apakah yang Dentist lakukan masa appoinment tu contohnya: pasang power chain, cabut gigi. So, kat situ dah jadi simple diary untuk kita kenang Braces Journey kita :)

Kadang-kadang, Nad akan tengok balik arca gigi sebelum pasang braces and be amazed on how far my teeth have progressed :") Dari situ Nad akan tambah bersemangat lagi untuk teruskan rawatan braces ni :)

6. Fahami Bagaimana Braces Berfungsi


Seterusnya, kita kena fahamkan macam mana braces berfungsi, ambil tahu apa nama-nama parts yang Dentist pasang pada gigi kita, apa fungsi dia, etc. So that, bila kita rasa sakit masa pakai braces ni, kita tahu apa yang sedang berlaku dalam mulut kita ni. Dan kita pun takdelah stress sangat. Rasa bahagia bila sakit = means gigi sedang bergerak ke tempat yang sepatutnya :)

7. Niatkan Sewaktu Makan Supplement


Dan last but not least, tapi sangat penting juga, bila kita consume supplement tu, make sure kita niatkan yang gigi kita mudah bergerak seperti yang sepatutnya. Ini sebahagian dari doa dan mindset yang positif. Mungkin ramai yang tak perasan hal ni. Tetapi ianya sebenarnya powerful sangat! Sebab ia akan effect minda bawah sedar kita. Dan ia akan effect macam mana badan kita berfungsi sebenarnya :)


Ok, itulah dia tips yang dapat Nad kongsikan kali ni. Semua ni Nad memang apply tau. Harap bermanfaat untuk kalian. Kalau anda apply tips ni, please let me know by commenting below ya. Kalau ada extra tips jugak, boleh share sekali dengan Nad :)

Thanks for reading!

Love,
#PuanNadxoxo

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)