November 27, 2018

November 26, 2018

Perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian kepada ahli keluarga terdekat.

Perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian kepada ahli keluarga terdekat.

Alhamdulillah semalam Allah berikan peluang dan kesempatan untuk belajar dari ibu mentua yang berpengalaman menguruskan jenazah selama lebih 10 tahun bersanad (menuntut dari anak murid Tuan Guru Ustaz Harun Din).

Berikut ialah perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian kepada ahli keluarga terdekat.

😔 SEJURUS SELEPAS JENAZAH MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR:

1. Selawat 3 kali, raut muka jenazah dari atas ke bawah supaya mata jenazah tertutup rapat

2. Panggil doktor untuk mengesahkan kematian

3. Setelah kematian disahkan, bawa IC arwah ke balai polis untuk melaporkan kematian. Polis akan melihat keperluan post-mortem


😔 SEBELUM TETAMU DATANG:

PERSEDIAAN PEMBARINGAN

1. Ambil tilam saiz single, letak di ruang tamu untuk dijadikan pembaringan. Alaskan tilam tersebut dengan alas tilam kalis air atau plastik. Kalau tiada plastik, boleh ambil plastik alas meja

2. Letakkan bantal di atas tilam

3. Ambil minyak attar dan letakkan pada tilam untuk menutup bau jenazah


😔 PERSEDIAAN JENAZAH

1. Pergi kepada jenazah, potong pakaiannya. Jika jenazah memakai kain, jika kain tersebut boleh dilurutkan, boleh lurutkan sahaja

2. Tutup jenazah dengan kain batik lepas*

3. Ambil tuala kecil, lapkan muka dan seluruh badan jenazah menggunakan air suam. Jenazah mengeluarkan peluh yang melekit dari manusia biasa ketika menghadapi sakaratul maut

4. Ambil minyak zaitun, urut pada siku, jari-jari tangan dan kaki, lutut. Secara mudahnya, semua sendi yang ada. Ini untuk memastikan sendi tidak mengeras

5. Pakaikan serkup kepala kepada jenazah wanita

6. Ambil kain (seeloknya putih) - potong, ikatkan pada dagu dan simpulkan pada atas kepala supaya mulut tidak terbuka

7. Qiamkan tangan jenazah, ikatkan menggunakan potongan kain tadi

8. Ikat juga pada lutut (bawah sedikit)

9. Potongan kain lebih kecil, ikatkan pada kedua ibu jari kaki supaya kaki rapat

10. Letakkan jenazah di pembaringan

11. Jika terdapat najis, bersihkan

12. Tutup dengan kain batik lepas dari dada hingga ke hujung kaki, tutup muka dan leher dengan kain tudung segi empat

*Jika tiada kain batik lepas, ambil kain batik biasa, potong pada bahagian berjahit. Buang juga bahagian berjahit tersebut.


😔 BARANGAN YANG PERLU DISEDIAKAN UNTUK URUSAN SETERUSNYA

1. 4 helai kain batik lepas (untuk jenazah wanita) / kain pelikat (untuk jenazah lelaki)
2. 2 helai tuala mandi yang nipis dan tidak besar (seperti tuala bayi)
3. Sehelai telekung putih (bahagian atas sahaja)
4. 1 helai serkup kepala (untuk jenazah wanita)
5. Sikat
6. Celak mekah (untuk jenazah wanita)
7. Bedak sejuk (untuk jenazah wanita)
8. Minyak attar

Perkara-perkara di atas penting untuk memastikan jenazah di dalam keadaan terjaga maruahnya. Kerana ada kes apabila bilal mandi jenazah datang, terkejut melihat mata jenazah masih terbuka, rambut mengerbang tak terurus, kaki tangan keras, dan berbau. Nauzubillah.

Semoga bermanfaat. Mohon sampai-sampaikan kepada orang lain. Saya percaya masih ramai lagi masih kurang arif tentang hal ini.

InshaAllah minggu hadapan, saya kongsikan pula apakah persediaan untuk mandi jenazah.

Nadiah Suhaidi
Juga bakal jenazah.
Continue Reading

November 25, 2018

Perlu turunkan berat badan yang berlebihan?



Berdasarkan kajian, minyak ikan Omega-3 membantu menguruskan badan dengan 4 cara di bawah:

1. Rasa lebih kenyang.

Satu kajian menunjukkan minyak ikan Omega-3 dapat membuatkan rasa lebih kenyang, untuk mereka yang sihat yang sedang 'on diet'.

2. Meningkatkan metabolisma.

Minyak ikan Omega-3 dapat meningkatkan metabolisma seterusnya membantu membakar lebih banyak kalori setiap hari, maka akan meninggikan potensi penurunan lebih banyak berat badan.

3. Membakar lebih kalori dan lemak apabila bersenam.

Minyak ikan Omega-3 dapat membantu meningkatkan pembakaran jumlah kalori dan lemak sewaktu bersenam.

4. Menghilangkan lebih banyak lemak dan mengecilkan saiz badan.

Minyak ikan boleh membantu mengurangkan lebih banyak lemak dan ukur lilit badan. Badan nampak lebih kecil.

Di Shaklee, minyak ikan Omega-3 ialah Omega Guard.


Promosi Omega Guard

Berita baiknya ialah, Omega Guard sesuai diambil oleh ibu ketika berpantang, menyusu, malahan sebenarnya sangat disarankan untuk ibu hamil kerana manfaatnya yang sangat meluas.

Manfaat Omega-3 untuk Ibu Hamil


Manfaat Omega-3 untuk Bayi



Berminat untuk mencuba Omega Guard Shaklee?

Hubungi Kami

Your Certified Shaklee Product Consultant
MSE Legacy Sdn Bhd

COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Recycle Kotak Shaklee

Recycle Kotak Shaklee
Bergambar sebelum hantar barang nak recycle
Semalam, Nad hantar kotak Shaklee yang boleh recycle ke Sales Gallery SP Setia Alam Sari. #TripleZ pun belajar sama apa barang yang boleh recycle. Seronok mereka tolong angkat kotak Shaklee penuh boot. Kat seat belakang pun ada 😁
Recycle Kotak Shaklee
Bergambar selepas siap punggah barang Recycle

Dah masuk sales gallery tu, Ummi Abi pun usha projek baru dalam Alam Sari. Berangan itu free. Hehe.


Kids paling seronok sebab ada play area. Siap ada beberapa staff mereka yang memang khas untuk layan kids main. Uniform mereka pun lain sikit.

Recycle Kotak Shaklee
Ziyani leka main

Sales Gallery pun cepat siap. Dan dah cantik dalam Alam Sari, penuh dengan pokok-pokok cantik comel-comel. Geram tengok.

Patutlah SP Setia jadi developer #1 tahun 2017 👍🏼
Continue Reading

November 23, 2018

Home Office

Home Office
Home Office
Bisnes dari rumah?

Nad suggest anda sediakan Home Office.

Nad mula menyediakan Home Office untuk bisnes Shaklee sejak tahun 2012. Ia membantu bisnes berkembang sangat pesat hingga tahun seterusnya itu Nad telah berjaya mencapai pangkat tertinggi.

Mengapa perlu Home Office?

1. Supaya ada mindset untuk bekerja apabila berada di dalam Home Office
2. Lebih fokus melakukan urusan bisnes
3. Lebih seronok dan produktif

Tips menyediakan SOHO.

1. Pilih bilik tertutup supaya dapat fokus tanpa gangguan
2. Ada meja untuk letakkan laptop / komputer dan menulis
3. Ada whiteboard untuk menulis target (berubah setiap bulan), untuk kita sentiasa lihat untuk aktifkan minda separa sedar
4. Letakkan juga Vision Board kita untuk target kurang dari 5 tahun ke hadapan (sangat penting!)
5. Hiaskan mengikut kreativiti dan minat kita, termasuklah pencapaian-pencapaian kita dalam bisnes sebelum ini

Nad share sedikit inspirasi Home Office untuk anda visualise Home Office anda pula 😊

Tema Biru

Tema Putih

Tema Wanita

Tema Putih

Tema Putih

Tema Pink

Tema Biru Muda

Tema Biru

Tema Biru

Tema Putih


Semoga bermanfaat.
❤️
Nadiah Suhaidi
#PuanNadxoxo
Continue Reading

10 Sumber Makanan Tinggi OMEGA-3

10 Sumber Makanan Tinggi OMEGA-3


Asid lemak Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat untuk badan dan otak kita. Banyak kajian dan pakar kesihatan  mengesyorkan minimum pengambilan 250-500 mg omega-3 sehari untuk orang dewasa yang sihat.

Kita boleh mendapatkan lemak omega-3 yang tinggi dari ikan berlemak, alga dan beberapa makanan tumbuhan tinggi lemak.

Amir nak kongsikan senarai 10 Sumber Makanan Tinggi Omega-3.

1. Ikan Mackerel (4,107 mg setiap hidangan)

10 Sumber Makanan Tinggi OMEGA-3

Ikan Mackerel adalah ikan kecil yang berlemak. Di negara-negara Barat, masakan yang biasa adalah dipanggang dan mudah dimasak.

Ikan ini sangat kaya dengan nutrien, setiap 100 gram mempunyai 5,134 mg Omega-3.


2. Ikan Salmon (4,023 mg setiap hidangan)
10 Sumber Makanan Tinggi OMEGA-3

Ikan Salmon adalah salah satu makanan paling banyak nutrien di planet ini. Ia mengandungi protein berkualiti tinggi dan pelbagai nutrien, termasuk magnesium, kalium, selenium dan vitamin B.

Kajian menunjukkan bahawa orang yang sering makan ikan berlemak, seperti salmon, mempunyai risiko penyakit yang lebih rendah seperti penyakit jantung, demensia dan kemurungan.

Kandungan Omega-3 bagi ikan salmon ialah 4,023 mg dalam separuh fillet masak, salmon Atlantik ternak.


3. Ikan Herring (3,181 mg setiap hidangan)
10 Sumber Makanan Tinggi OMEGA-3

Ikan Herring adalah ikan bersize sederhana dan berminyak. Ia biasanya diproses secara jeruk atau dimasak, kemudian dijual sebagai makanan ringan tin.

Ikan Herring panggang adalah makanan sarapan popular di negara-negara seperti England, di mana ia disajikan dengan telur dan dipanggil kippers.

Kandungan Omega-3 bagi ikan herring ialah 3,181 mg setiap fillet herring Atlantik mentah.


4. Ikan Sardin (2,205 mg setiap hidangan)
10 Sumber Makanan Tinggi OMEGA-3

Ikan sardin adalah ikan yang sangat kecil dan berminyak yang biasa dimakan sebagai starter, snek atau makanan istimewa.

Mereka sangat berkhasiat, terutama apabila dimakan secara keseluruhan. Ia mengandungi hampir setiap nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda.

Satu cawan (149 gram) sardin yang ditapis menyediakan vitamin B12, vitamin D dan selenium.
Kandungan Omega-3 bagi ikan sardin ialah 2,205 mg setiap 200 gram.


5. Kaviar (1,086 mg setiap hidangan)
10 Sumber Makanan Tinggi OMEGA-3

Kaviar terdiri daripada telur ikan, juga dikenali sebagai roe.Secara umumnya dianggap sebagai makanan mewah, kaviar paling sering digunakan dalam kuantiti yang kecil sebagai starter atau hiasan.

Kaviar mempunyai tinggi choline dan sangat rendah dalam asid lemak omega-6. Kandungan Omega-3 bagi kaviar ialah 1,086 mg setiap sudu (14.3 gram).


6. Tiram (565 mg untuk 6 ekor)
10 Sumber Makanan Tinggi OMEGA-3

Tiram adalah antara makanan yang paling berkhasiat yang boleh dimakan. Malah, ia mengandungi lebih banyak zink berbanding makanan lain di bumi ini.

Tiram biasanya dimakan sebagai pembuka selera, makanan ringan atau makanan keseluruhan. Tiram mentah adalah makanan istimewa di banyak negara.

Kandungan Omega-3 ialah 565 mg dalam 6 ekor tiram mentah.


7. Flax Seed (2,338 mg setiap hidangan)
10 Sumber Makanan Tinggi OMEGA-3

Flax seed adalah biji coklat atau kuning kecil. Ia digunakan untuk membuat minyak.Biji-bijian ini adalah sumber makanan keseluruhan yang paling kaya dengan asid alpha-linolenic omega-3 (ALA). Oleh itu, minyak flax seed sering digunakan sebagai suplemen omega-3.

Flax seed juga sangat tinggi dalam serat, vitamin E, magnesium dan nutrien lain.
Ia mempunyai omega-6 yang besar kepada nisbah omega-3 berbanding dengan biji tumbuhan yang paling berminyak.

Kandungan Omega-3 bagi flax seed ialah 2,338 mg setiap sudu (14.3 gram) biji keseluruhan.


8. Chia Seed (4,915 mg setiap hidangan)
10 Sumber Makanan Tinggi OMEGA-3

Chia seed sangat berkhasiat - ia kaya dengan mangan, kalsium, fosforus dan pelbagai nutrien lain. Satu hidangan 28 gram standard benih chia mengandungi 4 gram protein, termasuk semua lapan asid amino penting.

Kandungan Omega-3 bagi chia seed ialah 4,915 mg setiap auns (28 gram).


9. Kacang Walnut (2,542 mg setiap hidangan)
10 Sumber Makanan Tinggi OMEGA-3

Kacang walnut ini sangat berkhasiat dan dimuatkan dengan serat. Ia juga mengandungi jumlah mangan, vitamin E dan sebatian penting.

Pastikan anda tidak mengupas kulit coklatnya (bukan kulit keras), kerana ia mengandungi sebahagian besar antioksidan phenol walnuts - yang menawarkan manfaat kesihatan yang penting.

Kandungan Omega-3 bagi kacang walnut ialah 2,542 mg setiap auns (28 gram).

10. Kacang Soya (1,241 mg setiap hidangan)
10 Sumber Makanan Tinggi OMEGA-3

Kacang soya adalah sumber serat dan protein sayuran yang baik.Ia juga mengandungi sejumlah besar nutrien lain, termasuk riboflavin, folat, vitamin K, magnesium dan kalium.

Kandungan Omega-3 bagi kacang soya ialah 1,241 mg dalam cawan 1/2 (86 gram) kacang soya yang dikeringkan.

Kesimpulannya, agak mudah untuk mendapatkan banyak omega-3 dari makanan keseluruhan. Omega-3 memberikan banyak manfaat kepada tubuh anda, seperti memerangi keradangan, penyakit Alzheimer dan kanser.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak mampu makan makanan ini seperti contoh diatas dan anda rasa  kemungkinan anda kurang pengambilan omega-3. Anda boleh pertimbangkan untuk mengambil suplemen omega-3.


Omega Guard Shaklee

Berminat untuk mencuba Omega Guard Shaklee?

Hubungi Kami


Your Certified Shaklee Product Consultant
MSE Legacy Sdn Bhd

COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia


Continue Reading

November 22, 2018

10 Tanda Awal Meroyan / Postpartum Depression (PPD)

10 Tanda Awal Meroyan / Postpartum Depression (PPD)
10 Tanda Awal Meroyan / Postpartum Depression (PPD)

10 Tanda Awal Meroyan / Postpartum Depression (PPD):


1. Emosi negatif lebih dari 2 minggu selepas bersalin

2. Kerap menangis (kadangkala tanpa sebab)

3. Mudah marah / panas baran

4. Hilang minat pada perkara yang biasanya menyeronokkan

5. Rasa kosong, tidak bersemangat melalui hidup

6. Merasakan diri sendiri ibu yang teruk (A bad mom)

7. Perubahan corak tidur - mengalami kurang atau lebih banyak tidur dari biasa

8. Perubahan corak pemakanan - tidak lalu makan atau 'tidak berhenti' makan

9. Perubahan besar dalam hidup yang menambahkan lagi tekanan seperti kehilangan orang tersayang, bergaduh dengan pasangan

10. Terlintas untuk membunuh diri / bayi


10 Tanda Awal Meroyan / Postpartum Depression (PPD)

Cara Mengatasi Meroyan

1. Luahkan kepada seseorang yang dipercayai

2. Amalkan pemakanan sihat ketika berpantang

3. Tulis diari tentang apa yang dialami

4. Keluar dari rumah untuk rasa suasana berbeza dari rutin berpantang, lihat pemandangan berbeza, dan hirup udara segar di luar

5. Support system - dapatkan bantuan untuk uruskan rumah, anak-anak, dan diri ibu berpantang. Confinement Lady sangat membantu. Pasangan juga wajib ambil bahagian supaya ibu dapat fokus dan enjoy dengan bayi baru

Kajian juga menunjukkan bahawa, pengambilan Omega-3 ketika kehamilan boleh membantu mengurangkan meroyan.

Omega Guard Shaklee
Kelebihan Omega Guard Shaklee
Omega Guard Shaklee mengandungi Omega-3 yang tinggi berbanding supplement minyak ikan di pasaran. Ia juga sangat tulen dan bebas dari logam berat bahaya yang biasa didapati di dalam ikan-ikan besar.

Berminat untuk mencuba Omega Guard Shaklee?

Hubungi Kami

Your Certified Shaklee Product Consultant
MSE Legacy Sdn Bhd

COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

November 21, 2018

Manfaat Omega-3 untuk Otak

Manfaat Omega-3 untuk Otak

Otak kita mengawal setiap sistem dalam badan kita. Tanpa otak yang sihat, jantung tidak akan dapat mengepam darah, kaki tidak dapat berjalan dan kita tidak berfungsi dengan normal. Salah satu kunci untuk otak kita berfungsi dengan betul dalam tubuh adalah asid lemak omega-3 dan ia mula berkuat kuasa dari kali pertama kita dilahirkan. 

Pakar Pemakanan dari Universiti Texas di Austin mendedahkan bahawa lemak omega-3 adalah antara bahan utama untuk sel-sel saraf. 

Tahukah anda? 

Omega-3 adalah lemak penting, dimana tubuh badan kita tidak boleh menghasilkan dengan sendirinya. Jadi ia perlu diperoleh melalui makanan atau suplemen. 

Manfaat Omega-3 untuk Otak - Meningkatkan Aliran Darah

Manfaat Omega-3 untuk Otak
Manfaat Omega-3 untuk Otak - Meningkatkan Aliran Darah
Omega-3 membantu meningkatkan aliran darah ke otak dan meningkatkan memori anda secara konsisten. 


Manfaat Omega-3 untuk Otak - Mengurangkan Tekanan dalam Sel-sel Otak

Manfaat Omega-3 untuk Otak
Manfaat Omega-3 untuk Otak - Mengurangkan tekanan dalam sel-sel otak.
 Manfaat Omega-3 untuk Otak - Menguatkan Hubungan Antara Sel-Sel Otak


Manfaat Omega-3 untuk Otak
Manfaat Omega-3 untuk Otak - Menguatkan hubungan antara sel-sel otak

Manfaat Omega-3 untuk Otak - Mengurangkan Tahap Plak

Manfaat Omega-3 untuk Otak
Manfaat Omega-3 untuk Otak - Mengurangkan Tahap Plak
Jadi apa yang berlaku jika kita kekurangan omega-3? 

"Kekurangan asid lemak esensial omega-3 boleh memberi kesan negatif terhadap struktur dan fungsi sel-sel otak yang dipanggil neuron," jelas Joe Maroon, Profesor Neurologi Klinikal di University of Pittsburgh. Beliau berkata lagi, memberikan asid lemak omega-3 yang penting dapat memperbaiki aliran darah dan pembentukan sel-sel otak baru. 

Sekarang sudah ada cara mudah untuk mendapatkan lebih banyak omega-3 dalam makanan. Garis panduan yang disarankan adalah untuk mengambil pelbagai jenis ikan dan kerang-kerangan sekurang-kurangnya dua kali seminggu, atau purata 250 hingga 500 miligram EPA dan DHA per hari. 

Sumber terbaik DHA dan EPA adalah makanan laut, terutama ikan berlemak seperti laju, ikan hering, makarel, tuna dan salmon.

Jika anda tidak mampu mengambil dari sumber makanan, anda boleh cuba ambil dari supplemen yang berada di pasaran.




Berminat untuk mencuba Omega Guard Shaklee?



MSE Legacy Sdn Bhd
012 229 5680 (Nadiah)
Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

November 20, 2018

November 19, 2018

Testimoni Omega Guard : Masalah Asthma Dan Endopain



Testimoni dari Puan Aein Ibrahim:

"Omega guard menjadi pilhan saya kerana

Ia dapat membantu masalah asthma saya dan juga dapat membantu masalah endo pain saya (endometriosis).

Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 ini baik untuk membantu melancarkan pernafasan dan juga membantu mengurangkan keradangan pada sendi/otot dalam badan kita. Pengambilan Omega-3 secara konsisten banyak membantu meningkatkan sistem imun badan, malah meningkatkan tahap kesihatan badan secara optimum.

Baca : Produk Info Omega Guard

Berminat untuk mencuba Omega Guard?

www.wasap.my/60122295680

011 2020 300 (Hotline)
012 229 5680 (Nadiah)
Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading