November 26, 2018

Perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian kepada ahli keluarga terdekat.

Perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian kepada ahli keluarga terdekat.

Alhamdulillah semalam Allah berikan peluang dan kesempatan untuk belajar dari ibu mentua yang berpengalaman menguruskan jenazah selama lebih 10 tahun bersanad (menuntut dari anak murid Tuan Guru Ustaz Harun Din).

Berikut ialah perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian kepada ahli keluarga terdekat.

😔 SEJURUS SELEPAS JENAZAH MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR:

1. Selawat 3 kali, raut muka jenazah dari atas ke bawah supaya mata jenazah tertutup rapat

2. Panggil doktor untuk mengesahkan kematian

3. Setelah kematian disahkan, bawa IC arwah ke balai polis untuk melaporkan kematian. Polis akan melihat keperluan post-mortem


😔 SEBELUM TETAMU DATANG:

PERSEDIAAN PEMBARINGAN

1. Ambil tilam saiz single, letak di ruang tamu untuk dijadikan pembaringan. Alaskan tilam tersebut dengan alas tilam kalis air atau plastik. Kalau tiada plastik, boleh ambil plastik alas meja

2. Letakkan bantal di atas tilam

3. Ambil minyak attar dan letakkan pada tilam untuk menutup bau jenazah


😔 PERSEDIAAN JENAZAH

1. Pergi kepada jenazah, potong pakaiannya. Jika jenazah memakai kain, jika kain tersebut boleh dilurutkan, boleh lurutkan sahaja

2. Tutup jenazah dengan kain batik lepas*

3. Ambil tuala kecil, lapkan muka dan seluruh badan jenazah menggunakan air suam. Jenazah mengeluarkan peluh yang melekit dari manusia biasa ketika menghadapi sakaratul maut

4. Ambil minyak zaitun, urut pada siku, jari-jari tangan dan kaki, lutut. Secara mudahnya, semua sendi yang ada. Ini untuk memastikan sendi tidak mengeras

5. Pakaikan serkup kepala kepada jenazah wanita

6. Ambil kain (seeloknya putih) - potong, ikatkan pada dagu dan simpulkan pada atas kepala supaya mulut tidak terbuka

7. Qiamkan tangan jenazah, ikatkan menggunakan potongan kain tadi

8. Ikat juga pada lutut (bawah sedikit)

9. Potongan kain lebih kecil, ikatkan pada kedua ibu jari kaki supaya kaki rapat

10. Letakkan jenazah di pembaringan

11. Jika terdapat najis, bersihkan

12. Tutup dengan kain batik lepas dari dada hingga ke hujung kaki, tutup muka dan leher dengan kain tudung segi empat

*Jika tiada kain batik lepas, ambil kain batik biasa, potong pada bahagian berjahit. Buang juga bahagian berjahit tersebut.


😔 BARANGAN YANG PERLU DISEDIAKAN UNTUK URUSAN SETERUSNYA

1. 4 helai kain batik lepas (untuk jenazah wanita) / kain pelikat (untuk jenazah lelaki)
2. 2 helai tuala mandi yang nipis dan tidak besar (seperti tuala bayi)
3. Sehelai telekung putih (bahagian atas sahaja)
4. 1 helai serkup kepala (untuk jenazah wanita)
5. Sikat
6. Celak mekah (untuk jenazah wanita)
7. Bedak sejuk (untuk jenazah wanita)
8. Minyak attar

Perkara-perkara di atas penting untuk memastikan jenazah di dalam keadaan terjaga maruahnya. Kerana ada kes apabila bilal mandi jenazah datang, terkejut melihat mata jenazah masih terbuka, rambut mengerbang tak terurus, kaki tangan keras, dan berbau. Nauzubillah.

Semoga bermanfaat. Mohon sampai-sampaikan kepada orang lain. Saya percaya masih ramai lagi masih kurang arif tentang hal ini.

InshaAllah minggu hadapan, saya kongsikan pula apakah persediaan untuk mandi jenazah.

Nadiah Suhaidi
Juga bakal jenazah.
Location: 38B, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

1 comment:

  1. BROKER TERPERCAYA
    TRADING ONLINE INDONESIA
    PILIHAN TRADER #1
    - Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
    - Sistem Edukasi Professional
    - Trading di peralatan apa pun
    - Ada banyak alat analisis
    - Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
    - Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
    Yukk!!! Segera bergabung di Hashtag Option trading lebih mudah dan rasakan pengalaman trading yang light.
    Nikmati payout hingga 80% dan Bonus Depo pertama 10%** T&C Applied dengan minimal depo 50.000,- bebas biaya admin
    Proses deposit via transfer bank lokal yang cepat dan withdrawal dengan metode yang sama
    Anda juga dapat bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover......

    Kunjungi website kami di www.hashtagoption.com Rasakan pengalaman trading yang luar biasa!!!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)