January 18, 2019

Alih Perhatian Anak dari Gadget Kepada Buku. Jom ke Kedai Buku Yang Tak Pernah Tutup


‘Hasil tangkapan’ masa first time pergi. Siap bawak balik kampung 😂

"Abang, BookXcess tu kan, dia buka 24 jam kan. Jomlah kita pi malam lepas dinner. Macam best je. Sejukkk.

Budak-budak dalam kereta mudah sikit terlelap. Kita bawak stroller siap-siap. Boleh kita pilih buku lama-lama. Hehehe."


Begitulah idea bernas seorang isteri. Kih kih kih.

Sebelum ni dah pernah pergi sana waktu siang. Seronok anak-anak pilih buku sendiri. Kalau boleh semua nak masuk dalam troli 


BookXcess berhantu sebab:

1. Buku import tapi murah gila
I think up to 90% off kot!

2. Buka 24 hours even on Public Holidays
Boleh pergi time anak tidur. Hehehe.


3. Ada promosi bulanan
Ada bulan tu Buy 5 FREE 1 book. Kat kaunter time nak bayar baru diorang bagitahu. So, kena tanyalah bulan ni promosi apa pulak time kalian sampai nanti ya.

4. Ada servis balut buku FREE
Elok kalau dapat hadiahkan buku yang best kat orang tapi jimat poket kita kan 😁


5. Kedai makan dalam BookXcess
Kut-kut lah tetiba anak kelaparan ke kan, boleh beli situ. Tapi dia tak buka 24 hours. Sampai pukul 11 malam je kut kalau tak silap.

6. Area luar BookXcess cantik
Very instagrammable. Hehe. Tapi kena pi siang la yang ni ye 📸

Kalau kalian nak ke sana waktu malam hingga midnight macam kami, make sure:

Masa baru sampai. 2 anak soleh/ah dah beradu
1. Bawa stroller / baby carrier
2. Pakai pakaian tebal sikit sebab sejuuukkk


Kedai ni online pun ada. Tapi lagi seronok kalau dapat pegang-pegang buku tu sendiri kan. And let the kids choose their favourite books to read 📚 Confirm depa rambang mata! Hehehe.

Waze saja BookXcess. Di Tamarind Square, Cyberjaya.



Nadiah Suhaidi
Suka bau buku 😋

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)