February 21, 2019

Tips Masuk ke Raudhah dan Dapat Beribadat Lama di Dalamnya (Khas Untuk Wanita)


Tips Masuk ke Raudhah dan Dapat Beribadat Lama di Dalamnya (Khas Untuk Wanita), Umrah Shaklee,

Dibawah ada perkongsian dari Kakak Chena yang menjadi kawan Nad semasa menunaikan umrah Shaklee baru-baru ini. Tips ini sangat membantu kami kerana maklumlah, tubuh badan kami yang kecil ini tidak mampu berasak-asak dengan jemaah dari negara lain.

--------

Izinkan chena berkongsi tips ini pada semua bakal tetamu Allah swt.

Kebiasaanya, tips ini boleh digunakan ketika lawatan ke Raudhah ketika malam hari. Untuk wanita, pintu masuk ke laluan Raudhah akan ditutup jam 11 malam
Jadi, masuklah at least pada jam 10.30 malam.

Ikutlah arahan askar wanita masjid nabawi. Ada beberapa tempat yang akan dilonggokkan sebelum masuk ke Raudhah. Kebiasaanya, jemaah diasingkan mengikut region bangsa. Contoh Asia seperti kita.

Ikut pengalaman Chena, chena suka memberi laluan kepada semua jemaah yang ada diruang menunggu untuk masuk ke dalam Raudhah. Jadi masa menunggu itu kita boleh solat sunat, mengaji dan berzikir. 

Biasanya jam 12.00 malam barulah jemaah mula kurang dan biasanya orang Asia adalah jemaah terakhir yang akan dipanggil masuk ke dalak Raudhah. Dan ikutilah masuk.

Kemudian, askar wanita akan menutup pintu utama Raudhah. Jadi kita tunggu dibelakang sehingga ada ruang untuk solat. Kita akan lihat jemaah semakin kurang dan ruang untuk beribadah semakin lapang.

Jadi, cari carpet hijau dan ambil masa ini untuk banyakkan solat sunat seperti solat sunat taubat, solat hajat, berdoalah dalam sujud, jika kita berdoa dengan mengangkat tangan, askar akan menganggap kita sudah habis dan akan disuruh keluar. 
Dan buatlah sujud syukur sebab Allah izinkan kita beribadat di taman syurga ini.

Masa ini, kita boleh solat sunat banyak kali tanpa asakan daripada jemaah lain. 
Solatlah dan berdoalah dengan tenang.

Bak kata kawan chena, solatlah sejuta kalipun.

Allahuakbar.

Apapun, semua ini dengan Izin Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Pesanan Ringkas : Bawa spray wuduk buat mereka yang mudah terkentut. Boleh ambil wuduk semula di dalam.

Tips Masuk ke Raudhah dan Dapat Beribadat Lama di Dalamnya (Khas Untuk Wanita), Umrah Shaklee,
Gambar kenangan selepas pulang dari Raudhah jam 1.30 malam
Location: 38B, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

1 comment:

  1. terima kasih nad atas tips nya. Semoga menjadi ingatan bila sampai masa ke sana. Amin. :-)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)