Persediaan Umrah Kali Pertama Untuk Wanita

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah bulan lepas Nad baru saja menunaikan Umrah yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee.

Jadi sekarang, Nad nak share dengan anda apa persediaan yang perlu kita buat sebelum kita menjejakkan kaki ke tanah suci.

A) PERSEDIAAN ILMU

Bagi Nad, persediaan ini paling penting. Sebab once kita berilmu, inshaAllah minda kita bersedia dah nak beribadah di sana. Bagaimana caranya?

1. Baca Buku

Macam Nad, Nad mulakan dengan baca buku tentang Umrah / Haji. Biasanya orang yang dah pernah pergi Umrah / Haji, ada buku panduan. Cubalah tanya parents kita atau Mentua. Macam Nad, Nad pinjam je dari Mak Mentua Nad. Jadi, dari situ dah mula dapat gambaran dah apa tu ibadah umrah.

Buku dipinjam dari Mak Mertua berkaitan Umrah dan Haji
2. Tengok Video

Untuk tambah lagi kefahaman, Nad tengok video di Youtube, ustaz terangkan tentang ibadah umrah. Nad suka tengok video Ustaz Shamsuri terangkan ni. Mudah faham, dan tak rasa complicated.



3. Kursus Umrah

Biasanya, agensi yang bawa kita akan buat Kursus Umrah. Kosongkan waktu kita dan silalah hadir. Masa tu kalau kita tak faham, boleh terus tanya je.

Umrah Shaklee
Selepas selesai Kursus Umrah & Taklimat untuk Trip Percuma Shaklee

B) PERSEDIAAN KESIHATAN

Sebelum berangkat menunaikan umrah juga, pastikan kita ambil suntikan vaksin Meningococcal Meningitis. Penting sebab di sana ada bermacam jenis orang dari seluruh dunia yang kita tak pasti status kesihatan mereka. Vaksin ini untuk mencegah jangkitan pada otak.

Kad ini perlu dihantar kepada agensi umrah. Paling lambat, kena cucuk 2 minggu sebelum berangkat. Tapi agensi umrah kami nak awal kad ni, jadi kami cucuk sebulan sebelum berangkat.

Kad suntikan vaksin umrah


C) PERSEDIAAN PASSPORT

Nak pergi ke luar negara, jangan lupa pula check tarikh luput passport ya. Pastikan pasport anda mempunyai tempoh sah laku lebih dari 6 bulan dari tarikh balik ke Malaysia.

Pastikan passport mempunyai sah laku lebih dari 6 bulan dari tarikh balik ke Malaysia


D) PERSEDIAAN BARANG-BARANG UNTUK DIBAWA KE TANAH SUCI

Basically, kita pergi umrah, banyak masa di masjid. Jadi bersedialah dengan pakaian untuk ke masjid.

1. Telekung sembahyang x 3
Bawa yang paling selesa kita pakai. Warna apa tak kisah. Bawa 1 je kain, untuk kalau solat di bilik. Biasa kita ke masjid tak bawa kain. Just pakai stokin. Bawa juga 1 helai telekung warna hitam, untuk mudah masuk Raudhah (kena pakai serba hitam), boleh menyelit bersama orang Arab. Tak perlu tunggu turn orang Asia yang biasanya paling last.

Telekung Hitam
2. Stokin tawaf x 2
Beli yang murah pun ok, dalam belas-belas je harganya. Tapi sangat membantu. Bila kita tawaf diikuti dengan saie, sangat banyak jalan. Nad pernah tak pakai stokin tawaf ni, pakai stokin biasa. Boleh je, tapi dah terasa di tumit tu. Mujur balik, makan Ostematrix tu dah ok dah. Tak lah melarat.

Stokin Tawaf
3. Jubah x 4 / Blouse labuh
Kalau tak cukup, boleh beli kat sana. Hehe.

4. Seluar
Pakai dalam jubah / dengan baju labuh / dan buat tidur. Sana tak berpeluh sangat. Hehe.

5. Tudung & anak tudung - untuk ziarah kalau taknak pakai kain sembahyang. Nad pakai khimar, beli kat Hijab Galeria. Boleh bawa solat terus. Banyak juga tudung ready-solat.

6. Stokin panjang tebal - untuk pakai solat. Nad pakai brand Larrie, 2 pasang RM 11 macam tu. Tak kulit kaki bila solat.

Stokin tebal Larrie. Tak nampak kulit.

7. Hand socks

Cover aurat lengan.

Handsocks. Sewaktu umrah, Nad selalu pakai yang hitam tu.

8. Sejadah
Kena selalu bawa ke masjid sebab maybe kena solat kat atas marmar. Cari yang tak berapa besar dan tak berapa tebal, yang mudah lipat masuk beg.

9. Purdah
Pakai masa nak masuk Raudha juga. Blend in dengan orang Arab. Kalau musim panas, membantu masa berdebu.

10. Long john x 3 - kalau pergi waktu musim sejuk. Bulan lepas Nad pergi masih sejuk especially pagi, kena pakai long john.

11. Pakaian dalam
Of course

12. Pakaian di bilik
T-shirt / kain batik

13. Kasut / selipar extra
Backup kalau apa-apa jadi pada kasut sedia ada.

14. Al-Quran

15. Botol spray wuduk
Boleh berwuduk di dalam flight atau sewaktu menunggu nak masuk Raudhah. Lama menunggu turn. Ada kemungkinan terbatal wuduk masa ni, dan jauh dari toilet. Nak pakai masa gi toilet dalam flight pun boleh. Haha.

Spray Wuduq


16. Power bank & phone cable

17. Towel kecil - kalau ambil wuduk guna botol spray wuduk, buat lapik supaya air tak menitik ke lantai. Multipurpose juga.

18. Tumbler
Untuk isi air Zam-zam kalau pergi masjid. Boleh minum ketika dalam masjid, dan isi untuk bawa balik. Jangan bawa yang besar sangat tau. Pengawal tak beri kebenaran.

19. Sunglass
Silau di sana. Pakai bila perlu.

20. Hanger
Untuk jemur baju. Dobi mahal. Basuh je sendiri. Barulah terkenang zaman duduk hostel. Hehe.

21. Universal adapter - optional, sebab macam hotel Nad duduk haritu dia punya plug point sama macam Malaysia. Nad tak pasti hotel lain. Mungkin sama. Tapi tak rugi bawa 😊

22. Phone charger
Iya jangan lupa.

23. Ubat-ubatan
Jika on medication, atau jika kurang sihat di sana.

24. Supplements
Paling wajib Nad akan makan Ostematrix (Kalsium) untuk lenguh-lenguh, sakit pinggang, sakit kaki. Sangat penting waktu travel. Selain tu Vitamin C to make sure badan kita kuat imun. Sana cuaca sejuk / panas, ramai orang. Ramai mudah jatuh sakit. Alhamdulillah Nad sihat sepanjang di sana dan selepas balik ke Malaysia. Kena sihat sebab Nak full blast ibadah sana kan. Bukan selalu dapat peluang.

25. Barang penjagaan diri
Skincare, toileteries, jangan dilupa. Sana kering. Nad bawa Herbal Blend untuk sapu di kulit badan. Dan untuk area muka, Nad sapu Moisturizer SPF 50 / Night Cream Youth Skincare untuk elak / kurangkan kering.

Rasanya itulah semuanya. Kalau kawan-kawan ada nak tambah, silakan di bahagian komen ya. 
Moga sama-sama dapat pahala.



Post a Comment

0 Comments