July 09, 2019

Ujian 5 Langkah Samada Anak Kita Perlu Car Seat



Jika anda punyai anak-anak sekitar umur 10 tahun ke atas, anda mungkin rasakan mereka tidak lagi memerlukan sebarang jenis kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS) dan sudah boleh menggunakan tali pinggang keledar biasa.

AWAS! Anda perlu lakukan Ujian 5-Langkah ini untuk benar-benar memastikan anak anda tidak lagi perlu sebarang CRS di dalam kereta anda.

Kesemua 5 langkah ini perlu dipatuhi dan sebarang ketidakpatuhan kepada mana-mana langkah yang tersenarai menunjukkan anak anda masih belum sesuai menggunakan tali pinggang keledar.

Langkah 1: Pastikan anak boleh BERSANDAR SEPENUHNYA PADA PENYANDAR KERUSI KERETA.

Langkah 2: Pastikan LUTUT DAPAT DIBENGKOKKAN DENGAN SEMULAJADI pada hujung kerusi kereta.

Langkah 3: Pakaikan tali pinggang keledar dan periksa. Tali keledar bahagian BAHU PERLU BERADA DI BAHU, dan bukan di leher atau muka.

Langkah 4: Tali keledar bahagian riba pula perlu berada di BAWAH TULANG PINGGUL, dan bukan di perut.

Langkah 5: KEKAL SEPERTI LANGKAH 1-4 SEPANJANG PERJALANAN.

Zahin duduk dalam Car Seat

Ziyani pun suka duduk dalam Car Seat
Kebanyakan kanak-kanak boleh melepasi sehingga langkah keempat namun gagal pada langkah kelima kerana mereka belum cukup matang untuk duduk diam pada kedudukan tertentu di dalam kenderaan. Adalah amat berbahaya sekiranya mereka mengalihkan tali keledar atau tertidur dalam keadaan bersandar ke tepi tingkap sehingga menyebabkan kedudukan tali pinggang keledar beralih.

Ujian ini perlu dilakukan dalam setiap kenderaan yang dinaiki anak anda kerana kemasan kerusi kenderaan dan sistem tali pinggang keledar yang berbeza-beza antara model kenderaan mungkin mempengaruhi keperluan penggunaan CRS dan tali keledar anak anda.

Sebenarnya, kelima-lima langkah ini juga adalah bagaimana anda sebagai orang dewasa perlu memakai tali pinggang keledar!

Adakah anda melepasi ujian ini?

Credit to FB Page Child Passenger Safety Malaysia
Location: 38B, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

1 comment:

  1. Terima kasih untuk info nya MNS. yang kekal tu, kadang-kadang kekal, kadang-kadang idok haha

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)