Larangan dari Rasulullah kepada Jemaah yang tidak menjaga kebersihan diri.


Masa solat Magrib di surau, Amir terbau bau rokok yang kuat bercampur dengan bau minyak atar di sebelah Amir. Terganggu sekejap fokus semasa solat sebab bau yang kurang menyenangkan.

Amir teringat ada 1 hadis dari ceramah ustaz berkaitan dengan larangan dari Rasulullah kepada jemaah yang tidak menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah S.A.W

"Barangsiapa yang memakan biji-bijian ini, yakni bawang merah, bawang putih dan kurrats -sejenis daun bawang-), maka janganlah ia mendekati masjid kami, kerana malaikat merasa terganggu dengan hal (bau) yang membuat manusia terganggu."

[HR.Muslim ]

Jadi, sama-sama kita lebih peka kepada bau mulut atau badan kita jika kita kerap menunaikan solat secara berjemaah kerana ia dapat menjaga kekhusyukan solat kita serta orang lain, di samping menjaga silaturrahim sesama jemaah. Adalah lebih baik jika kita elakkan makan makanan berbau atau menghisap rokok sebelum solat bagi mengurangkan bau kurang enak pada badan.

Wallahualam


Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas komen anda :)