October 15, 2020

Blog masih relevan pada tahun 2020

Blog masih relevan pada tahun 2020



Ada yang bertanya, masih relevan ke Blog pada zaman 2020 ni? 

Jawapan pendek Amir ialah Ya. Nak jawapan panjang? 

Blog ini merupakan satu platform berkongsi info dan branding bisnes kita. Pada hari ini, hampir 90% orang akan menggunakan platform Google untuk membuat carian sesuatu benda atau servis. 47% pembaca akan membaca at least 3-5 posting kita sebelum membuat belian. 

Dengan penggunaan SEO pula, ia memudahkan orang jumpa content yang bermanfaat pada mereka. 

Tahukah anda? 

1. Lebih kurang 75% orang klik website pada page pertama di Google search. 
2. Sites yang berada di page pertama mendapat 33% klik berbanding page kedua dan seterusnya. 
3. Top 3 sites pula mendapat 60% klik. 
4. Setiap hari ada 5.5 billion Google Searches atau lebih 63 ribu search quiries per saat disaat anda membaca posting Amir ini. Ini berdasarkan statistik dari Internet Live Stats. --- Tapi kan? 

Kenapa blog saya macam hambar jer? 
Tak macam blog orang lain. Part ni ada banyak faktor yang perlu consider. 

Cuma Amir nak kongsikan strategi Blog tahun 2020 ini ada 3; 

1. Guna content Video dapat menarik 300% traffic ke blog kita. (Marketing Sherpa). 
2. Guna BERT algorithm yang berkaitan dengan user intent. Kira tulis content yang ada daya tarikan/persamaan dengan user. Apa yang user nak, itu yang kita berikan. (Content Marketing Institute). 
3. Lebih kurang 87.5% marketer menggunakan visual yang menarik sebagai tarikan (Venngage). So, hari ni kami ajar team kami mengajar cara create blog dengan strategy yang betul. Ilmu mahal, tapi kami bagi FREE jer kat depa supaya boleh apply. 

Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada mereka semua. 
Amiinnn
Location: 104, Jln Puisi 1/4, 43000 Bangi, Selangor, Malaysia

0 comments:

Post a comment

Terima kasih atas komen anda :)

Disclaimer

Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit

Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.