Cara Tukar Ke Akaun Shariah KWSP Melalui i-Akaun. 5 Minit Siap!

 

 

Dividen KWSP baru diumumkan semalam dan nampaknya akaun shariah tetap kompetitif jika dibandingkan dengan akaun konvensional.

Secara amnya, akaun ahli KWSP adalah akaun konvensional. Jika ingin tukar ke akaun Simpanan Shariah, kena dapatkan persetujuan daripada ahli.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan lebih lanjut tentang akaun shariah KWSP dan cara mohon pertukaran dari akaun konvensional ke akaun shariah.

Jom baca selanjutnya!

Apakah Akaun Simpanan Shariah KWSP?

Simpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.

Bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.

Ia juga mengamalkan pelaburan beretika yang mengelakkan dari melabur dalam sektor yang menghasilkan dan mempromosikan alkohol, perjudian , hiburan dewasa dan senjata ketenteraan.

Selain itu, akaun syariah tertakluk kepada saringan syariah untuk menyingkirkan elemen tidak patuh syariah seperti riba (faedah) gharar (ketidakpastian dalam kontrak) maysir (perjudian) dan lain-lain elemen terlarang seperti barangan dan perkhidmatan tidak patuh syariah

Mengapa Perlu Tukar Ke Akaun Shariah?

Bagi ahli yang beragama Islam,

  • Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.
  • Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.
  • Membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.

Untuk makluman, ahli yang bukan beragama Islam juga boleh memilih Simpanan Shariah sebagai alternatif kepada Simpanan Konvensional.

Antara kelebihannya adalah:

  • Objektif pelaburan dan profil risiko yang sama.
  • Alokasi aset strategik yang sama.
  • Hanya melabur di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah.
  • Pendedahan pelaburan yang minima di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional.

Cara Tukar Akaun Shariah KWSP

Nak tukar ke akaun shariah KWSP mesti ada i-Akaun.

Kalau belum ada, boleh register ikut steps dekat SINI. (Nak tukar secara manual pun boleh di kaunter KWSP).

Cara tukar akaun shariah KWSP ikut langkah ni:

  1. Login ke i-Akaun. Masukkan ID & Password https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  2. Bila dah appear web EPF memasing, cari bahagian SIMPANAN SHARIAH. Klik di situ.
  3. Akan tertera notis: “Your EPF account is currently not Syariah compliant.
  4. Tekan terus REGISTER NOW tu.
  5. VERIFY INFORMATION. Tengok info yang dipaparkan, kalau perlu update, boleh update.
  6. ACCEPT E AKAD. Bacalah T&C dulu, kemudian tick kat kotak tu yang menandakan semuanya mengikut syarat E-akad tersebut.
  7. Teruskan dengan klik butang CONFIRMATION. Double check, kemudian Request TAC. Nanti akan dapat mesej untuk nombor TAC.
  8. ACKNOWLEDGEMENT – Dah siap bolehlah print dan simpanlah rekod tu.
  9. Nanti kita akan menerima pesanan ringkas mengatakan tarikh kuatkuasa untuk simpanan shariah tersebut.
  10. Selesai.

*Rujuk langkah bergambar di bawah:

Login ke i-Akaun KWSP macam biasa.

cara daftar i akaun kwsp

Klik Simpanan Shariah. Nanti ada keluar notifikasi macam ni.

tukar akaun shariah kwsp

VERIFY INFORMATION – sahkan maklumat kita.

Cara Tukar Ke Akaun Shariah KWSP Melalui i-Akaun

Lepas tu ACCEPT E-AKAD.

Cara Tukar Ke Akaun Shariah KWSP Melalui i-Akaun

Tick dalam kotak kecil tu dan tekan NEXT.

Kemudian teruskan dengan proses TAC.

Cara Tukar Ke Akaun Shariah KWSP Melalui i-Akaun

Selesai. Nanti akan dapat notis macam ni.

Cara Tukar Ke Akaun Shariah KWSP Melalui i-Akaun

Boleh print untuk rujukan kita.

NOTA PENTING:

  • Ahli tidak boleh kembali ke Simpanan Konvensional, selepas tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah.
  • Dividen Simpanan Shariah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah dan tiada jaminan dividen minima 2.5%.

Mudah sangat nak tukar ke akaun shariah KWSP ni kan?

Sekarang ni dah senang, semuanya boleh buat online je. Ternyata dividen akaun shariah tetap kompetitif seperti juga akaun konvensional.

Jadi, lebih elok jika kita memilih produk Islamik yang lebih diyakini sumbernya.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk maklumat dari laman web KWSP di pautan ini: http://bit.ly/KWSPSimpananShariah

 

 

Post a Comment

0 Comments