9 Resepi ESP Yang Sedap


9 Resepi ESP Yang Sedap
9 Resepi ESP Yang Sedap


9 Resepi ESP Yang Sedap
Resepi Smoothie Avokado

Mengandungi kandungan lemak sihat, tekstur avokado yang penuh krim serta lembut menjadikan ia minuman enak dan berkhasiat untuk diminum  sebagai sarapan pagi.  Ia memberikan anda nutrisi yang lengkap serta membuatkan anda berasa kenyang.

Bahan-bahan: 
3 sudu besar ESP Soy protein Isolate Powder 
1 cawan susu rendah lemak 
1 cawan avokado 
1 cawan ais

Cara bancuh: 
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.

9 Resepi ESP Yang Sedap
Smoothie Protein Mangga dan Anggur 

Buah manga yang tinggi dengan vitamin serta serat merupakan kombinasi yang terbaik dengan tambahan buah anggur yang mengandungi polifenol, untuk manfaat kesihatan. Minuman yang lazat ini memberi rasa kenyang sehingga ke hidangan seterusnya.

Bahan-bahan: 
3 sudu besar ESP Soy protein Isolate Powder 
1 cawan susu rendah lemak 
½ cawan anggur tanpa biji 
½ cawan mangga  
1 sudu kecil biji chia 
1 cawan ais

Cara bancuh: 
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian kisar sehingga sebati.

9 Resepi ESP Yang Sedap
Smoothie Protein Kiwi

Smoothie yang kaya dengan nutrisi ini memberikan anda rasa segar pada hirupan pertama. Ia membekalkan anda protein serta serat yang tinggi dalam  membantu sistem penghadaman. Rasa sekali pasti nak lagi!

Bahan-bahan: 
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder 
1 cawan Kiwi 
1 cawan susu rendah lemak 
1 cawan ais

Cara bancuh: 
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati. 
Smoothie 

9 Resepi ESP Yang Sedap
Smoothie Protein Pisang Oat

Pisang membekalkan tenaga serta sumber kalium yang tinggi kepada badan. Kalium baik untuk jantung dan membantu dalam penyerapan kalsium. Resipi smoothie pisang oat yang lazat ini pastinya membuatkan anda berasa cergas untuk menjalani aktiviti harian.

Bahan-bahan: 
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder 
2 sudu besar oat 
2 pisang (saiz kecil) 
1 cawan susu rendah lemak 
1 cawan ais 
 
Cara bancuh: 
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati. 

9 Resepi ESP Yang Sedap
Smoothie Protein Strawberi 

Manfaat strawberi untuk kesihatan tidak dapat dinafikan. Ia juga  boleh dijadikan sebagai perisa dalam protein smoothie. Dengan tambahan mentega kacang membuatkan anda mahu menghirup sedutan kedua!

Bahan-bahan: 
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder 
1 cawan Strawberi 
1 sudu besar oat 
1 cawan susu rendah lemak 
1 cawan ais

Cara bancuh: 
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati. 

9 Resepi ESP Yang Sedap
Smoothie Protein Kurma 

Cubalah smoothie yang enak dan berkrim dengan kebaikan kurma di dalamnya. Minuman yang enak ini akan membuat badan anda bertenaga sepanjang hari.

Bahan-bahan:  
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder  
1 cawan susu rendah lemak 
1 cawan ais 
5 biji kurma

Cara bancuh: 
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati. 

9 Resepi ESP Yang Sedap
Smoothie Protein Oreo

Jika anda suka menikmati oreo, ini adalah resipi terbaik untuk anda cuba. Dengan menggunakan biskut oreo, rasa vanila coklat dirasai bersama dengan protein yang sihat & berkhasiat! Smoothie yang enak ini kaya dengan protein dan tenaga.

Bahan-bahan: 
3 sudu besar  ESP Soy Protein Isolate Powder 
1 cawan susu rendah lemak 
2 keping biskut Oreo (Dihancurkan) 
1 cawan ais 

Cara bancuh: 
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.


Resepi ESP yang Sedap
Smoothie Protein Nenas dan Oren

Buah oren dan nenas yang tinggi kandungan vitamin C ini memberikan anda rasa segar yang  berpanjangan. Ia juga boleh dijadikan sebagai snek yang lazat!

Bahan-bahan: 
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder 
1 cawan nenas 
1 cawan oren 
1 cawan susu rendah lemak 
1 cawan ais
 
Cara bancuh: 
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati. 
Smoothie 

Resepi ESP yang Sedap
Smoothie Protein Betik dan Halia

Redakan sakit perut dengan resipi smoothie yang mudah ini. Betik dapat membantu proses penghadaman, dan halia yang memberi rasa segar merupakan kombinasi duo yang menarik. Minuman yang enak dengan rasa tropika semestinya menjadi pilihan ramai!

Bahan-bahan: 
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder 
1 cawan betik (potong & disejukkan) 
2 sudu teh halia (potong kecil) 
½ cawan perahan lemon 
1 cawan ais 
½ cawan air

Cara bancuh: 
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati. 
Smoothie 

Testimoni ESP

Boleh hubungi Nad jika ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai ESP.
Hanya klik sahaja gambar dibawah



Post a Comment

0 Comments