3 Jenis Handsocks yang Nad Suka dan Selalu Pakai

3 Jenis Handsocks yang Nad Suka dan Selalu Pakai
3 Jenis Handsocks yang Nad Suka dan Selalu Pakai

1. Handsocks dari Kulsocs

Material dia lycra lembut dan stretchable, so tak melekat sangat kat kulit, dan breathable (tak panas). Jadi selesa pakai selalu.

Panjang dia sampai atas sikit pada siku.

Corak agak menarik pada pendapat Nad. Yang plain pun ada.

Untuk mereka yang berlengan lebih sado, mungkin boleh pakai bawah siku tapi lipat sikit kasi overlap.

Harga agak mahal sikit dari handsocks biasa iaitu RM 30. Boleh try search kat FB or IG Kulsocs untuk buat belian.

2. Handsocks dari SatuMakna4u

Material cotton stretchable. Kemas pada tangan.

Apa yang Nad suka pada handsocks ni ialah dia pendek tak sampai siku pun. So kalau kita dah pakai lengan panjang tapi takut terselak juga kadang-kadang, sangat sesuai pakai handsocks ni.

Dan yang best, handsocks ni ada 2 sides of different colors! Boleh pakai both sides. So bila kita beli sepasang, bermakna kita dapat 2 warna 😍 Macam yang dalam gambar ni, another side dia warna light grey.

Warna dia plain tapi sebab material dia macam ada belang-belang sikit so nampak cantik pada mata Nad. Hat ni Nad baru beli tapi terus jatuh cinta once pakai 😍

Harga pun murah sangat, RM 7 je sepasang.

Cuma Nad rasa ada warna yang dia stretchable dia kurang kalau orang yang berlengan lebih sado nak pakai. So better try satu-satu dulu ok.

Boleh beli dari IG atau website mereka. Cari Handsocks Ayna.

3. Handsocks sangkut ibu jari

Tak tahulah nama sebenar dia. Hehe. Tapi masa Umrah Nad memang selalu pakai handsocks yang ni.

Material dia selesa. Lycra lembut. Dia longgar so memang breathable. Panjang dia atas siku.

Harga yang Nad survey belasan ringgit. Nad kurang pasti sebab yang ini dapat hadiah dari kawan. Tapi Nad recommend juga pada anda untuk cuba.

Ok, itu saja sedikit sebanyak perkongsian pengalaman dengan handsocks. Moga membantu kawan-kawan yang mungkin baru nak berjinak-jinak pakai handsocks.

1 langkah kita nak dekat dengan Allah, 1000 langkah Dia mendekati kita ❤️


Love,
Nadiah Suhaidi

Post a Comment

2 Comments

  1. No 2 tu macam Put ada. Tapi tak tau la nama apa sbb Adik ipar tlg belikan. Lama dah beli, masa tu RM5.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)