Cara Mudah Untuk Kekalkan Bentuk Badan

Cara Mudah Untuk Kekalkan Bentuk Badan
Kunci kejayaan dalam pengurusan berat badan adalah jumlah kalori yang diambil dan dibakar. Untuk menurunkan berat badan dengan cara yang betul, kita perlu mengelakkan kehilangan otot. Oleh itu, hidupkan semula "enjin" di dalam badan kita dengan membina atau mengekalkan jisim otot untuk badan kekal sihat!

Kami kongsikan 3 Tips Cara Mudah untuk Kekalkan Bentuk Badan Ideal.

1. Lebih Banyak Otot = Metabolisme Akan Tinggi


Tahukah anda? 
Otot memberi badan kita kekuatan, bentuk dan ketegapan. Satu otot boleh membakar sehingga 50 kalori setiap hari. Oleh itu, semakin banyak otot yang kita miliki, lebih banyak kalori yang akan dibakar dalam sehari.

2. Lebih Banyak Otot = Perlu Lebih Protein + Senaman


Untuk membina otot, kita perlu mengambil protein yang mencukupi beserta dengan senaman. Sumber protein yang baik membantu membina tisu yang sihat dan pembentukan otot kita.
Menambah senaman rintangan, kita akan membina jisim otot, meningkatkan metabolisme semulajadi supaya kita mencapai matlamat dengan cara yang lebih berkesan.

3. Leusina Membantu Mengekalkan dan Membina Otot


Pilih protein yang boleh membantu kita mengekalkan jisim otot apabila kita menguruskan berat badan. Gabungkan leusina ke dalam diet harian kerana:

• Ia adalah asid amino penting yang membantu kita mengurangkan berat badan dengan cara yang betul.
• Ia membantu tubuh mengekal dan membina otot tanpa lemak.
• Ia menyokong metabolisme yang sihat dengan memelihara otot.


Akhir sekali, kami nak syorkan produk yang mampu membantu mengekalkan bentuk badan anda dengan mudah iaitu Cinch Shake Shaklee. Didatangkan dengan 3 perisa, Vanilla, Cafe Latte dan Coklat.

Berminat nak tahu lebih lanjut mengenai Cinch Shake Mix
klik sahaja gambar dibawah untuk hubungi Nad ya :)




Post a Comment

0 Comments