6 Cara Mengatasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa

6 Cara Mengatasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa
Sepanjang tempoh berpuasa, adalah tidak mustahil untuk anda mengalami beberapa ketidakselesaan. Ini adalah enam cara yang dapat membantu mengatasinya supaya anda kekal bertenaga sepanjang Ramadhan!

1. KETIDAKHADAMAN(Pedih Ulu Hati)


Walaupun penghasilan asid perut akan berkurang semasa berpuasa, pedih ulu hati dan kembung perut biasanya akan terjadi waktu ini. Apabila anda terfikir tentang makanan atau menghidu bau makanan, otak akan memberi isyarat kepada perut untuk meningkatkan penghasilan asid perut, menyebabkan pedih ulu hati dan kembung perut.

Kawal ketidakhadaman (Pedih ulu hati) dengan:
Makan secara sederhana.
Mengelakkan makanan berminyak dan pedas.
Elakkan makanan yang tinggi kafein (kopi, teh, minuman soda, dan lain-lain)
Soya dapat membantu meneutralkan asid dalam perut dan esofagus. Kandungan lemak dalam soya juga lebih rendah jika dibandingkan dengan kebanyakan makanan seperti daging dan makanan tenusu, maka protein soya merupakan pilihan yang lebih selamat untuk sesiapa yang mengalami masalah gastrik.


2. SEMBELIT


Pengambilan terlalu banyak makanan yang diproses, kurang air dan kurang serat dalam pemakanan akan menyebabkan sembelit semasa puasa.

Penting bagi anda untuk:
Mengambil air yang mencukupi semasa sahur dan iftar.
Mengekalkan pengambilan makanan yang tinggi dengan serat beserta buahbuahan dan sayur-sayuran.
Mengekalkan pergerakan usus yang normal dengan Herb-LaxTM, julap semula jadi.


3. LETIH/LESU


Kandungan gula dalam darah akan menurun semasa berpuasa. Ini membuatkan anda akan berasa lemah, letih, kurang tenaga dan pening terutamanya pada waktu petang ketika Ramadhan.

Semasa Ramadhan, adalah penting untuk:
Tingkatkan tenaga dan tahap hidrasi badan dengan minuman Performance®, Vitamin B dan CoEnzyme Q10.
Rancang makanan untuk sahur dan iftar anda dengan mengambil makanan yang memberikan tenaga berpanjangan seperti Protein Soya ESP.

4. SAKIT KEPALA


Kurang tidur, kelaparan dan dehidrasi akan menyebabkan sakit kepala, dan keadaan ini akan menjadi lebih lagi apabila apabila waktu berbuka puasa semakin hampir. Kurangkan sakit kepala!

Pastikan anda:
Dapatkan rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti. Ini supaya, anda berasa lebih segar ketika bangun sahur. Peringatan: Jangan tinggal waktu sahur!
• Pastikan anda mengambil Protein Soya ESP untuk tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama.
Hidrat dan tingkatkan tenaga dengn Performance® membekalkan gabungan unik elektrolit.

5. DEHIDRASI 


Berpuasa meningkatkan risiko dehidrasi terutamanya dengan cuaca yang panas dan kering di Malaysia. Ini akan menyebabkan badan menjadi lesu, pening dan loya.

Tingkatkan tahap hidrasi badan dengan:
Berada di persekitaran yang sejuk.
Elakkan makanan masin contohnya ikan masin, jeruk dan mananan ringan yang masin. Garam akan meningkatkan lagi keadaan dehidrasi badan.
Minum Performance®, minuman ideal yang menghidrat dan membekalkan tenaga untuk memastikan anda kekal cergas.

6. PERTAMBAHAN BERAT BADAN DAN OBESITI


Anda mungkin mengalami penambahan berat badan yang tidak diingini kerana kencenderungan untuk makan secara berlebihan terutamanya dalam pengambilan makanan tinggi lemak. Ini bertentangan dengan manfaat berpuasa.

Kekalkan berat badan optimum dengan:
Makan secara sederhana.
Mengawal dan mendisiplinkan diri untuk mengamalkan pemakanan sihat.
Mengurangkan jurang nutrisi dengan Meal Shakes yang membekalkan 19 vitamin dan mineral penting.
Mengambil Lecithin, pengemulsi lemak semula jadi.

Post a Comment

0 Comments