Kisah Pokok



Ada sebuah kisah dimana seorang Tukang Kebun ini, menanam dua anak pokok jenis yang sama. Dia ingin mencuba 1 teori tentang cara penjagaan kedua-dua anak pokok tadi.

Anak pokok pertama disiram secara rutin setiap pagi dan petang. Manakala anak pokok kedua hanya disiram setiap dua hari sekali. Begitulah dia menjaga kedua-dua pokok itu sehingga ia mula membesar.

Beberapa bulan kemudian, Si Tukang Kebun tadi ingin menguji kekuatan akar anak pokok yang ditanamnya dahulu. Dia menarik keluar pokok pertama yakni pokok yang tidak pernah lupa disiram air setiap hari. Tidak sampai seminit, akar pokok itu tercabut dari dalam tanah. Sungguh mudah.

Kemudian, dia cuba pula mencabut pokok kedua. Namun, agak sukar kerana akarnya begitu kuat mencengkam ke dalam tanah. Pekebun itu perlu mengalirkan sekuat tenaga untuk menariknya keluar. Hanya setelah beberapa minit, barulah ia tercabut.

Mengapa pokok yang yang selalu disiram dan tumbuh subur lebih lemah berbanding pokok yang dianaktirikan?

Begini, pokok pertama sejak mula dimanjakan dengan air sehingga akarnya tidak pernah berusaha untuk masuk lebih jauh ke dalam tanah. Akarnya lemah dan rapuh.

Manakala pokok kedua pula kerana mendapat jumlah air yang sedikit, akarnya terpaksa berusaha lebih keras mencari sumber air hingga ia bergerak jauh ke dalam tanah. Secara tidak langsung ia menjadikan akarnya lebih kuat kerana berjuang untuk terus hidup.

Erti kata lain, kita perlu berusaha keras terlebih dahulu sebelum menunggu dengan harapan mendapat sesuatu dari orang lain. Dengan usaha keras tadi, Insyaallah kita akan lebih mudah berjaya.

Jangan biarkan diri kita sentiasa dimanjakan dan hanya tahu mengharap tanpa berusaha, sebaliknya belajar untuk berjuang agar tumbuh menjadi orang yang kuat.

Anda dapat sesuatu?

Post a Comment

0 Comments