Erti Korban Sebenar



Hari ini, Amir terinspirasi dengan kisah seorang Ustaz ini korbankan 100 ekor lembu atas nama beliau sendiri di lebih 3 buah negara yang memerlukan. Bila dicongak, nilai korban beliau sahaja melebihi RM300 ribu ringgit.

Beliau ditemuramah untuk berkongsi apakah rahsia beliau hingga sanggup berkorban sebegitu banyak di hari yang mulia ini.

Satu yang beliau sebut iaitu erti perngorbanan. Maksudnya berikan yang terbaik dari hasil yang kita dapat. Masa nak beri itu, biar sampai hati ini berdebar-debar. Sebagai contoh, kita ada seribu ringgit di dalam tangan. Bila kita sedekah seringgit, hati kita tidak terkesan sebab tahu masih ada banyak lagi yang tinggal.

Tapi bila kita derma RM500 atau RM800 sekali gus. Hati kita mesti berdebar-debar kan? Betul ke kita nak bagi sebanyak itu, walhal kita cuma ada RM1,000 sahaja.

Based on pengalaman Ustaz ini sendiri, bila dia sedekahkan atau korbankan yang terbaik buat orang lain. Allah gantikan dengan lebih banyak lagi hinggakan duit dalam akaun beliau tak berkurang. Pelaburan dan bisnes beliau bertambah maju lagi.

Itu yang beliau maksudkan dengan erti "korban". Tambah beliau lagi, usah risau pasal harta yang dikorbankan itu kerana janji Allah itu pasti. Setiap ringgit yang kita "korban" kan itu akan diganti balik dengan nilai 700 kali ganda.

Semoga kita semua dapat berkorban dengan berikan yang terbaik diatas jalan Allah. Insyaallah, kita semua akan berjumpa di syurga kelak kata Ustaz.

Post a Comment

0 Comments