7 Sebab Kita Perlu Detox

7 Sebab Kita Perlu Detox
7 Sebab Kita Perlu Detox

Ada yang bertanya, kenapa perlu detox? Siap ada kempen lagi ni? Tiba-tiba ramai pula bercerita pasal detox ni.

Selama ni aku rasa sihat jer badan ni. Tak pernah jatuh sakit sampai masuk wad. Lagipun, sekali sekala aku pergi jogging atau cycling dengan member yang lain sampai 30-40km.

Amir tak nafikan kalau dia memang telah amalkan gaya hidup sihat. Should be no problem. Cuma Amir nak berkongsi sebab penting kenapa perlu detox.

1. Buang "Toksin"

Badan kita ni terdedah terlalu lama kepada toksin (pencemaran alam sekitar, bahan kima, bahan pengawet, racun serangga & logam berat) yang boleh menyebabkan penyakit merbahaya seumur hidup. Keadaan kita tak sama macam zaman atuk nenek kita pada zaman 50/60 an. Sangat berbeza.

Sebagai contoh pada orang yang mudah sembelit. Antara punca ia sembelit kerana sisa makanan yang diproses tadi kurang serat dan kurang nutrien. Malah kebanyakan makanan yang diambil adalah tinggi gula, garam, perasa dan juga lemak yang tidak sihat yang terkumpul secara perlahan-lahan dalam usus kita. Itu salah satu sebab kenapa perlu detox, atau "flush" sisa-sisa tadi.

Pengumpulan sisa-sisa ini biasanya mengakibatkan seperti berat badan susah nak diturunkan dan mudah rasa kembung atau lebih teruk lagi, kita boleh dapat penyakit seperti penyakit kolon atau kanser kolorektum. Kolon adalah salah satu sistem perkumuhan dalam badan kita dan ia perlu dibersih serta dikosongkan bagi memastikannya berfungsi seperti biasa. Melalui detoks, ia membantu membersihkan kolon dan bukan sahaja melegakan masalah sembelit, ia juga mendorong kepada sistem pencernaan yang lebih sihat serta membuang sisa dan bahan kimia dari tubuh badan.

2. Mencegah Penyakit Kronik

Walaupun badan kita sudah mempunyai sistem perkumuhan sendiri, ia masih tidak mencukupi kerana terlampau banyak pencemaran dari alam sekitar juga bahan kimia yang terkandung dalam makanan seharian.

3. Meningkatkan Sistem Imun Badan

Radikal Bebas yang sentiasa menyerang kita setiap hari.
Radikal Bebas yang sentiasa menyerang kita setiap hari.
Tahukah anda Radikal Bebas ini sangat merbahaya untuk tubuh badan kita malah ia sangat banyak dan berada disekeliling kita?

Apa pula kaitan radikal bebas dengan sistem imun ni pula?
Tak pe, mari Amir kongsikan info mengenainya.

Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan ia selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Radikal bebas dihasilkan dari metabolisme tubuh badan kita dan juga ada beberapa faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu (ultra violet), zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain.

Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan cancer.

Salah satu nak mencegahnya ialah dengan detox, ia dapat membantu kita untuk menghindari toksin maka ia tidak membantu dalam penghasilan radikal bebas, malah badan kita akan lebih fokus untuk memperkukuhkan lagi sistem pertahanan semula jadinya!

Kenapa perlu sentiasa detox secara konsisten? Kerana ia mampu membantu menguatkan fungsi sistem imun badan dan melawan jangkitan. Biasanya badan tidak mudah terkena jangkitan selsema atau demam. Secara tak langsung memberi kesan pada kehidupan yang lebih produktif

4. Membantu Menurunkan Berat Badan

Detox Membantu Menurunkan Berat Badan
Detox Membantu Menurunkan Berat Badan
Apabila kita buat detox, fungsi badan kita akan kembali sihat dan efektif seperti zaman muda. Secara tak langsung, badan kita mampu membakar lemak yang tersimpan di dalam sel lemak dengan lebih efektif dan juga ia meningkatkan metabolisme badan.

Jadi, mudah la berat badan kita nak turun.

5. Nampak Lebih Muda dari Usia. 

Proses detox membuang segala logam berat dan radikal bebas tadi yang menyebabkan penuaan. Dalam masa yang sama, ia membantu meningkatkan kadar penyerapan nutrisi termasuk vitamin dan antioksidan yang diambil dari pemakanan yang sihat.

6. Badan Lebih Bertenaga.

detox Membantu Badan Lebih Bertenaga.
Detox Membantu Badan Lebih Bertenaga.
Secara semulajadinya, organ dalam badan kita memang telah melakukan detoks bagi membuang toksin, namun ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi! Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang diproses olehnya. Kurang tenaga akan mengakibatkan anda cepat berasa letih dan ini merupakan tanda bahawa tubuh anda dipenuhi oleh toksin. Melalui detox, ia membantu dalam menyokong organ ini untuk mengeluarkan toksin, memberikan tubuh lebih tenaga dan stamina untuk melakukan pelbagai perkara yang lebih menyeronokkan!

Even Amir sendiri pun dah rasai kesannya selepas mengamalkan program detox ni. Tidur rasa lebih lena dan kurang rasa mengantuk di siang hari. Badan lebih bertenaga dari segi fizikal, mental dan emosi.

7. Kulit Menjadi Lebih Cantik


Organ luaran terbesar dalam tubuh badan kita ialah kulit. Ia juga melambangkan kesihatan dalaman kita. Kulit membantu dalam membuang toksin dan kotoran dengan cara berpeluh, dan apabila sistem serta kelenjar peluh dipenuhi dengan toksin, ia akan mendorong kepada pelbagai kondisi kulit yang tidak sihat termaksuklah jerawat.

Sekiranya toksin terkumpul lebih cepat dari dibuang, lebih tinggi juga jumlah toksin yang terkumpul dalam darah kita. Detox dapat membantu membuang toksin dari dalam badan dan apabila ia tidak lagi terkumpul, kita akan dapat lihat perubahan ketara pada kulit.

Cuba kita bayangkan mempunyai kulit yang bersih, dan cantik. Siapa tak nak bukan? Lebih-lebih lagi bagi golongan wanita.

Kesimpulannya, banyak sangat faedah yang kita boleh dapat dalam proses detox ni. Ia banyak membantu dari segi kesihatan badan kita. Ia lah kan, kita nak pakai badan ni bukan sekejap. Malah sampai ke tua juga kita nak pakainya. Jadi, kena keraplah "servis" badan kita dengan proses detox.

Sebarang pertanyaan mengenai detox, boleh hubungi Amir di 012-2372641.


Post a Comment

0 Comments